"Apa sahaja yang mak saya tanya nanti, kamu jawab secara samar-samar sahaja dan jangan beri terlalu banyak maklumat. Kalau dia dah sukakan kamu, dia akan fokus kepada kamu. Itu bermaksud dia tidak akan ada masa untuk kenalkan wanita lain kepada saya. Nampaknya, ini jalan yang bagus."
Jiang Linyue faham maksud Qin Chu. Dia bertanya dengan berhati-hati, "Presiden Qin, adakah Presiden meminta saya menjadi ejen dua muka, berlakon di depan Puan Qin dan biarkan dia tertanya-tanya?"
"Saya boleh naikkan gaji kamu sebanyak 20%."
"Presiden Qin, saya tak peduli tentang kenaikan gaji. Presiden tak faham maksud saya. saya sebenarnya..." Jiang Linyue ingin menambah sesuatu, tetapi segera dipotong Qin Chu.
"Kalau kamu tak setuju dengan cadangan saya, esok kamu akan dipindahkan ke syarikat cawangan di Malaysia."
Jiang Linyue kehilangan kata-kata.