Unduh Aplikasi
12.5% Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud / Chapter 1: Bahagian I
Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud original

Reinkarnasi Raja Iblis Sang Pengubah Wujud

Penulis: Seinaruz

© WebNovel

Bab 1: Bahagian I

Perempuan.

Wajah mereka yang cantik dan indah diselubungi 1001 motif tersembunyi. Setiap senyuman menenangkan hati yang melihat. Setiap senyuman menanam perasaan kasih terhadap sang perempuan dalam sanubari yang terdalam sang lelaki.

Akan tetapi...

Dapatkah senyuman itu menjadi tolak ukur? Atau disebalik topeng yang manis itu tersembunyi berjuntai-juntai maksud tersirat yang disorokkan?

Bila mereka tersenyum, adakah mereka benar-benar gembira?

Bila mereka berkata dimana pun boleh, adakah betul-betul boleh?

Mereka tidak pernah berkata jujur dan penuh dengan tipu muslihat. Mereka kerap kali berkias dan berlapis-lapis sewaktu bercakap demi membuat sang lelaki terus berteka-teki. Sedikit kesalahan, mereka akan merajuk. Sedikit kesalahan, sang lelaki akan dicampak.

Perempuan.

Sungguh makhluk yang disebalik senyuman manisnya tersembunyi berbagai muslihat dan motif. Setiap butir bicara dikias dengan teliti ibarat sebuah kode yang mempunyai niat terselubung yang perlu dipecahkan satu persatu oleh sang lelaki sebelum segalanya terlambat. Lantas, sang lelaki yang kesal bertanya di lubuk hatinya yang terdalam...

Inikah rupa sebenar cinta?

Di sebalik pemandangan kota metropolitan, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan dengan makhluk bergelar perempuan.

"Tomori-San, selanjutnya mari kita ke sana."

"Ay ay." (Smile)

Dia tersenyum memandangku. Aku yakin itu tanda untuk lebih rapat mengenalnya. Aku yang terlalu bersemangat lantas menarik pergelangan tangannya dengan erat menuju ke sebuah kedai minuman terkenal yang telah lama aku selidiki sebagai tempat yang paling sesuai untuk bersembang.

"Tomori-San, apa rancangan awak untuk kita berdua di masa depan nanti?"

"Saya nak buka kedai supaya kita tak perlu makan kat luar macam ni lagi" (Smile)

Aneh. Dia sepatutnya mengetahui apa yang ingin kukatakan tetapi dia memilih untuk mengelak daripada memberikan sebarang jawapan dan hanya membalaskan senyuman ke arahku. Aku terus menghirup air bobaku sambil memandang wajah yang manis di hadapanku dengan perasaan yang gelisah seperti sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Tomori-San, mahu tak memperdalam lagi hubu-".

"Hah? Hubungan? (Smile) Sei-Kun, Sei-Kun. Awak mudah sangatlah untuk ditipu. Mimpi apa sampai awak mengigau sekarang ni? Aku rapat dengan kau bukan sebab kau hensem pun, tapi aku suka tengok reaksi menyedihkan yang kau buat tu" (Laugh)

Ah, aku faham...

Aku sedar senyuman dari tadi bukan senyuman yang sebenar melainkan sebuah lakonan untuk memperdaya semata-mata. Akan tetapi, aku tetap mendiamkan diri sehingga semuanya sudah terlambat untukku melarikan diri dari situasi yang menyakitkan ini.

Langkahan kakiku terhenti seiring sesuatu menyentak benakku. Kegusaranku sedari tadi kini menjadi kenyataan di hadapanku. Aku telah dibuang dan dicampak begitu sahaja setelah semua usaha yang aku lakukan. Langkahan sosok yang terus berjalan di hadapanku tadi kini berhenti dan memandangku dengan wajah yang sinis. Dalam seketika suasana hening menghiasi jalanan tanpa sebarang kicauan burung mahupun hembusan angin. Dunia seakan-akan meratapi nasibku yang malang ini namun tidak oleh sosok yang masih berdiri dengan senyuman yang sinis di hadapanku ini.

Bodohnya aku.

Perempuan seperti dirinya tidak akan pernah memandangku dengan taraf yang sama. Dia hanya mengganggap aku ibarat sebuah alat yang setelah digunakan akan dibuang sepahnya dan dibiarkan mereput ditelan waktu. Tak terhitung waktu, masa dan tenaga yang telah aku habiskan untuknya. Aku tetap cuba untuk mempercayainya meskipun aku sudah meragui kebenarannya sedari tadi. Namun apakan daya, segalanya kini sudah terlambat. Masa tidak boleh diputar kembali. Realiti bahawa aku telah dibuang hidup-hidup masih menghantui fikiranku. Aku tatap tanah tempatku berdiri dengan pandangan kosong. Aku tatap dan terus menatap. Namun, air mata tak kunjung mengalir keluar dari kedua kelopak mataku.

Kenapa?

Sekarang sepatutnya merupakan situasi yang paling menyakitkan dalam hidupku, dibuang ibarat sampah setelah bermati-matian mempercayainya. Kenapa aku langsung tak menitiskan air mata? Rasa yang sakit ini sepatutnya telah menusuk-nusuk lubuk hatiku yang paling dalam tetapi mengapa aku masih berdiri dan masih mampu tersenyum? Apa ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi yang sangat mencengkam ini...

Ah, begitu rupanya.

"Berambus..."

"Ara, galaknya abang yang satu ni..."

"AKU KATA... BERAMBUS"

"Kalau tak, apa yang kau na-"

Tubuh perempuan di hadapanku hancur berkeping-keping. Darah tersebar di seluruh tempat dia berdiri. Sebahagian darinya memercik dan mengenai tubuhku. Nafasku berat. Badanku lemah. Dalam seketika, sekujur tubuhku sudah tertiarap di tanah tidak bermaya. Mungkin inilah akhir perjalananku di dunia ini. Sang lelaki yang percaya dan terus percaya akan sosok bergelar perempuan akhirnya dikhinanati dan terbaring lemah mengenangkan nasibnya. Pandangannya mulai kelam, sedikit demi sedikit sebelum akhirnya menghilang.

Dalam saat yang menyesakkan itu dia tertanya-tanya...

Jika benar ada kehidupan seterusnya yang tak terhingga yang akan aku jalani,

Apakah aku akan dipertemukan dengan perempuan yang jujur di kehidupan berikutnya?

Atau hati yang kosong ini akan kekal kosong selama-lamanya?

----------------------------------------------------------

Hurm, silaunya.... Aku perlahan-lahan membuka kelopak mataku. Langit di luar masih gelap dilimpahi cahaya sang bulan. Suasana bilik ku yang usang kelihatan masih seperti sedia kala. Tiada keanehan dan sebarang perubahan. Aku memandang sekeliling dan perasan akan sesuatu. Ribaku terasa sedikit berat. Lantas, aku melihat sosok yang berbaring di pangkuan ribaku.

("Aik, Mitsua?!! Apa yang kau buat malam-malam kat bilik aku ni?!! Sambil baring atas riba aku?!! Dipeluk erat macam bantal peluk lagi...")

Tanpa berfikir panjang, aku terus memanjangkan tanganku untuk membangunkannya.

"Aik" (Memang tanganku biasanya seperti ini ke?)

Aku tersentak seketika. Ada sesuatu yang aneh dan membuat aku gelisah. Suara yang aku keluarkan tadi bukan suara garau yang biasa aku dengar. Aku makin gelisah. Aku sedar ada sesuatu lagi yang aneh. Dadaku terasa lebih berat daripada biasanya. Tambahan pula, terdapat sebahagian rambut berwarna putih yang mengurai lurus ke bawah dan mengenai kedua ribaku serta dapat dilihat dengan jelas oleh kedua-dua belah mataku.

"Kenapa aku berwujud seperti seorang perempuan?!!"

Seorang gadis beramput putih, bermata merah dan duduk di atas katilnya yang lusuh berteriak dengan riak muka terkejut dengan... wajah yang manis.

"HAH?!!"

""Uhm... Hurm... Selamat pagi, Onii-Ch-... Onee-Chan."

Mitsua yang baru sahaja bangun memandangku sambil terkebil-kebil namun dengan riak muka yang tidak terkejut...

----------------------------------------------------------

Nafasku terasa amat berat. Pandanganku hitam. Walaupun berat, aku tetap memaksakan diri untuk membuka kedua kelopak mataku sebelum melihat sesuatu yang mengenaskan di hadapanku.

"Argh-"

Aku terbaring di atas tanah sambil menahan dadaku yang kesakitan dengan tanganku. Mataku yang sedikit terbuka lantas melihat ke arah telapak tanganku yang sedari tadi menahan kesakitan yang tak dapat digambarkan.

Darah.

Sekilas sesuatu menyentap benakku.

("Ah, aku diserang dengan sihir oleh dua orang kanak-kanak perempuan yang kelihatan berbaju layaknya bangsawan ini")

Perasaan sakit yang menusuk-nusuk tersebar ke sekujur tubuhku. Lapisan kulit di dadaku kelihatan telah hangus dan menampakkan lapisan daging terus memancurkan darah tanpa henti. Baju ku yang berwarna putih yang kelam dan lusuh dibasahi oleh darah yang terus mengalir keluar dari badanku. Seluar yang kukenakan juga koyak rabak dan terdapat kesan hangus di seluarku dan beberapa kesan lecet di kakiku akibat diserang dengan sihir api tanpa belas kasihan. Terlintas di fikiranku untuk meronta meminta tolong dari mereka yang lalu-lalang di sekitar sini namun aku mengurungkan semula niatku itu setelah mengingati sesuatu.

Aku bukanlah sesiapa di dunia ini. Hidup sebarang kara dibalik hutan berbumbungkan pepohonan untuk berteduh dari sinaran terus matahari. Tiada sesiapa di sekitar dan tiada sesiapa untuk diminta bantuan. Jika ada sekalipun aku ragu mereka akan sudi menghulurkan bantuan untuk orang sepertiku. Seorang yang hidup hanya dengan mengutip buah-buahan yang berjatuhan daripada kereta kuda yang tergoncang ketika melalui jalanan hutan yang tidak rata ini. Pakaian ini pun turut aku dapatkan daripada kereta kuda yang barangannya jatuh ketika lalu-lalang di sini.

Tanpa sedari tanganku mencapai batu berhampiran tempatku terbaring dan menggenggam erat batu tersebut untuk mengurangkan rasa sakit yang tak terperi ini.

"Oi, oi... Kau boleh pergi jauh-jauh tak?!! Aku tengah kesian lagi ni".

Budak perempuan yang berambut dan bermata biru bak lautan itu menurunkan tongkat sihir kecilnya dan berdiri disampingku yang masih menahan kesakitan.

"Heh heh. Orang macam ni takkan serik kalau kita tak hajar lebih lagi, Inami-San. Lagipun dia yang sukarela untuk dibantai sebagai ganti. HahahahaH!!".

Budak perempuan yang berambut dan bermata kuning di sebelahnya menyeringai sambil menendang-nendang tanganku yang terus menggenggam erat seketul batu. Lantas, tawaan sinis budak perempuan itu menghiasi suasana yang mencengkam saat ini.

Aku teringat akan sesuatu.

Aku terdengar suatu suara jeritan meminta pertolongan dari kejauhan sewaktu berjalan-jalan di sekitar hutan sebentar tadi. Dari jauh, aku melihat seorang kanak-kanak perempuan dibantai teruk dengan sihir oleh dua orang budak perempuan yang kelihatan sedikit lebih tua darinya. Tanpa berfikir panjang, aku langsung melompat untuk menolongnya. Melihatnya mukanya yang tulus meminta pertolongan dan terbaring tidak berdaya mengingatkan sesuatu yang aku cari selama ini.

Perempuan yang jujur.

Sakit.

"Oi, oi... Apa yang buat kau acah heroik tolong dia tu ha?!! Sekali pandang pun kami dapat rasakan tiada langsung sebarang aliran sihir dalam badan kau. Apa kau ingat kau boleh tolong dia? Kau jemput maut je datang sini nak selamatkan dia" teriak gadis berambut kuning itu dengan galak sambil terus menendang-nendang sekujur tubuhku.

"Seseorang yang cuma berdarah kotor macam kau ada hati nak selamatkan orang macam dia yang darahnya masih suci walaupun rendahan. Kau nak cari mati ke apa?"

"Bangsawan tahap atasan lahir dengan darah yang suci dan mulia. Ianya dapat menyimpan dan mengalirkan mana dengan lebih efisien berbanding mereka yang berdarah rendahan. Singkat ceritanya, kau yang langsung bukan seorang bangsawan ada hati nak lawan bangsawan tahap atasan seperti kami, dasar sampah".

Gadis berambut biru itu memandangku jijik. Akan tetapi dia masih menahan emosinya berkemungkinan bagi menjaga imejnya sebagai seorang bangsawan. Dia masih berdiri disampingku sambil menyilangkan kedua-dua belah tangan seperti kesal akan sesuatu.

"Hihihi... Kenapa la budak macam kau ni boleh percaya mentah-mentah kat perempuan macam dia. Dia dah lari dan sembunyikan diri sejak kau datang acah heroik nak tolong selamatkan dia. Kau ingat perempuan tu nak ke tolong kau balik ke bila kau terbantai ter-".

Ah, begitu rupanya...

Aku diperdaya lagi. Persetan dengan darah bangsawan atasan atau apapun itu. Perasaan sakit yang sama ini muncul lagi dalam lubuk hatiku. Sama seperti ketika itu. Rasanya seperti ia dicarik-carik menjadi serpihan-serpihan kecil. Aku tersenyum seakan-akan sesuatu merasukiku. Tanpa sedari tubuh budak perempuan yang terus menyeringai dari tadi menyemburkan darah di merata tempat tanpa menyisakan sebarang sisa anggota tubuh. Ianya lesap dalam seketika.

"Kau...Si-siapa ka-".

Darah tersembur buat kedua kalinya.

Nafas aku masih berat tapi anehnya, aku terasa sangat lega jauh di lubuk hatiku. Ianya seperti aku telah mengeluarkan seluruh tenaga untuk menghajar kedua budak itu. Mataku kembali berbinar. Aku yang tak berdaya tersungkur semula ke tanah. Samar-samar, aku melihat budak perempuan yang telah kutolong tadi berlari ke mendapatkanku.

("Kenapa lari ke sini? Bukan ke aku hanya dimanfaatkan. Haih, bodohnya aku. Aku tolong dia tanpa fikir panjang dan mati sia-sia lagi seka-")

Kepalaku didakapnya cepat namun dengan berhati-hati.

"Onii-Chan?!! Jangan mati sekarang! Tahan sikit lagi sebelum bantuan tiba. Onii-Chan, Onii-Ch-".

Hangat.

Inikah yang dinamakan cinta oleh seorang perempuan yang tak pernah aku rasai selama ini. Air matanya yang terus mengalir deras di pipinya dengan pantas menitis di wajahku sejak dia memeluk erat kepalaku. Aku tersenyum sebelum menutup kembali kedua-kedua mataku.

Aku tidak membuat pilihan yang salah. Aku yakin akan hal itu. Namun begitu, kelihatannya seperti aku tidak mempunyai masa yang banyak untuk merasai detik-detik yang indah ini.

Aku rasa bahagia seketika. Sekujur tubuh yang terluka dan dalam keadaan yang lemah berlari untuk mendapatkanku dan mendakap erat tubuhku. Suasana hutan yang telah sepi sejak amukanku tadi kini diisi oleh suara tangisan budak perempuan ini. Semuanya sungguh menenangkan hingga akhirnya sayup-sayup suara tangisan ini menghilang di kuping telingaku. Dalam sekejap, fikiranku kosong dan suara tangisan yang menangisi pemergianku sebentar tadi hilang daripada deria pendengaranku.

Entah bagaimana aku terasa bahagia kerana seseorang yang aku bermati-matian lindungi menangisi pemergianku.

----------------------------------------------------------

Kepalaku sedikit pening. Aku membuka mataku perlahan-lahan. Aku terkebil-kebil melihat bayangan sosok yang ku kenali di atas pangkuan dadaku.

"Anu, Mitsua. Kenapa..."

" Ibu, abang dah bangun."

("Anu, Mitsua... sekurang-kurangnya tolonglah dengar apa yang abang nak cakap. ")

"Baguslah kalau begitu. Mari sini kita sarapan. Matahari dah tegak dah tu kalau korang nak tau". "Baik, ibu. Nanti kami datang".

Aku melihat adikku dengan pandangan hairan dan tertanya-tanya.

"Oi Mitsua, kenapa pagi-pagi lagi dah berkepit dengan abang?".

"Apa salahnya, abang tetap abang Mitsua. Lagipun tak salah sebab kita berdua kan adik-beradik".

("Mitsua... Kamu langsung tak melihat abang sebagai seorang lelaki ke... Yah, tak salah juga apa yang dia kata...")(Kecewa)

Ini Kyoto Mitsua. Adikku yang dua tahun lebih muda dariku dan juga budak perempuan yang aku selamatkan di hutan suatu ketika dahulu. Rambutnya yang berwarna hitam dan tampak menawan mengurai melepasi bahunya dalam keadaan yang agak kusut kerana masih belum disisir. Matanya yang berwarna merah pekat seperti mataku sekilas terlihat seperti kami adik-beradik.

("Boleh kata adik beradik juga sebenarnya...")

"Onii-Chan?!!"

Aku terkejut apabila Mitsua tiba-tiba melompat dan memeluk erat tubuhku. Aku dipeluk erat sehingga tiada sebarang tanda darinya untuk melepaskanku. Aku yang berbaring tersenyum bahagia sambil mengusap-usap kepala adikku itu.

("Aku bertuah ada adik yang cantik dan manja kat aku")

"Sudah, sudah, Mitsua. Jom kita sarapan sama-sama".

"Yahoo".

Kami berdua bingkas bangkit daripada katil dan sedikit berkemas-kemas sebelum pergi mendapatkan ibu yang sedang berasa di ruang makan. Aku berjalan sambil memimpin tangan adikku yang kelihatan kegirangan menuju ke ruang makan.

Namaku Kyoto Seinaru. Berumur 15 tahun. Keluarga kami merupakan keluarga bangsawan dengan pangkat terendah iaitu Baron. Gelar itu diberikan kepada para keturunan yang pernah melibatkan diri dalam pertempuran melawan pasukan Raja Iblis. Walaupun bergelar bangsawan, hidup kami serba kekurangan.

"Ibu, sup tawar lagi ke menu hari ni".

"Jangan mengeluh, Mitsua. Kita patut bersyukur kita masih dapat makan".

"Mitsua, kalau kamu terus merungut lagi..... Abang tak keberatan untuk bagi kamu makan abang punya..."

Aku senyum sedikit sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati. Seketika, dia kelihatan panik sebelum mula menjamah kembali hidangannya.

"Hmm, hmmm. Sedap".

("Terlihat dengan sangat jelas yang dia memaksakan diri untuk membuat riak wajah suka itu. Sama ada dia sangat membenci sup itu atau senyuman aku sangat menakutkan".)

Kebiasaannya, aku akan memburu binatang di hutan berhampiran di awal pagi dan sudah siap memasak sesuatu pada waktu begini namun kelihatan seperti aku terlajak tidur pada hari ini. Ditambah pula ada mimpi yang terus berulang-ulang setiap malam dalam tidurku yang membuatkan aku agak kurang lena. Mungkin itu sudah cukup untuk menjelaskan sebab kepala aku terasa sangat berat dan alasan aku terlajak tidur hari ini.

Aku kembali mencicipi sup yang hambar itu sambil memikirkan sesuatu. Spontan aku melihat gambar usang yang tergantung di dinding rumah kami.

Sebuah peta.

Seribu tahun dulu terdapat Raja Iblis Tirani yang memerintah dengan kejam di bahagian Utara The Kingdom.

Terror Canyon.

The Kingdom dibentuk setelah semua negara manusia di dunia ini sepakat membentuk sebuah kekaisaran untuk menekan Iblis kerana mereka menganggap Iblis sebagai ras yang jahat dan perlu dilenyapkan. Iblis yang terdiri dari berbagai spesies mempunyai kebolehan mereka tersendiri dan mampu menggunakan sihir menjadi ancaman terbesar terhadap manusia. Sedangkan Terror Canyon diperintah oleh seorang Raja Iblis yang dapat menundukkan seluruh penduduk lembah Iblis di bawah kekuasaannya. Namun semuanya berubah pada seribu tahun lalu setelah Perang Agung dilancarkan oleh The Kingdom untuk menekan wilayah kekuasaan Iblis dan meluaskan pengaruh empayar. Kini, kerajaan Iblis itu diperintah oleh Lima Raja Iblis Agung dengan Ratu Lumina yang dikatakan berdarah campuran manusia dan iblis mengetuai kelima-lima Raja Iblis tersebut sebagai kuasa tertinggi. Ratu Lumina juga memberikan beberapa wilayah kekuasaan iblis kepada The Kingdom sebagai bentuk perdamaian.

Meski begitu, manusia tidaklah bodoh. Mereka tetap membuat akademi pahlawan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan mendadak Iblis. Satu-satunya akademi pahlawan yang ada terletak di pusat Kerajaan, Akademi Lux. Di sana, banyak pelajar berbakat dalam sihir dan pertempuran dari seluruh negara berpartisipitasi.

Di sebelah kanan peta tersebut tergantung gambar Ratu Lumina sebagai lambang perdamaian yang diambil ketika dia menaiki takhta sebagai ketua Raja Iblis yang baru dilantik. Di sebelah kiri peta pula tergantung gambar Raja Iblis sebelumnya yang terlihat buram dan lusuh sebagai lambang keputusasaan. Katanya, jurugambar yang mengambil gambar tersebut diserang tanpa belas kasihan oleh Raja Iblis tersebut menyisakan gambar yang buram.

Sejak kebelakangan ini, aku selalu bermimpi melihat sosok yang berambut panjang berwarna putih dan bermata merah pekat duduk di atas takhtanya dengan pandangan yang kosong. Entah bagaimana kedua-dua sosok dalam gambar dan mimpiku terlihat sangat mirip antara satu dengan yang lain. Rasanya seolah-olah aku pernah hidup waktu itu kerana suasana dan persekitaran dalam mimpiku terasa sangat nyata.

"Ibu, izinkan Sei masuk Akademi Pahlawan".

"Eh, kenapa tiba-tiba, Sei-Kun".

Ibu bertanya dengan nada yang risau. Aku tahu pasti dia tidak akan berasa tenang kerana kami bukanlah bangsawan peringkat tinggi dan aku sendiri tidak boleh menggunakan sebarang sihir.

"Sei tahu Sei tidak mempunyai tenaga sihir langsung. Sei faham sangat yang Sei hanya mempunyai kemahiran ilmu berpedang yang baik. Tapi Ibu juga tahu bahawa bilah pedang Sei tidak pernah gagal untuk menebas apa yang Sei nak tebas. Sei fikir Sei perlu mengetahui kemampuan sebenar Sei dengan melibatkan diri dalam Akademi Lux tidak kira dengan izin ibu atau tidak".

("Tak mungkin aku akan bagitahu yang aku nak masuk akademi tu semata-mata nak melawan Lima Raja Iblis untuk menyiasat mimpi aku...") (Risau)

"Tapi Sei, kalau ada yang buli Sei nanti kat sana...".

"Betul tu abang. Kenapa?".

"Sei tinggal kerat kepala mereka kepada tujuh bahagian dan letak dekat puncak tujuh buah gunung ".

Entah bagaimana aku membuat wajah seperti pembunuh berantai lagi. Aku rasa kemahiran sosialku yang kurang ini pun menjadi sebab tambahan untuk aku melibatkan diri dalam akademi.

"Uhm..." Ibu dan Mitsua memandangku dengan wajah yang sedikit risau.

Walaupun begitu, aku tetap takkan berlembut. Persetan dengan gelaran bangsawan yang mereka pegang.

"Sei tahu ibu ambil berat dan peduli Sei. Tapi Sei rasa ini sebagai persediaan Sei bila berhadapan dengan dunia luar. Mengenal kawan dan lawan".

Aku menepuk meja tanpa sedari dan berdiri.

"Baiklah, ibu faham. Kamu selalu dengar cakap Ibu. Ibu takkan halang tapi lain cerita kalau...".

"Abang, jangan lupa untuk selalu jenguk ke sini".

Mitsua memandangku dengan mata penuh bersinar.

("Terlalu berkilau")

"Abang janji, Mitsua".

Tanpa sedari, tanganku mengusap-usap kepala adikku kerana kecomelannya yang tak dapat dinafikan.

"Tak mengapa, Ibu. Walaupun susah Sei akan hadapi dengan sekuat tenaga yang Sei ada".

Misiku hanya satu iaitu untuk memasuki Akademi Pahlawan Lux. Sosok yang selalu muncul dalam mimpiku mirip dengan wajah Raja Iblis Tirani yang memerintah Terror Canyon sebelum ini. Misiku untuk menjadi pahlawan supaya dapat pergi ke istana Raja Iblis itu dan melihat sendiri kisah dibalik insiden seribu tahun dahulu. Ianya bukan tugasan yang mudah kerana ada Lima Raja Iblis Agung dengan Ratu Lumina sebagai kepalanya yang akan membuatkan perjalananku ini lebih susah. Terlepas dari semua itu, aku ada seribu satu persoalan untuk dilontarkan kepada dia. Wajahnya yang penuh kebencian dan pasrah akan dunia sangat mirip dengan ekspresiku ketika aku dikhinanati dan hilang harapan akan dunia dahulu. Entah bagaimana jauh dilubuk hatiku berkata untuk menyelamatkannya daripada keputusasaannya itu dan mengajarnya betapa indahnya dunia ini yang sekarang aku rasai berkat adanya sosok adik dan ibu di sisiku.

----------------------------------------------------------

Sesosok yang tampak tegas duduk di atas singgah sananya yang usang dengan tatapan penuh kekosongan. Rambut putih mengurai panjang dan mata merah menyala membuatkan tatapannya menggerunkan lawan matanya.

("Ah, mimpi ni lagi. Kenapa aku asyik bermimpikan dia ni? Kepalaku sedikit pening. Sudah pukul berapa sekarang ni?")

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Mitsua terbaring di pangkuan ribaku dan memeluknya erat. Aku yang ingin mengejutkannya lantas memanjangkan tanganku untuk menepuk-nepuk belakangnya.

"Aik"

"Kenapa aku berwujud seperti seorang perempuan?!!"

"Uhm... Hurm... Selamat pagi, Onii-C-... Onee-Chan".

"Anu, Mitsua. Apa yang kau maksudkan dengan Onee-Chan, huh?!! Janganlah mengigau yang bukan-bukan"

"Blaw.... Arh..."

Aku menggoncang-goncang tubuh adikku yang masih mamai supaya lebih segar. Aku yang masih berasa panik ditambah adikku yang berkata yang bukan-bukan membuatkan hatiku bertambah gelisah dengan apa yang sedang terjadi pada tubuhku. Seribu satu persoalan kini muncul di benakku.

"Onii-Chan, berhenti... Mitsua dah sedar ni".

Aku berhenti menggoncang tubuh adikku yang kelihatan sudah tidak mamai lagi. Aku hanya ingin mendapatkan penjelasan tentang keadaan yang menimpaku saat ini. Mitsua memandang tepat mataku sambil memegang erat kedua belah bahuku.

"Onii-Chan ingat tak dulu waktu Onii-Chan tolong Mitsua waktu dekat hutan?"

"Abang rasa abang ingat jelas kejadian hari tu. Kenapa?"

"Mitsua berlari dan peluk kepala abang suruh abang bertahan sebelum bantuan tiba, tapi waktu abang dah tak sedarkan diri tiba-tiba rambut abang berubah warna menjadi putih dan memanjang. Mitsua pun mula-mulanya hairan tengok abang berubah menjadi kakak tapi Mitsua tak kesah sebab abang tetap orang yang selamatkan Mitsua".

"Anu, jadi dari hari tu lagi Mitsua dah tau yang abang rupanya seorang kakak...?"

"Boleh kata macam tu"

Aku tersungkur lemah mengenangkan nasib yang menimpaku ketika ini. Apa guna pengalaman aku selama ini sebagai seorang lelaki. Aku meraba-raba sedikit bahagian bawahku untuk memastikan dengan lebih lanjut situasi saat ini. Tiada. Sepertinya aku sudah tiada harapan lagi untuk menjadi diriku yang asal.

"Tapi abang masih hairan dengan apa yang Mitsua kata. Abang asalnya memang abang tapi berubah menjadi kakak atau memang asalnya seorang kakak??? Ah, peningnya..."

"Abang cuba tengok ni".

Mitsua memegang sesuatu yang panjang dan berwarna hitam dan terus bergerak-gerak lalu menunjukkannya padaku. Aku memerhati benda tersebut dengan saksama. Seketika peluh menitik membasahi seluruh wajahku. Apa yang Mitsua tunjukkan kepadaku itu sungguh di luar dugaan. Mitsua memandangku sambil memegang ekor yang beruncing tajam dan menghala ke arah punggungku. Aku terkejut sekali lagi, ekor yang aku nampak ketika ini pernah aku ketahui dari kehidupan laluku. Aku selalu membaca manga sendirian untuk mengetahui bagaimana untuk merebut hati seorang wanita. Ekor yang aku lihat ini tidak salah lagi ada di balik manga yang pernah aku baca itu. Succubus. Makhluk rendahan dengan tubuh yang indah dan wajah yang mempersonakan sesiapa yang melihatnya. Hidup dengan mendapatkan energi daripada nafsu dan air berahi sang lelaki. Ekor yang mirip succubus itu pula kelihatannya tersambung menghala ke arah punggungku.

"Aku bukan je bukan seorang lelaki malah bukan seorang manusia juga... Apalah nasib aku ni..." (Sad)

Aku tersungkur kembali setelah mengetahui realiti yang lebih berat lagi berbanding yang tadi. Segalanya sudah jelas. Aku yang merupakan seorang succubus tak mustahil untuk berubah rupa untuk memperdaya mangsaku. Walaupun pahit itulah hakikatnya. Aku terbaring lemah mengenangkan nasibku yang malang ini. Tanpa disangka, sepasang tangan membelai-belai kepalaku dengan lembut untuk menenangkanku.

"Onii-Chan, waktu Mitsua sedih Onii-Chan selalu usap-usap kepala Mitsua untuk tenangkan Mitsua. Kali ni biar Mitsua yang balas. Onii-Chan dah tenang ke?"

Aku tersentak mendengar ucapan adikku itu. Dia tetap menghiburkan diriku walaupun kenyataannya terlalu pahit untuk dihadam. Aku yang merupakan ras Iblis bukan sahaja berbahaya bagi manusia malah turut diisytiharkan sebagai musuh alami.

"Oni-Chan, walaupun Onii-Chan rasa Onii-Chan risau dengan keadaan Onii-Chan sekarang ni, Onii-Chan tetap Onii-Chan yang Mitsua kenal. Hati dan sikap Onii-Chan tak pernah berubah".

Mitsua memandangku sambil tersenyum. Aku rasa sangat terharu ada sosok adik yang sudi menghibur di waktu aku betul-betul berada di bawah. Ini sesuatu yang mustahil aku dapatkan dalam kehidupanku sebelum ini. Aku membalas senyumannya untuk menunjukkan aku telah lebih tenang.

"Anu, Mitsua. Kenapa kamu boleh tertidur dekat pangkuan riba abang malam-malam buta ni?".

"Uhm, sebenarnya setiap kali Onii-Chan tidur, abang berubah menjadi kakak. Mula-mulanya Mitsua ragu-ragu tapi sebabkan abang rupanya seorang kakak Mitsua tidur je dekat sebelah abang".

"DE-DEKAT SEBELAH...." (Terkejut)

"Padanlah Mitsua langsung tak takut tidur dekat pangkuan riba abang. Siap peluk macam bantal peluk lagi" (Sedih)

Aku kembali tersungkur ke tanah mengenangkan nasibku. Aku menitiskan air mata akibat diserang secara mental dengan bertubi-tubi oleh realiti.

"Sudahlah, Onii-Chan. Esok kita bincangkan dengan Ibu tentang masalah ni".

Mitsua kembali mengusap-usap kepalaku lembut. Entah bagaimana aku merasa lebih tenang diperlakukan sedemikian rupa olehnya.

"Terima kasih, Mitsua. Abang bersyukur ada adik macam Mitsua ni".

Aku menarik-narik pipi adikku itu kerana lagaknya yang dari tadi seperti seorang kakak.

"Awww, Onii-Chan, sakitla"

"Kalau macam tu Mitsua panggil Onii-Chan Onee-Ch-..."

"AWWWWW?!!"

"Apa dia Mitsua?!!"

Aku memandang adikku itu dengan sedikit senyuman sambil mecubit erat kedua belah pipinya. Entah mengapa aku rasa kesal dengan perkataan yang dikeluarkan tadi.

"EEEK?!! Onii-Chan, Mitsua cuma bergurau je"

Seketika Mitsua kelihatan panik dan mengakui kesalahannya. Aku melepaskan semula kedua pipinya daripada cubitanku. Aku rasa puasa dapat membalas perbuatan adikku yang agak nakal itu.

"Adu-du-duh..."

Mitsua mengusap-usap pipinya yang kemerahan. Walaupun geram, aku turut mengusap-usap pipinya itu untuk meredakan sedikit kesakitannya. Mitsua terlihat sedikit terkejut melihat tindakanku sebelum akhirnya menggenggam erat tanganku yang mengusap pipinya itu.

"Dah lewat ni. Jom tidur, Mitsua".

"Okay. Selamat malam, Onii-Chan".

"Selamat malam, Mitsua".

Aku berbaring di katilku sambil memegang erat tangan adikku yang turut berbaring di sebelah ku.

----------------------------------------------------------

Saya tersedar kerana ada sinar matahari menyinari mata saya. Dengan pantas, saya memeriksa keadaan sekeliling semula. Tiada apa-apa yang kelihatan di dalam bilik saya. Saya melihat ke bawah pada kaki saya. Ekor masih ada. Saya melihat beberapa rambut putih jatuh di riba saya dan juga menyentuhnya dengan kedua-dua tangan saya. Seronok rasanya bermain dengannya. Aku melihat sekelilingku semula. Mitsua tiada di mana-mana. Aku segera bangun dan mengemas katil untuk pergi mencarinya. Kami juga bercadang untuk memberitahu ibu tentang keadaan saya sekarang.

Aku berjalan laju ke ruang tamu untuk melihat jika ada sesiapa di sana. Sebaik sahaja Aku menghampiri ruang tamu, aku melihat ramai orang sedang berkumpul di sana. Aku mempercepatkan langkahku. Setibanya di ruang tamu, langkahanku terhenti seketika apabila melihat orang yang berada di ruangan itu. Aku terpaku melihat wajah seseorang yang tidak kukenali sedang duduk duduk dengan santai di atas kerusi. Seorang lelaki berambut dan bermata hitam kelam yang mengenakan mantel dan berpakaian layaknya seorang rakyat biasa memandang tepat ke arahku. Sebaik sahaja aku sampai, aku melihat lelaki itu memandangku dengan wajah yang sedikit terkejut. Aku yang tidak tahu cara membalas pandangannya itu hanya memalingkan wajahku darinya dalam keadaan tersipu.

(Alahai... Kenapa la ada lelaki ni kat sini. Aku dah lah tengah tak dalam keadaan baik ni..."

Tanpa kusedari, lelaki itu sudah berdiri di sebelahku. Spontan aku menekup mulutku dengan kedua belah tangan sambil memandang wajahnya dengan riak terkejut sebaik sahaja kusedari dia sudah berlutut di hadapanku. Dia menghulurkan tangannya sambil berkata,

"Sudi tak awak jadi permaisuri saya?"


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Daftar Isi

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C1
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk