Unduh Aplikasi
75% RATU HATI CIK ABANG / Chapter 30: Bab30

Bab 30: Bab30

Aku berdiri di balkoni sambil menghirup udara malam di bumi Turki ini. Usai makan malam, kami terus pulang ke hotel dek kerana angin malam yang begitu sejuk.

 " cantikkan pemandangan malam bandar ni?" sapa Haniff bersama dua cawan kopi ditangan.

haih la pakcik ni, tak berenggang langsung dengan kopi. 

"cantik! tapi saya cantik lagi la" selorohku bersama tawa kecil.

"saya setuju" ucap Haniff sambil menganggukkan kepala besama senyuman dibibir.

"hish awak ni, saya gurau je la.. siapa la saya ni kan mesti ex awak lagi cantik dari saya." ucapku sambil mengerling ke arah Haniff.

" ex saya ada seorang je, dia cantik, tapi isteri saya berganda lagi cantik" ucapnya lalu mencuit hujung hidungku. 

" eyy sweettalker! mana hilang Haniff yang kejung macam air batu tu? "

"hahaha air batu tu dah cair dah sayang, sebab awak ni hangat macam kopi ni, nah minum la nanti sejuk pula" ucap Haniff lalu menghulurkan secawan kopi kepadaku. 

"nak tahu tak, saya kan sebenarnya tak suka sangat minum air-air panas ni, hehe" ujarku sambil menyambut huluran Haniff.

Haniff mengangguk perlahan besama segaris senyuman nipis.

" awak dengan dia sama.." gumam Haniff perlahan namun telinga aku masih dapat menangkap bait-bait bicaranya.

"siapa dia?" soal aku yang hairan dengan kata-kata Haniff.

"hah? erm dia? err mana ada dia... saya cakap sejuk panas sama je. " ucap Haniff yang terlihat sedikit teragak-agak.

"eh yeke? saya macam dengar dia je tadi.." ucapku yang sedikit keliru

" awak salah dengar la tu, " lalu Haniff memeluk bahuku dengan tangan kirinya lalu mengusap perlahan.

"amboi.....berani eh pegang-pegang saya, tak mintak izin pun" ujarku bersama senyuman nakal.

"hahaha kena minta izin eh cikgu?" soal Haniff diiring tawa.

"mesti lah!" ujarku penuh yakin.

" ok-ok erm.. cikgu Alisya cayang.... nak pegang cikit boyeh?" ucap Haniff dengan nada pelat bagaikan budak kecil sambil dua hari telunjuk kanan dan kirinya menyucuk nyucuk lenganku.

Bulat mataku memandang Haniff yang tak pernah aku sangka boleh berperangai begini.

" kenapa cayang caya pandang titew macam tu?" soal Haniff sambil menahan tawa yang sudah pun terlihat barisan giginya yang tersusun rapi.

" speechless saya tengok perangai awak ni. tapi tak apa, nasib baik comel" ucapku sambil mengukir senyum.

Haniff mengerdipkan matanya beberapa kali. Dah macam kucing parsi dah aku tengok pakcik ni.

"aish dah-dah la dah macam kucing dah saya tengok!" ucapku sambil menggelengkan kepala bersama senyuman yang tak mampu aku matikan.

"meow! kucing datang!" kata Haniff lalu menggeselkan kepalanya.

" awak! dah laa! meremang bulu roma saya tau!" jerit ku lalu berlari masuk ke dalam bilik menjauhi Haniff.

" hahaha saya datang!" ucap Haniff lalu mengejar langkah aku.

Bilik yang tidak lah sebesar mana ini menjadi riuh rendah dengan gelak tawa kami yang berlari dan berkejaran. Puas aku berpusing kesana sini mengelak daripada Haniff si kucing parsi. 

Sampai lah aku mati jalan di hadapan pintu bilik yang kiri kananku adalah dinding. Haniff pantas memeluk aku  kemas dari belakang.

"dapat pun!" ucap Haniff tanpa melepaskan dakapan tersebut. 

Jantung aku berdegup pantas. Tak dapat aku pastikan ini disebabkan larian ataupun disebabkan oleh seorang yang bergelar Haniff Mikail. dua tangannya merangkul aku kemas di dalam perlukan. Rapat kedadanya. 

" you smell nice dear, " bisik Haniff di telingaku.

kata-katanya itu membuatkan seluruh bulu romaku berdiri tegak. pipiku mula memerah. 

" ehem, saya memang tak pernah busuk pun.." ucapku selamba walhal jantung ini bagaikan mahu meletup.

" hahaha, haish cikgu Alisya is still Cikgu Alisya kan" ucap Haniff sambil ketawa.

" awak memang taknak lepaskan saya ke ha?" soalku perlahan. 

" kalau saya cakap saya tak nak? macam mana?" ucapnya nakal.

aku mengetap perlahan bibirku sambil mencari akal mahu menyakat Haniff juga. Hello, Alisya kot!

aku memusingkankan badanku lalu merangkul kemas pinggang Haniff. Haniff tampak sedikit terkejut. Dia menjongketkan sebelah keningnya dan kepalanya sedikit senget. Mungkin tertanya apa yang ingin aku lakukan.

"apa yang awak nak buat ni sebenarnya Qalisya?" soal Haniff bersama senyuman nakal. 

" macam awak cakap... Alisya is Alisya, awak rasa?" soalku manja sambil kedua tanganku bergerak perlahan merangkul leher Haniff.

" Qalisya, awak nak buat apa ni?.. " ucap Haniff yang cuba mengelak memandang aku.

" tengok saya.. awak yang tangkap saya tadi kan? pandang la sini.. deep into my eyes.." bisikku perlahan sambil memandang Haniff dengan pandangan redup.

Jujur aku katakan, saat ini, jantung aku bagaikan nak meletup, tetapi aku beranikan juga. Tak aku nafikan memang rasa suka terhadap Haniff sudah tumbuh sebelum kami bernikah. Tapi kali ini aku sekadar hendak menyakat Haniff melihat dia tidak keruan bergini sedikit sebanyak membuat aku terhibur.

" boleh tahan juga suami saya ni," ucapku lembut lalu perlahan menyentuh keningya, lalu mengusap pipi putih bersih milik Haniff Mikail. jujur aku katakan Haniff memang kacak orangnya. Mustahil untuk tiada siapa jatuh hati dengan wajahnya ini.

aku memandang Haniff yang pipinya sudah mula memerah, dia terlihat agak kaku disitu. Entah apa la yang dia fikirkan. Degup jantung Haniff dapat au rasakan. wajahnya panas serta terlihat rintik-rintik peluh yang sudah terbit . Aku juga sedaya upaya menahan debar dan tawa yang hadir di waktu yang sama. 

aku tersenyum simpul melihat Haniff hanya merenung aku dalam.

"hahah, awak cuak ke? saya gurau je la, " ucapku lalu melepaskan rangkulan

baru sahaja aku bergerak sedikit darinya, Haniff menarik aku pantas mendekatnya kembali. Satu kucupan hangat singgah di dua ulas bibir milikku. Aku terpaku. Ini bukan yang pertama 

namun rasanya masih. Aku masih tidak dapat memberi jawapan apa yng patut aku lakukan. Haniff melepaskan kucupan itu perlahan , lalu merenung ke dalam anak mataku. Renungan itu sungguh mendalam dan memberi rasa hangat pada diriku.

" jangan salahkan saya, sebab saya tak kan lepaskan awak, my dear Qalisya." ucap Haniff separa berbisik lalu bibir merahnya meragut bibirku lagi. 

 Aku terpaku. Jantungku laju bagaikan ingin meletup. Namun kata-kata nya membuat hatiku terasa hangat dan gembira.

Haniff menolak aku ke katil, sungguh aku terasa janggal.

"awak cantik sangat Qalisya," tuturnya penuh romantik lalu mengucup keningku.

Saat suasana bagaikan meraikan aku dan dia , terdengar telefon milik Haniff bagaikan menjerit minta diangkat.

"Haniff.." ucapku sedikit terbatas.

"awak.." ucapku lagi.

eh dia ni tak dengar ke phone dia dan macam apa bunyi tak berhenti tu.

aku menolak Haniff  sedikit kuat. Haniff terlihat sedikit terpinga- pinga memandang aku.

"phone awak tu, " ucapku lembut

Haniff bergerak memeriksa telefonya. Mukanya sedikit berkerut dan gelisah. dia memandang aku bagaikan ada beban yang dipikulnya.

"kenapa?" soalku sangsi.

" erm.."

BERSAMBUNG..

P/s: hai koranggg, lama kan tkde update, ada lagi ke eh yg menanti story ni, kalau ada thank youuu, kalau tak ada tkpela sis syok sendiri jela ni hehe. apa yang sis boleh ckp sis ketandusan idea sbnrnya..  harap korang enjoy la yee kalau tak bestt sorrryyyyy.  enjoy reading semua! jgn lupa vote komen dan share tauuuu. sayanggg korangggg


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C30
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk