Unduh Aplikasi
5.88% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 73: Penapisan Pertama

Bab 73: Penapisan Pertama

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam gua yang sempit itu, api di dalam periuk besar itu mencampak bayang-bayang pada dinding gua, mencipta satu bayang-bayang yang kelihatan seperti cakar binatang yang sedang menari-nari dan kuku binatang liar.

Xiao Yan menumpu perhatian dengan seluruh anggota badannya sambil melihat api membara itu dengan fokus, mukanya yang pucat itu penuh dengan peluh. Menapis ubat untuk masa yang panjang merupakan satu tugas yang menggunakan Dou Qi yang banyak. Sejak Kaedah Qi Xiao Yan merupakan pangkat terendah Xuan, asas Qi-nya dan kelaratannya bukan sesuatu yang istimewa. Oleh itu, ia bukan satu tugas mudah untuk dia bertahan selama dua jam di depan periuk besar itu.

Yao Lao mengecilkan matanya dan merenung pada Xiao Yan yang sekali lagi telah berjaya menapis Rumput Darah Beku kepada serbuk putih halus. Mengetahui Xiao Yan telah mencapai hadnya, Yao Lao memberi satu anggukan dan berkata dengan lembut, "Bagus, rehatlah."

Mendengar kata-kata Yao Lao, bahu Xiao Yan terjatuh ke bawah segera dan badannya berbaring atas lantai yang dingin berais itu dengan lembut seperti tenaga di badannya telah disedut keluar sepenuhnya. Menarik nafas tercungap-cungap, dadanya bergerak dengan pantas. Dia hampir tidak mampu menggerakkan jarinya sekarang.

"Latihan sekarang akan memberi kesan yang paling baik."

Yao Lao berkata dengan tidak acuh sambil memberi satu pandangan ke arah Xiao Yan yang berbaring atas tanah seperti mayat.

Kemalasan dan kerajinan sedang bergelut di dalam hati Xiao Yan untuk seketika sebelum dia menjerit dalam hatinya dan terduduk secara tiba-tiba. Tangannya yang sedang menggeletar itu membentuk satu gaya latihan dan dia menutup matanya dengan perlahan .

Melihat posisi Xiao Yan, Yao Lao ketawa dan pandangannya berpusing ke arah 10 dan lebih kotak jed di sebelah periuk itu. Kotak-kotak ini diisi dengan serbuk putih yang telah ditapis daripada Rumput Darah Beku dan ini hasil daripada usaha Xiao Yan.

Dari kiri ke kanan, warna putih pudar serbuk itu menjadi subur dan subur sehingga kotak yang terakhir itu di mana serbuk itu hampir mencapai putih suci.

Melihat peningkatan Xiao Yan dalam menapis ubat, Yao Lao terasa satu kejutan yang sangat memuaskan hati dan dia mengangguk kepalanya sebagai tanda riang. Di dalam hatinya, dia sekali lagi memuji pengertian roh Xiao Yan yang begitu cemerlang.

Dia memberi satu pandangan ke arah Xiao Yan yang masih memulihkan Dou Qi-nya sebelum dia duduk silang bertentangan dengan dinding batu lalu menutup matanya untuk berehat. Xiao Yan hanya telah menapis bahannya yang pertama, masih ada lagi dua jenis bahan yang sedang menunggunya untuk melatih.

…..

Selepas menutup matanya untuk satu jam, Puting Beliung Qi di dalam badan Xiao Yan sekali lagi mengeluarkan cahaya terang yang telah kehabisan sebelum ini. Tambahan pula, keterangan kali ini kelihatan lebih jelas berbanding beberapa jam yang lalu.

Membuka matanya dengan perlahan, perasaan tidak bermaya dari tadi telah hilang sebanyak 50%. Meregang lehernya, bunyi retakan membuat Xiao Yan mengeluh dengan kegembiraan.

"Habis melatih? Teruskan." Yao Lao tersenyum dan membuka matanya untuk melihat Xiao Yan yang telah menjadi bernyawa itu.

Ketawa kelat sambil menggeleng kepalanya, Xiao Yan yang telah mengalami proses pahit seorang alkimia akhirnya memahami yang dia telah "ditipu" oleh Yao Lao. Apabila Yao Lao menapis ubat dahulu, dia hanya membuat beberapa aksi dengan tangannya untuk menapis dan mencipta satu penawar yang diingini oleh orang ramai. Proses yang kelihatan senang ini memberi satu idea di dalam minda Xiao Yan, alkimia merupakan satu benda yang senang. Namun sekarang Xiao Yan sendiri telah mencubanya, dia tahu alkimia lebih susah daripada menjadi seorang pelombong.

Pemahaman ini sudah lambat, oleh itu Xiao Yan hanya boleh mengeluh dan berduduk berhadapan dengan periuk itu dan mula menapis inti pati dua jenis bahan-bahan ubat itu.

Dilengkapi dengan pengalaman menapis Rumput Darah Beku, Xiao Yan, kali ini dia kelihatan lebih tenang berbanding sebelum ini. Selepas membakar 8 Buah Cergas dan 10 Bunga Candu, dia akhirnya berjaya memerahkan komponen yang diperlukan untuk ubat penawar.

Daripada Buah Cergas itu, satu isi keras yang hitam dan kecil didapati. Isi keras ini mempunyai kesan untuk meningkatkan pengaliran darah. Jika seseorang askar upahan dicederakan di dalam hutan dan jika dia kekurangan ubat penyembuhan, banyak kali, seseorang itu akan mengisar Buah Cergas dan menggunakannya untuk meringankan kecederaannya.

Daripada Bunga Candu, satu cecair merah muda diperahkan. Cecair jenis ini mempunyai kesan kebas dan biasanya digunakan untuk mengurangkan kesakitan.

Melihat ketiga-tiga ubat penyembuhan yang telah disusun rapi di depan Xiao Yan, Yao Lao mengangguk sedikit dan berkata dengan lembut, "Semua bahan yang diperlukan sudah ditapis, sekarang awak menggabungkan kemampuan perubatan mereka. Ini merupakan langkah paling penting dalam alkimia."

Dengan keluhan yang sangat dalam, Xiao Yan mengangguk dengan rasa hormat. Membuang serbuk putih suci itu ke dalam periuk, dia membakarnya dalam api yang sederhana untuk selama 10 minit sehingga serbuk putih suci itu bertukar menjadi sedikit merah sebelum dia menuangkan cecair Bunga Candu ke dalam.

Apabila cecair itu memasuki ke dalam periuk, ia diselubungi oleh serbuk putih tersebut. Mendidih untuk seketika waktu di dalam api, kedua-dua bahan itu mula bergabung menjadi satu cecair merah muda pekat.

Pengertian rohnya terus mengawal suhu api tersebut dan cecair itu dibakar dengan perlahan-lahan.

Cecair itu mula bertukar menjadi adunan berwarna merah tua.

Melihat melalui lensa lutsinar itu, Xiao Yan melihat adunan merah pekat di dalam periuk itu. Teragak-agak, dia akhirnya membuang satu isi keras Buah Cergas berwarna hitam ke dalam.

Walaupun isi keras hitam itu dimasukkan ke dalam periuk, tiada benda yang menjadi. Isi keras itu mula melantun di dalam api,enggan bergabung ke dalam adunan merah tua pekat itu.

"Bahan-bahan yang berbeza mempunyai penentangan suhunya yang berbeza, jadi awak perlu belajar untuk mengawal suhu di semua bahagian api. Tempat yang memerlukan suhu rendah, awak perlu menahan api itu dan untuk tempat yang memerlukan suhu tinggi, awak perlu menenangkan diri semasa awak ingin meningkatkan suhu api tersebut….." Yao Lao memberi syarahan sambil merenung Xiao Yan yang sedang berpeluh akibat daripada kerisauan.

Xiao Yan menjilat bibirnya yang kering itu sambil mengangguk. Dia membahagikan pengertian rohnya ke beberapa bahagian untuk mengawal api di bawah isi keras itu dan meningkatkan suhunya dengan perlahan.

"Bang….."

Apabila pengertian roh menjadi terkawal dalam mengawal suhu, satu api yang tidak terkawal membara tinggi dan membakar separuh daripada isi keras hitam itu menjadi habuk dalam sekelip mata. Hal ini menyebabkan Xiao Yan berpeluh dingin dan dia segera menahan api itu dengan terdesak.

Sebahagian daripada pengertian rohnya perlu menahan suhu api dan satu lagi bahagian perlu meningkatkan api. Perbuatan ini membuatkan Xiao Yan sakit kepala.

Walau bagaimanapun, selepas melalui beberapa situasi yang membimbangkan, Xiao Yan akhirnya bertenang daripada keadaannya yang huru-hara itu. Dia mengelap peluhnya yang terkumpul pada dahinya. Dia mengeluh sebelum mengalirkan Dou Qi-nya yang ke dalam saluran api itu.

Di dalam periuk, isi keras kecil yang hitam itu tidak dapat bertahan lagi dan akhirnya pecah di bawah peningkatan suhu api tersebut. Satu serbuk hitam mula terapung ke dalam adunan merah muda dan mewarnakan adunan itu menjadi warna yang lebih dalam.

Apabila serbuk hitam terakhir terapung ke dalam adunan tersebut, Xiao Yan menghembus nafas keluhan panjang. Tangannya mula diasingkan daripada saluran api itu dan api di dalam periuk itu mulai mati dengan perlahan.

Melihat Xiao Yan yang sedang menarik nafas tercungap-cungap, Yao Lao tersenyum sedikit sambil melambai tangannya, mengangkat penutup periuk itu dan meletakkannya di lantai. Dengan tangan kanan, dia memberi satu lagi lambaian dan adunan merah yang banyak itu terapung ke atas.

Yao Lao memandang adunan merah pekat itu yang sedang mengeluarkan bau ubat yang kuat. Tangannya membuat satu aksi memotong di udara dan adunan itu terus dipotong menjadi kepingan beratus-ratus.

Mengambil Cincin Simpanan daripada Xiao Yan, Yao Lao memberi satu jentik dan 100 lebih botol jed kecil mula berselerak di seluruh gua itu.

Selepas menyusunkan botol jed itu, Yao Lao melambai tangannya sekali lagi dan cecair seperti adunan di udara itu mula mendarat ke dalam botol jed.

Memilih satu botol jed secara rawak, Yao Lao tersenyum lalu memberinya kepada Xiao Yan. "Tahniah. Percubaan awak dalam alkimia sudah berjaya!"

Menerima botol jed itu dengan tidak sabar, Xiao Yan merenung cecair merah pekat di dalam sambil hatinya mulai rasa seronok dan bangga.

"Haha, dari sekarang, saya pun boleh dikira sebagai seorang alkimia!"


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C73
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk