Unduh Aplikasi
3.22% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 40: Terkejut

Bab 40: Terkejut

Editor: EndlessFantasy Translation

Sunyi-sepi. Semua orang senyap!

Semua mata sedang tertumpu pada perkataan emas yang dipantulkan oleh batu hitam di atas.

Di Platform Tetamu, bunyi cawan teh pecah boleh kedengaran. Semua wakil Bandar Wu Tan menjadi bingung, satu kiasan ketidakpercayaan tertera di muka mereka.

Tujuan lawatan mereka untuk memastikan kebenaran khabar angin dengan melihat sendiri jika Xiao Yan betul-betul melompat 4 Duan Qi dalam satu tahun. Pada hari ini, khabar angin sudah menjadi realiti.

Walau bagaimanapun, apa yang dilihat oleh mereka bukan sahaja memastikan khabar angin tersebut tetapi melebihi jangkaan mereka.

4 Duan Qi dalam satu tahun? Sekarang, ia sudah menjadi 5 Duan Qi.. Kelajuan latihan ini hanya boleh dikatakan dengan satu perkataan: Menakutkan!

"Puak Xiao berjaya sekali lagi…" Semua orang di platform tetamu tidak dapat menahan diri untuk bersungut di bawah nafas mereka. Untuk mempunyai seorang ahli puak yang melompat 5 Duan Qi dalam satu tahun, Puak Xiao akan mempunyai masa depan yang cerah.

"Jika kadar pertumbuhan ini berterusan, mungkin...mungkin dalam 10 tahun, Puak Xiao akan mempunyai seorang ahli berpangkat Dou Huang." Semua orang di atas platform tetamu melihat di antara satu sama lain dan jantung mereka terasa berat memikirkan kemungkinan itu.

Dou Huang: jika ada puak di dalam Empayar Jia Ma mempunyai seorang Dou Huang yang kuat, taraf mereka akan meloncat tinggi di Empayar Jia Ma. Ketiga-tiga puak terbesar Empayar Jia Ma, iaitu Puak Premier, Puak Nalan dan Puak Ritter juga akan menghormati puak tersebut. Lagipun, di seluruh Empayar Jia Ma hanya terdapat beberapa orang berpangkat Dou Huang di tahap Dou Zhe. Setiap Dou Zhe yang mencapai pangkat Dou Huang akan mempunyai kuasa untuk meruntuhkan seluruh syurga hingga ke laut dan berlawan dengan beribu-ribu musuh dengan mudah. Tiada empayar yang waras akan menyinggung perasaan seorang Dou Huang tanpa mengira akibatnya!

300 tahun yang lalu, akibat peperangan, Empayar Jia Ma membunuh seluruh keluarga seorang Dou Huang. Dou Huang itu menjadi murka dan membunuh 10,000 kesatria elit musuhnya tanpa bantuan. Kedua-dua empayar itu bergegar dengan pertumpahan darah pada malam itu.

Sejak itu, tiada empayar di Benua Dou Qi berani menyinggung perasaan seorang Dou Huang Dou Zhe. Pada masa yang sama, semua orang pernah melihateorang Dou Huang yang menakutkan.

Oleh itu, semua orang yang menyaksikan bakat Xiao Yan sekarang penuh dengan kecemburuan.

Di tengah platform tinggi itu, Xiao Zhan juga melihat perkataan emas tertera di monumen tersebut dengan mata yang agak masam. Selepas seketika, dia menghembus nafas panjang dan melihat anaknya yang berpakaian hitam itu dengan penuh kesyukuran. "Keputusan terbaik di hidup saya dengan tidak membina satu jurang di antara Yan Er dengan saya…"

Sebagai ayah, Xiao Zhan mengenali kepanasan baran anaknya. Dia masih ingat dengan jelas semasa Xiao Yan masih kecil, tidak lama selepas kelahirannya, anaknya tidak menghiraukannya. Xiao Yan asyik menunjukkan satu air muka yang dingin, seperti dia sedang melihat seorang yang tidak dikenali dan bukan sebagai ayahnya.

Nasib baik, air muka terhadap Xiao Zhan bertukar menjadi mesra akhir-akhir ini.

Mengimbas kembali ketika Xiao Yan masih budak, Xiao Zhan akan menggigil. Mulutnya mengetap sambil menunjukkan satu senyuman yang lembut.

"Puak Xiao, bakat Tuan Muda Xiao Yan sangat mengejutkan! Kali ini, Puak Xiao akan mempunyai seorang Dou Zhe yang menakutkan." Berdiri di sisi Xiao Zhan, mata ayu Ya Fei merenung pemuda itu. Mukanya masih kelihatan merah hasil keseronokan yang dialaminya.

Xiao Zhan ketawa dengan kuat. Mukanya penuh dengan kebanggaan. Dia memberi satu tabik dan dengan muka yang lembut, membalas, "Ya Fei, bakat budak itu adakala memeranjatkan tapi adakala mengecewakan. Awak juga tahu bagaimana dia tersungkur tiga tahun yang lalu dan perlu menghadapi kesusahan yang tidak boleh dibayangkan. Tiada orang akan sangka baawa dia akan mendapat kembali bakatnya tetapi itulah..!"

Bulu kening Ya Fei melengkung dengan senyuman kewanitaannya. Dia tidak tahu jika bakat Xiao Yan akan berterusan atau tidak. Tetapi sekarang, apa yang penting bakat yang ditunjukkan oleh Xiao Yan. Ini mencukupi untuk Ya Fei.

Memberi satu pandangan yang mempesonakan, hati Ya Fei telah membina satu rancangan. Pada masa depan, dia pasti akan datang untuk menjalankan bisnes dengan Puak Xiao sebanyak mungkin!

…..

Di bawah platform, Xiao Yu membuka mulutnya dengan wajah yang tegang. Dia merenung tajam Monumen Ujian Bermagik itu dalam kejutan sambil bernafas dengan pantas. Tiba-tiba dia menengking Xiao Ning, "Tadi kau kata dia hanya 7 Duan Qi kan? Kenapa sekarang lebih tinggi?"

Xiao Ning membuka mulutnya beberapa kali sebelum dia berkata, "Bulan lepas dia sudah berada di 7 Duan Qi. Bulan ini, nampaknya sudah mempunyai kemajuan?"

"Untuk meningkat dari 7 Duan kepada 8 Duan dalam satu bulan… Bagaimana ini boleh berlaku? Walaupun budak ini berbakat, dia tidak mungkin boleh berlatih dengan begitu cepat!" Jawab Xiao Yu. "Untuk melompat 5 Duan dalam 1 tahun? Jahanam. Budak ini patut mati! Kelajuan ini boleh dibandingkan dengan wanita raksasa itu di Akademi Jia Nan."

"Mana aku tahu…" Xiao Ning memberi satu senyuman kelat lalu merenung Xun Er yang berada di padang latihan, hanya untuk melihat renungan Xun Er dipasangkan dengan Xiao Yan.

"Anak gampang!"

Selepas diabaikan oleh perempuan yang disukainya, hati Xiao Ning penuh dengan api cemburu. Mengangkat kepalanya, dia merenung tajam Xiao Yan dengan renungan yang penuh dengan kemarahan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C40
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk