"Sayang, jangan tengok saya macam tu… saya mungkin akan terkam kamu."
Qin Chu satu-satunya lelaki di dunia ini yang mampu membuat orang yang tenang seperti Huo Mian menjadi marah.
"Qin Chu, kamu datang sini untuk gaduh dengan saya ke?" tanya Huo Mian dengan serius.
"Tak."
"Jadi kenapa kamu datang sini?" Huo Mian tidak faham kenapa Qin Chu muncul di Bahagian Selatan pada waktu itu.
Bukankah mereka tidak mahu bercakap antara satu sama lain?
"Saya rindukan wanita yang tak ada rasa bersalah…" kata Qin Chu dengan jujur.
"Jangan beritahu saya yang kamu bercakap pasal saya."
"Mestilah kamu, kamu ingat saya datang sini untuk dapatkan rawatan?" Qin Chu tergamam.
Huo Mian mengalihkan pandangan dan terdiam; dia masih lagi marah…
Terdapat kesan di lehernya, ditinggalkan pesakit itu.
Qin Chu berkerut; hatinya hancur…
"Sayang, boleh kita berhenti bergaduh?"