"Saya nak tidur dengan kamu, kamu nak?" Su Yu melihat Wei Liao sambil mengetap gigi.
"Ha, saya tarik diri. Saya sukakan perempuan, bukan lelaki. Saya masih akan meolak walaupun kamu agak menarik."
Su Yu tidak pernah membayangkan yang dia akan menjadi begitu gembira suatu hari hanya disebabkan seorang gadis memuat naik siaran di Weibo.
Sejak dia bertemu Huo Mian, dia sedar betapa indahnya dunia ini…
Walaupun Huo Mian belum menjadi teman wanitanya lagi, dia tetap merasakan perangainya yang suka menghabiskan duit dan berparti telah berakhir. Dia sudah mencapai satu tahap di mana dia hanya mempunyai satu perkara yang dinantikannya setiap masa… Huo Mian merupakan dadah yang Su Yu tidak boleh tinggalkan. Dia telah jatuh hati sebaik sahaja dia merasainya buat kali pertama.