Jam belum lagi menunjukkan enam pagi tetapi Gao Ran sudah berada di sini, sesuatu yang pelik.
"Kenapa kamu datang sini awal sangat?" tanya Qin Chu kepada Gao Ran.
"Saya bertugas dekat balai polis masa saya dapat notis dari hospital yang kamu dah bangun, jadi saya terus berkejar ke sini. Saya tak sangka… kamu berdua akan menunjuk-nunjuk kasih sayang kamu depan saya."
Angin Gao Ran baik; selepas Qin Chu koma, walaupun dia tidak sesedih Huo Mian, dia masih risau.
Apabila dia mendengar Qin Chu telah sedar, dia terus memandu ke Bahagian Selatan tanpa menjamah sarapan.
Malu, Huo Mian bangun…
Gao Ran menarik kerusi dan duduk di sebelah Qin Chu.
"Macam mana perasaan kamu sekarang?"
Qin Chu mengukir senyuman di bibirnya. "Saya hidup semula."
"Semua ni jasa isteri kamu. Dia ketua doktor bedah untuk pembedahan kamu. Dia khianati seluruh dunia untuk ambil risiko dan lakukan pembedahan kamu serta hampir bunuh dirinya sendiri…"