"Mian, kenapa kamu di sini? Saya baru sahaja mahu mencari kamu." Huang Yue berkata dengan misteri.
"Ini perkara serius. Dah tentu saya perlu datang."
"Nampaknya, kamu dah tahu?"
Huo Mian mengangguk…
"Apa kita patut buat sekarang? Saya sedikit takut. Saya tak pernah sangka perkara ini akan jadi sangat serius. Berita ini tersebar dalam kalangan teman WeChat saya dan ramai kawan saya tanya saya tentang hal ini. Walaupun mereka tak sebut nama saya, saya tetap bimbang."
Apa-apa pun, Huang Yu masih muda. Jadi, apabila sesuatu seperti ini berlaku, dia mula panik.
"Jangan bimbang. Saya akan uruskan hal ini. Sekarang, saya perlu cari Ketua Jururawat."
"Saya akan pergi dengan kamu. Mari masuk dari tepi, bukan dari dalam."
"Mmm."
Selepas bercakap, Huo Mian dan Huang Yue bersedia untuk mengelilingi bangunan itu untuk ke pintu belakang. Ketika itu, seseorang menjerit.
"Tengok, jururawat itu ada di sana!"