"Jangan bergerak. Biar saya peluk kamu sekejap." Suara Qin Chu begitu lembut. Huo Mian yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan, hanya berdiri.
"Qin Chu, ada sesuatu yang berlaku kah?" Dia merasakan akan sesuatu yang tidak kenal.
Seseorang yang dingin dan bongkak seperti Qin Chu tidak akan berkelakuan begini.
"Tak ada. Saya hanya sedikit penat dan mahu memeluk kamu."
Huo Mian memakai sepasang baju tidur longgar berwarna kuning yang bercorak Spongebob.
Rambutnya diikat longgar, kelihatan sedikit kembang dan tidak kemas.
Qin Chu pula memakai kemeja ungu gelap dengan kafling berlian mahal.
Dia berdiri di belakang Huo Mian dan memeluknya tanpa bercakap sambil menyedut rakus bauan unik Huo Mian.
Dengan segera, hatinya berasa tenang.
Dunia ini lebih baik dengan Huo Mian di sisinya.
"Huo Mian, kamu akan ada di samping saya sampai bila-bila kan?" Qin Chu tiba-tiba bertanya.