Unduh Aplikasi
45.23% Sfera / Chapter 19: Cosplay

Bab 19: Cosplay

Animax Carnival is returning to Malaysia for the second time after last year's overwhelming response and a successful turnout of approximately 6,000 over two days. This year, the event will be making a bigger and better return but this time at Sunway Pyramid's Blue Concourse happening from 16 to 17 March.

Miss R telah mengulang-ulang kenyataan Media yang tertulis dalam blog wordpress Cosplayfun selama lebih kurang lima belas minit sejak kami tiba di pusat membeli belah Sunway Pyramid. Pada mulanya, aku membiarkan sahaja kerenah Miss R itu. Aku beranggapan yang dia mungkin kebosanan kerana terpaksa menemani aku membetulkan solekanku. Tetapi lama kelamaan, gelagatnya semakin menjadi-jadi apabila dia mempelbagaikan cara penerangannya. Walaupun aku terhibur akan sedapnya lenggok suara Miss R itu, aku terpaksa menghentikannya apabila beberapa orang yang berada disekeliling kami mula memerhatikannya.

"Miss R, kenapa kau asyik baca press release itu dari tadi?" tegurku sambil menyimpan bekas bedak asas yang aku bawa ke dalam tas tangan.

"Marina, aku tahu kau rasa ianya agak menjengkelkan. Tetapi aku rasa aku patut ubah karier aku. Aku patut cuba jadi pengacara TV!" kata Miss R dengan penuh semangat.

'Hmmmm... Mengapa pula tiba-tiba dia jadi begini?' kataku di dalam hati.

"Oh ya? Kau fikir kau boleh lakukannya?" tanyaku selamba. Tanpa memandang wajahnya, aku tercari-cari pelembap bibir yang aku letakkan di dalam tas tangan.

"Kau ini memang tidak supportive-lah Marina!"

kata Miss R sambil memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba sahaja dia menjadi sensitif seperti budak kecil.

"Eh. Bila masa pula aku tidak supportive? Aku cuma tanya kau sama ada kau yakin dengan bakat kau atau tidak? Kau rasa kau boleh buat?" kataku dengan perlahan dan penuh hati-hati. Mungkin cara aku bertanya sebelum itu kedengaran agak kritikal dan mengelirukan.

"Aku rasa aku boleh. Cuma..." Miss R teragak-agak, seperti ada sesuatu yang merunsingkannya.

"Aku pun sebenarnya rasa kau boleh. Cuma apa Miss R?"

"Kau tengoklah badan aku Marina. Kecil. Pendek pula. Aku rasa aku tidak sesuailah untuk televisyen"

Aku terkejut mendengar kata-kata Miss R. Aku hairan bagaimana agaknya kata-kata itu boleh keluar dari mulut orang yang bekerja untuk majalah sepertinya.

"Aku rasa itu bukanlah satu masalah yang besar Miss R"

"Aku tidak nampak terlalu kecilkah di dalam televisyen nanti?"

"Mana ada. Aku rasa kau badan kau okey sahaja. Berapa pula tinggi kau?"

"Lima kaki sahaja..."

Aku ketawa mendengar jawapan Miss R. Bukan kerana ketingginya yang tidak mencapai taraf model, tetapi kerana kenaifannya.

"Marina. Kau ketawakan aku ya? Okeylah aku tahu. Aku memang tidak sesuai untuk televisyen!" sekali lagi Miss R memuncungkan bibirnya.

"Bukan sebab itu. Aku ketawa sebab kau terlalu naif. Tinggi kau sebenarnya lebih kurang sama dengan Eva Longoria, Vanessa Hudgens dan Kim Kardashian kau tahu..."

"Betul?" tanya Miss R bagaikan tidak percaya.

"Betul. Aku rasa di dalam televisyen, semua orang akan nampak besar sedikit dari saiz sebenar. Kau jangan takut. Aku akan sokong kau.." kataku kepada Miss R. Ketika itu, aku berharap agar dia tidak mengesahkan maklumat yang aku beri itu melalui Google kerana ketiga-tiga selebriti yang aku sebutkan itu sebenarnya tinggi sedikit beberapa inci daripadanya.

Miss R tersenyum mendengar kata-kataku dan kembali membaca teks kenyataan media berkenaan dengan Festival Animax itu.

"Rambutan..." aku memanggilnya setelah mulutnya mengeluarkan beberapa patah perkataan dari teks itu. "Aku rasa ada baiknya kau berhenti"

"Ha? Kenapa pula?"

"Sebab sekumpulan Naruto di sana sedang memandang kita dengan pelik.." aku separa berbisik sambil memberi isyarat dengan mata.

"Tetapi mereka comel..." kata Miss R sambil tersenyum. Aku menepis tangannya sebelum sempat dia melambai kepada sekumpulan Naruto itu.

"Miss R. Mereka baru berumur enam belas tahun.." aku memberi peringatan. Walaupun kurang pasti akan umur mereka, aku cuba membuat andaian dari riak wajah dan pemakaian mereka.

"Jadi...?" tanya Miss R seolah-olah tidak tahu apa-apa tentang undang-undang juvana.

"Jangan cari pasal. Aku tidak mahu kau didakwa atas kes cabul!" aku separa menjerit. Beberapa orang yang berdekatan memandangku.

"Marina. Aku bukannya hendak..."

"Shhhh. Ada ramai orang di sini. Jangan cakap yang bukan-bukan" aku meletakkan jari telunjukku ke bibir Miss R.

"Okey. Maaf" Miss R memejamkan mata sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Bagus..." aku menarik nafas lega kerana dapat menghalang Miss R dari memalukan dirinya. Setelah mengenali Miss R untuk beberapa bulan lamanya, aku sudah boleh menganggak apa yang akan keluar dari mulutnya. Walau pun begitu, aku tahu aku tidak sepatutnya berfikir yang bukan-bukan tentang Miss R.

"Marina.." Miss R memanggil namaku. Nadanya serius. Dia merapatkan bibirnya ke telingaku.

"Ya..." aku memberi perhatian penuh kepada apa yang ingin Miss R katakan.

"Tolong jangan panggil aku Rambutan di sini..."

"Okey" aku tergelak mendengar kata-katanya. "Aku janji aku tidak akan panggil kau 'Rambutan' di sini" aku mengangkat tangan kananku ke kepala. Bergaya seperti sedang mengangkat sumpah.

Sebaik sahaja pulang ke Kuala Lumpur, aku telah diminta untuk pergi ke Festival Animax bersama-sama dengan Miss R di Sunway Pyramid. Apabila Daniel memberitahu kami tentang karnival itu, yang tergambar di dalam fikiranku ketika itu hanyalah kehadiran kumpulan-kumpulan manusia dengan kostum-kostum unik inspirasi dari watak-watak Anime seperti yang dipakai oleh Naruto-Naruto kecil itu. Tidak lebih dari itu.

Sebelum pergi ke karnival itu, Daniel telah memanggil aku dan Miss R untuk bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang Karnival Animax itu. Daniel nampak riang dan begitu bersemangat, dia telah memberikan kami keterangan lanjut berkenaan dengan karnival itu dan apa yang boleh kami dapati di sana. Dia cuba meyakinkan aku dan Miss R yang kami boleh mengharapkan lebih daripada apa yang kami bayangkan.

Sebagai seorang yang tidak begitu mengikuti perkembangan Anime, aku cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh Daniel terutama sekali apabila dia bercakap tentang seorang selebriti terkenal bernama May'n yang bakal berada di karnival itu.

"Nanti bila kamu berdua berada di sana. Kamu cari May'n. Temuramah dia dan ambil seberapa banyak gambar yang boleh" kata Daniel, bersungguh-sungguh untuk memuatkan May'n ke dalam Hey yang terbaru. Cara Daniel menceritakan obsesi peminat Anime terhadap May'n membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang bernama May'n itu. Sepanjang penerangan Daniel berkenaan dengannya, aku hanya mengangguk-angguk. Tidak seperti Miss R yang menunjukkan kebingungan melalui wajahnya yang berkerut, aku sedaya upaya cuba untuk menunjukkan minatku dalam hal itu dihadapan Daniel.

"Jika Daniel begitu teruja dengan semua ini, kenapa dia sendiri tidak datang ke festival?" kata Miss R kepadaku sebaik sahaja kami berdua berjumpa dengan Daniel. Miss R sememangnya tidak suka apabila namanya dipilih untuk ke karnival itu. Namun, apabila dia melihat sekumpulan lelaki muda dengan kostum Naruto itu, dia menukar fikirannya.

"Semalam bukan main merungut lagi tidak mahu datang ke sini. Bila sudah nampak Naruto comel depan mata, terus jadi tidak terkawal!" kataku kepada Miss R.

"Itulah orang kata, tidak kenal maka tidak cinta. Apa lagi Marina! Jomlah masuk!" kata Miss R dengan penuh bersemangat.

Aku dan Miss R masuk ke Sunway Pyramid's Blue Concourse dan mula meninjau keadaan di sekililing. Kami mula mengambil gambar dan menemuramah beberapa orang yang ada di situ. Sesetengahnya amat baik sekali dan sudi untuk bekerja sama. Sesetengahnya amat membosankan dan ada juga yang malu-malu. Kebanyakan yang hadir ke karnival mengambil kesempatan yang ada untuk mengenakan kostum dari watak Anime kegemaran mereka. Walaupun setahun sekali, ianya sudah memadai memandangkan cosplay yang bermula dari Jepun ini bukanlah satu kebiasaan dan jarang-jarang sekali dianjurkan di Malaysia. Ketika membuka akaun Facebook dan Instagramku ketika itu, aku dapati gambar-gambar cosplay telah mula memenuhi laman-laman itu dengan hashtag yang pelbagai.

Ianya mungkin satu perkara baru bagiku dan keterujaanku mungkin tidak seperti peminat-peminat tegar Anime yang lain. Namun, itu tidak bermaksud yang aku langsung tidak tahu apa-apa mengenainya, ada beberapa siri yang aku ikuti sewaktu aku belajar dahulu seperti Inuyasha dan Hell Girl. Aku juga berkesempatan untuk menonton beberapa episod siri Fairy Tail.

Untuk karnival itu, aku tidak ketinggalan untuk mengenakan kostum dari watak kegemaranku. Aku dan Miss R memilih untuk menjadi Enma The Hell Girl. Aku memilih kimono berwarna hitam dan Miss R memilih yang berwarna merah. Namun, tidak seperti Miss R, aku tidak mengenakan kanta lekap bagi mendapatkan efek kemerah-merahan yang serupa seperti Enma The Hell Girl. Ramai kawan-kawanku tahu yang aku takut untuk mengenakan kanta lekap.

'Ping!' notifikasi Facebookku berbunyi. Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dari tas tangan dan menyemak mesej yang diterima. Ianya dari Ally.

- Marina. aku sedang bersiap. Nanti bila sampai di Sunway aku hantar mesej - Ally yang berjanji untuk datang ke karnival menghantar mesej yang ringkas dan padat.

- Okey. Aku dan Miss R sudah masuk. Kami pusing-pusing dahulu- jawabku ringkas

- Okey Marina!-

Aku tersenyum sendirian apabila memikirkankan tentang Ally. Aku tahu dia sedang cuba menyesuaikan rambut palsu berwarna putih yang dibelinya untuk mendapatkan efek yang sama seperti watak Anime kegemarannya iaitu Inuyasha. Awal-awal lagi, aku mengajak ramai kawan-kawanku untuk datang memeriahkan lagi karnival. Aku berjanji kepada mereka yang aku akan memuatkan gambar mereka ke dalam Hey sekiranya mereka bersetuju untuk datang dan mengenakan kostum yang menarik. Namun, hanya Ally sahaja yang menunjukkan minat untuk datang.

Sementara menunggu Ally, aku meneruskan tugasanku dan cuba untuk merasai keseronokan festival itu. Aku dan Miss R berjalan di sekitar kawasan festival untuk mencari sesuatu yang menarik. Sesuatu yang sesuai untuk Hey dan yang paling penting, sesuatu yang mampu membuatkan Daniel tersenyum gembira.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C19
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk