Unduh Aplikasi
6.28% Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 78: Berlatih dan Berlatih dan Kemudian Mencapai Kemajuan

Bab 78: Berlatih dan Berlatih dan Kemudian Mencapai Kemajuan

Editor: EndlessFantasy Translation

Hanya selepas melihat lelaki berjubah hitam itu keluar dari tempat persinggahan, dan berpuas hati dengan bahan-bahan di tangannya, Ya Fei akhirnya boleh merehatkan bahunya. Badannya mula mendakap kerusi. Postur ini membuatkannya mempunyai satu tarikan yang amat mempesonakan.

"Tuan ini… amat berani." Kata Ya Fei dengan kepalanya berbaring atas kerusi itu.

Di sebelahnya, Gu Ni sedang menggosok dahinya lalu mengeluh. "5 Serbuk Pengumpul Qi…. Saya tahu dia seorang ahli alkimia peringkat keempat, tetapi, bukankah cara dia berniaga agak keterlaluan?

Ya Fei mengangguk dan mengerut bibirnya yang kecil dan merah itu sebelum menyindir diri sendiri. "Saya ingat saya boleh menahan tekanannya, tetapi siapa sangka…."

Gu Ni ketawa lalu membalas. "Jika saya berada di posisi awak, saya takut saya sudah menyerah diri apabila dia kata 3 pil. Awak sudah melampaui jangkaan saya dan bertahan sehingga 5 pil. Banggalah dengan diri sendiri."

"Apa yang ditunjukkan oleh saya itu ketabahan? Mendengar tawarannya, minda saya menjadi kosong dan saya tidak mampu berfikir lurus. Tetapi siapa akan sangka...yang dia akan menawarkan dua lagi pil-pil dalam permintaannya." Kata Ya Fei sambil menunjukkan satu muka menyampah. Dia tidak dapat menahan diri daripada ketawa pada situasi tadi.

"Fakta ialah fakta dan minda awak yang kosong itu telah membantu Rumah Lelongan Premier mendapat lagi keuntungan sebanyak 40,000 syiling emas." Kata Gu Ni sambil ketawa selepas mendengar penjelasan Ya Fei.

Ya Fei menggunakan kedua-dua tangannya untuk menutup mulutnya, dan memberi satu ketawa lembut. Apabila dia mula berdiri daripada kerusinya, dia mengeluh. "Nampaknya Puak Jia Lie ada satu masalah yang besar."

Gu Ni setuju dan mengangguk kepalanya.

"Tetapi bukankah ia amat pelik? Bukankah tuan kita ini orang luar bagi Puak Xiao? Kenapa dia nak membantu mereka begitu banyak? Dia juga sanggup memberi 5 Serbuk Pengumpul Qi untuk memutuskan pembekalan ubat Puak Jia Lie." Ya Fei berkata dengan satu kiasan kesangsian pada matanya.

"Entahlah… Ahli alkimia yang kita hormat ini agak bermisteri, kan? Saya tidak tahu sesiapa daripada seluruh Empayar Jia Ma mempunyai orang sepertinya." Kata Gu Ni dengan tidak bermaya.

Ya Fei mengangguk dan matanya mula meliar. Selepas bersungut seketika, dia membalas. "Nampaknya, kita perlu merapatkan hubungan dengan Puak Xiao. Dengan pil-pil ini, saya telah meningkatkan keuntungan rumah lelongan sebanyak 4 kali ganda. Tengoklah siapa lagi yang boleh menandingi saya pada penilaian pekerja yang seterusnya."

Selepas kata-kata itu dikatakan, sudut bibirnya membentuk satu senyuman. Dengan kedua-dua tangan di belakang, dia meninggalkan tempat itu sambil mendengung lagu.

…..

Berjalan keluar dari rumah lelongan, Xiao Yan mengeluh panjang, dalam suara rendah dia berkata, "Cikgu, terima kasih banyak-banyak."

"Buat apa awak berterima kasih, jika Puak Jia Lie tidak diselesaikan, adakah awak akan fokus dalam latihan awak nanti?" Yao Lao membalas dengan tidak bermaya.

"Hehe." Xiao Yan senyum. Tanpa berkata, dia mengikut rutinnya dengan berjalan ke sana sini sebelum mengambil keluar jubah hitam itu di sudut yang kosong dan meninggalkan jalan itu dengan berhati-hati.

Balik ke puaknya, apabila Xiao Yan terjumpa ahli puaknya, dia boleh terasa renunganya mereka penuh dengan cemburu. Rupa-rupanya, kata-kata hari itu di dewan telah merebak ke seluruh ahli puak.

XIao Yan tidak menghiraukan pandangan mereka dan berjalan ke biliknya dengan perlahan. Apabila dia berpusing ke satu sudut, seorang gadis berpakaian merah tiba-tiba muncul dan hampir melanggar kepala Xiao Yan. Namun, Xiao Yan mampu menghentikan langkahnya dengan tepat, dan mengelak perlanggaran yang kekok itu.

"Abang Xiao Yan? Akhirnya saya telah temui awak." Gadis berpakaian merah itu melangkah ke belakang dan menaikkan kepalanya. Mukanya yang muda dan suci itu mengandungi satu daya tarikan yang istimewa. Kombinasi itu amat bercanggah, menyebabkan gadis itu mempunyai daya tarikan yang tidak boleh dijelaskan kalau dibandingkan dengan gadis sebaya dengannya. Daya tarikan in menyebabkan Xiao Yan merenungnya beberapa kali lagi.

Gadis yang mempunyai muka yang diisi dengan kegembiraan adalah Xiao Mei.

Renungan Xiao Yan meneliti muka ayu Xiao Mei. Menggosok hidungnya, dia bertanya dalam nada bosan, "Ada apa-apa?"

Apabila dia terdengar tegur sapa daripada orang yang tidak rapat itu, muka berseri-seri Xiao Mei bertukar gelap. Dia menjawab dengan suara yang rendah, "Ketua Puak ingin Abang Xiao Yan pergi ke bilik belajar."

"Hmm?" Terkejut, Xiao Yan mengangguk dan tersenyum. "Okay, terima kasih." Dia melambai selamat tinggal sebelum berpusing ke arah bilik belajar yang berada di lokasi halaman depan.

"Abang Xiao Yan, terima kasih untuk hari itu." Xiao Mai berkata dengan lembut sambil melihat Xiao Yan yang melangkah jauh daripadanya. Satu kiasan kekecewaan kelihatan pada matanya sambil dia menggigit bibirnya.

Xiao Yan menghentikan langkahnya untuk seketika dan melambaikan tangannya kepada Xiao Mei tanpa menoleh ke belakang lalu membalas dengan selamba. "Tiada masalah."

Merenung tubuh Xiao Yan yang sedang berjauhan itu, tiba-tiba, Xiao Mei mengumpulkan semua keberaniannya untuk bertanya, "Abang Xiao Yan, adakah awak mengambil bahagian dalam ujian pengambilan pelajar Akademi Jia Nan?"

"Mungkin," Dengan kedua-kedua tangan di belakang kepalanya, Xiao Yan meninggalkan tempat itu.

Semasa Xiao Mei terdengar balasan Xiao Yan, mukanya yang cantik itu tiba-tiba menjadi cerah. Menggenggam tangannya menjadi penumbuk, dia berdiri di tempat tersebut dan melihat tubuh Xiao Yan hilang daripada pandangannya sebelum dia mengeluh ringan dan kelat dan berpaling untuk meninggalkan tempat itu.

…..

Xiao Yan bersiar-siar di dalam puaknya sebelum dia sampai di depan bilik yang banyak ruang. Mengetuk pintu dengan ringan, dia menolak pintu itu terbuka dan memasuki ke dalam.

Di dalam bilik, Xiao Zhan dan ketiga-tiga Tokoh Tertinggi sedang berbincang tetapi selepas mereka melihat kemasukan Xiao Yan, mereka menutup mulut mereka serentak.

"Ayah, awak cari saya?" Dengan senyuman terukir pada mukanya, Xiao Yan berjalan ke depan dan bertanya.

Xiao Zhan membalas senyuman itu dan mengangguk kepalanya dan merenung ketiga-tiga tokoh tertinggi. Dia teragak-agak sebelum bertanya dalam suara yang lembut, "Awak sudah jumpa dengan tuan itu, kan?"

"Ya.? Xiao Yan menaikkan kepalanya. Sudah tentu, Xiao Yan tahu siapa yang dimaksudkan oleh Xiao Zhan.

"Awak tahu dia dari mana?" Xiao Zhan bersungut.

"Saya cuma kenal dia untuk jangka masa yang pendek, bagaimana saya boleh tahu asal-usulnya?" Kata-kata ini merupakan isi hati Xiao Yan sebab dia betul-betul tidak tahu Yao Lao berasal dari mana.

"Tetapi saya tahu dia seorang ahli alkimia." Xiao Yan tersenyum dan menambah lagi kata-katanya.

"Mengarut." Xiao Zhan memberi satu mata menyampah, tersenyum dan memarahi Xiao Yan secara main-main.

Xiao Zhan menggeleng kepalanya dan ketawa. Dia berada dalam keadaan yang baik. Dia terus bertanya Xiao Yan beberapa lagi soalan tentang Yao Lao. Walau bagaimanapun, jawapan dan balasan bodoh Xiao Yan tidak mempunyai makna itu, akhirnya Xiao Zhan juga tidak dapat mencari sebarang informasi.

"Budak ini, saya betul-betul tidak tahu jika awak sedang berlakon atau betul-betul." Merenung Xiao Yan yang tidak acuh itu, Xiao Zhan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya. Dengan satu hayunan tangan, dia terus bercakap, "Tidak apa, pergi dan buat apa yang awak sedang buat tadi. Jika awak berjumpa dengan orang tua itu, jangan mengguris hatinya. Masa depan Puak Xiao bergantung kepadanya."

Xiao Yan menggerakkan bahu sebagai tanda tidak peduli. Dia tidak membalas soalan Xiao Zhan.

"Ermph…. Xiao Yan, aura awak sekarang seperti…. sudah kuat." Tokoh Pertama merenung Xiao Yan dan tiba-tiba berkata tanpa berfikir.

Pada kata-kata Tokoh Pertama, Xiao Zhan juga terkejut. Dia menumpukan renungannya untuk meneliti Xiao Yan. Selepas seketika, mulutnya terbuka dengan perlahan dan mengeluarkan kata-kata terperanjat, "Awak...awak sudah mencapai kemajuan sebagai Dou Zhe?"

Mendengar kata-kata itu, Tokoh Kedua dan Ketiga ternganga. Mereka memandang remaja di depan mereka dengan ketidakpercayaan.

"Hic…." Xiao Yan menggaru kepalanya sebelum melebarkan tangannya. "Saya rasa ya. Saya sedang berlatih dan berlatih seperti biasa dan tidak tahu macam mana, saya mencapai satu kemajuan yang besar….."

Sudut mata Xiao Zhan melompat. Dia juga terkejut dengan pencapaian Xiao Yan. Dia tidak tahu jika dia ingin ketawa atau menangis melihat anaknya lalu berkata, "Apa jenis 'latihan' yang awak buat?"

Xiao Zhan sudah biasa dengan keajaiban yang dicipta oleh Xiao Yan. Dengan satu lambaian tangan, Xiao Zhan memaksa satu senyuman dan berkata, "Baguslah awak mencapai kemajuan. Jika awak ada masa, pergi ke persatuan ujian pangkat dan mengambil satu lencana pangkat."

Xiao Yan mengangguk dan bergurau dengan berkata, "Boleh saya pergi sekarang? Secara jujur, saya cuma melatih dan melatih dan kemudian mencapai satu kemajuan….."

"Awak boleh pergi…." Menunjukkan mata menyampah, Xiao Zhan memarahi Xiao Yan kerana tidak serius. Budak ini suka bermain dengan orang. Adakah dia tahu ketiga-tiga tokoh tertinggi ini gagal dua kali untuk memampatkan Puting Beliung Qi mereka sebelum menjadi seorang Dou Zhe?

Merenung muka tegang ketiga-tiga tokoh tersebut, Xiao Yan tersenyum dan ketawa dengan kuat. Xiao Yan hanya meninggalkan bilik belajar itu selepas dimarahi oleh Xiao Zhan sekali lagi.

Mendengar tawa remaja yang semakin hilang itu, ketiga-tiga muka tokoh tertinggi menjadi relaks semula. Melihat antara satu sama lain, mereka tidak dapat menahan diri daripada tertawa dengan muka penuh kepahitan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C78
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk