Siaran tersebut secara dasarnya mendedahkan segala-galanya mengenai Huo Mian bermula dari saat kelahirannya sehingga selepas dia mendirikan rumah tangga.
Pertama, ia menyimpulkan tuah tidak datang bergolek dan semua wanita dalam Keluarga Huo, Huo Yanyan dan Huo Mian, merupakan perempuan jalang.
Kemudian, ia mula menyebarkan fitnah penuh hasad dengki agar semua orang menuding jari menyalahkan Huo Mian.
Kedua, Huo Mian anak kepada perempuan simpanan. Yang Meirong tahu Huo Zhenghai sudah berkahwin tetapi masih mengganggu perkahwinannya, melahirkan Huo Mian dan membuatkan orang di sekelilingnya berasa jijik.
Ketiga, sejak Huo Mian masih di bangku sekolah lagi, dia wanita angkuh yang tidak mempunyai ramai kawan. Dia juga jarang menghadiri perjumpaan semula kelas.