"Saya tak pasti, tapi dia mencurigakan."
"Patutkah kita pergi, begitu saja? Apa kata kita pergi periksa rumah lama Pak Cik Yang sekali lagi?" Huo Mian takut untuk pergi ke rumah menyeramkan itu semula, tetapi dia masih mahu ke sana, kalau-kalau mereka dapat menemui beberapa petunjuk yang lain.
Qin Chu pula mengelengkan kepala. "Terlampau berisiko. Kalau Pak Cik Yang memang dibunuh, pembunuh mungkin masih memerhatikan rumah itu. Kita dari luar dan dah buat kucar kacir di kampung ini. Kalau kita cuba masuk ke rumahnya, kita mungkin akan kejutkan anjing yang sedang tidur. Tambahan pula, kalau dia memang dibunuh, kamu rasa pembunuhnya akan tinggalkan bukti?"
"Saya cuma tak nak berputus asa…" Huo Mian tahu apa yang dikatakan Qin Chu itu benar, tetapi dia juga tidak mahu berputus asa lagi. Akhirnya, dia semakin hampir untuk mengetahui identiti ibu bapa kandungnya. Namun, petunjuk mengenainya lesap lagi. Ia merupakan perasaan yang sangat teruk.