Unduh Aplikasi
4.99% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 62: Tampar

Bab 62: Tampar

Editor: EndlessFantasy Translation

Meninggalkan rumah lelongan, Xiao Yan berkelana di lorong pekan untuk seketika. Selepas memastikan tiada orang di sekelilinginya, dia bergerak ke lorong terdekat. Menanggalkan jubah hitam, Xiao Yan merungut. "Cikgu, awak hampir mendedahkan saya tadi."

"Hehe, apa yang saya buat tadi, bukan itu juga keinginan hati awak?" Yao Lao yang sedang berseronok itu sedang ketawa dapat didengari daripada cincin hitam.

Kata-kata ini menyebabkan Xiao Yan menggeleng kepala dengan tidak bermaya, tetapi ia benar berasa salah terhadap ayahnya. Dua kali dia melelongkan barangnya dan dua kali Xiao Zhan membayar untuknya. Dia menendang jubah itu ke dalam longkang sambil berbisik. "Saya akan mencari satu peluang untuk bekerjasama dengan Puak Xiao pada masa depan. Itu sudah cukup untuk bayaran pampasan."

Xiao Yan mula menyimpan bahan-bahan berharga itu disebalik bajunya. Selepas keluar dari lorong, dia berlari dengan pantas untuk balik ke kediaman Puak Xiao.

Sejak Xiao Zhan dan temannya belum balik lagi, tempat itu terasa sangat kosong. Pengawal di pintu itu melihat Xiao Yan sedang meluru masuk ke dalam, mereka tidak menghalang tuan muda mereka yang berbakat itu. Melihat perangai mereka, tuan muda itu memberi satu senyuman dan berlari masuk.

Dengan satu larian pantas, Xiao Yan sampai ke biliknya dan mengambil keluar bahan-bahan di sebalik bajunya. Dia melayan bahan-bahan itu seperti harta karun. Meletak kedua-dua tangannya sekali seperti cawan, dia mengambil keluar dan meletaknya di atas meja.

Yang pertama ialah tumbuhan layu berwarna kuning dengan daun berdakwah hitam. Ini Bunga Teratai Daun Berdakwah dan setiap daun itu melambangkan usia bunga itu sebanyak 10 tahun.

Buah Berbisa Ular itu bulat dan sebesar setengah saiz penumbuk. Jika buah hijau tua itu diletakkan di bawah hidung, seseorang itu dapat menghidu bau manis dan masam yang boleh menusuk hidung. Buah ini sangat jarang dijumpai, dan hanya boleh dijumpai berdekatan tempat tinggal raksasa bermagik ular berpangkat 5 atau lebih! Disebabkan oleh pergaulan di antara buah itu dan ular, buah itu mempunyai elemen yin1 sejuk yang berlebih-lebihan dan menyebabkan buah itu sering digunakan untuk pengantara untuk kesan ubat.

Rumput Pengumpul Jiwa, walaupun kelihatan seperti rumput biasa, ia mempunyai cahaya kecil dan kuning di hujungnya. Lebih kuat cahaya itu, lebih suci tenaga rumput tersebut.

Teras Raksasa Atribut Air Pangkat 2 itu berwarna biru. Apabila diletakkan di atas meja, ia bukan saja melembapkan udara di sekeliling tetapi ia juga membasahkan meja tersebut! Ciri air teras itu jelas dilihat.

Selepas matanya melihat bahan-bahan itu sekali lagi, Xiao Yan bertanya dengan suara rendah dan tidak sabar. "Cikgu, semua bahan sudah ada. Boleh kita bermula proses penapisan?"

"Kenapa awak tak sabar, bukannya bahan itu mempunyai kaki dan boleh melarikan diri. Kita tidak boleh dikacau semasa proses penapisan. Matahari ada lagi. Apa nanti ada orang datang ke sini dan mengacau kita? Mereka akan mengetahui kewujudan saya dan bahan-bahan ini akan dibazirkan." Suara Yao Lao boleh kedengaran melalui cincin hitam tersebut. "Lebih baik kita menapis pada waktu malam."

Mendengar kata-kata itu, Xiao Yan menggeleng kepalanya dan mengeluh. Apa yang boleh dibuat selain menyembunyikan bahan-bahan itu di dalam almari, berbaring atas katil dan menunggu malam sampai?

Selepas berbaring untuk setengah jam, pintunya ditendang buka dengan "bang!"

Satu pasang kaki seksi dan kurus berjalan masuk. Rupa-rupanya Xiao Yu. Dia memeriksa bilik itu dan ternampak Xiao Yan sedang tertidur, dia berkata dengan dingin, "Tuan muda, makan malam tidak akan dimakan dengan sendiri. Awak nak tunggu orang hantar surat jemputan untuk awak ke?"

Xiao Yan yang sedang mengantuk terus tersedar. Sambil duduk atas katil, dia melihat Xiao Yu dengan bingung dan untuk seketika, dia berpeluh sejuk. "Celaka. Jahanam. Nasib baik cikgu tak memulakan proses penapisan tadi. Kalau tidak, perempuan ni…."

Memikirkan situasi "apa akan terjadi kalau..." menyebabkan jantung Xiao Yan terperanjat. Seseorang itu boleh terdengar telanan air liur di dalam kerongkongnya. Walau bagaimanapun, selepas mengalihkan renungannya daripada Xiao Yu, dia mula menjadi "panas" di dalamnya.

Sambil mengetap bibirnya, Xiao Yan mengambil nafas panjang, akhirnya bertenang. Ketakutan yang dialaminya bertukar menjadi kemarahan. "Bodoh, kau tidak boleh ketuk dahulu? Kau nak masuk tetapi tidak boleh ketuk dahulu?! Siapa yang mendidik kau ini?!"

Ini kali pertama Xiao Yu ternampak Xiao Yan yang begitu marah dan dia hanya terdiam kaku. Kata-kata yang kasar menyebabkan mukanya yang menawan itu menjadi pucat dan pada masa yang sama, Xiao Yu mengetap giginya. Kaki seksi itu mula bergerak dan meluru ke arah Xiao Yan. "Anak gampang, aku tendang pintu kau. Jadi? Dari sekarang, aku akan tendang pintu kau setiap hari!"

Xiao Yu yang ingin mengajar Xiao Yan itu dan meluru ke arahnya, muka Xiao Yan juga menjadi pucat. Dia mengangkat tapak tangan dan menggenggamnya. "Tangan Vakum!"

Satu daya tarikan kuat ke arah Xiao Yan, menyebabkan penyerangnya yang sedang cuba untuk berhenti di depan katil menjadi di atas katil.

Selepas mendapatkan 9 Duan Qi, Tangan Vakum Xiao Yan menjadi lebih kuat. Beberapa hari yang lepas, menggerakkan berat badan seseorang itu agak sukar, tetapi sekarang ia tidak lagi menjadi masalah.

Walaupun Xiao Yan terkejut dengan peningkatan kemujarabannya, perasaan itu tidak bertahan lama dan bertukar menjadi kemarahan. Dengan satu pergerakan anggota badan, dia menangkap kedua-dua kaki seksi Xiao Yu dan selepas seketika, Xiao Yan menghimpit perut Xiao Yu yang rata dan licin dan dengan segera dia bersandar di atas dan menekan menggunakan kedua-dua tangannya untuk menahan tangan Xiao Yu.

Sekali lagi berada di kedudukan yang memalukan itu, Xiao Yan menyebabkan Xiao Yu terasa bingung. Selepas seketika, muka yang ayu itu bertukar merah dan satu pergelutan kasar bermula. Xiao Yan mengetap giginya sekali lagi, sambil menyumpah dengan kemarahan. "Anak gampang, pergi mati!"

Disebabkan oleh pergelutan untuk menahan kedua-dua tangan Xiao Yu, Xiao Yan juga terasa penat. Dia tiba-tiba memberi jalan dan menarik tapak tangan Xiao Yu, menyebabkan dia berpusing.

Selepas pusingan badan, tubuh belakang Xiao Yu melengkung dan kaki panjangnya meregang di atas katil.

Tetapi Xiao Yan tidak mempunyai perasaan untuk meneliti badan Xiao Yu. Dia mengetap giginya, mengangkat tangan, dan tanpa ragu-ragu, Xiao Yan menampar Xiao Yu.

"Pa!"

Bunyi tamparan itu kedengaran di dalam bilik dan selepas itu hilang di udara.

"Nah, ini yang kamu dapat kalau kau berani masuk ke bilik aku tanpa mengetuk dulu!"

  1. Yin dan Yang, Yin merupakan bahagian "hitam" / "gelap"

next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C62
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk