Unduh Aplikasi
79.25% Perceraian Ke-99 / Chapter 726: Tiba-Tiba Dingin

Bab 726: Tiba-Tiba Dingin

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng kelihatan kecewa mendengar kata-kata itu. Dia menbongkok ke arah Su Qianci dan berkata, "Ini tentang urusan perniagaan yang bernilai ratusan juta dolar, jadi dah tentulah ia penting. Lagipun kamu hanya mahukan anak-anak dan tak mahukan saya. Saya akan pergi ke trip perniagaan ini saja."

"Mana ada. Kamu…"

"Mama, jom pergi! Saya nak pergi Maldives untuk bermain!" Li Jianyue memanggil ibunya.

Selepas menyahut panggilan itu, Su Qianci menarik Li Sicheng. "Marilah pergi, anak-anak tunggu kita. Ini kali pertama kamu akan bercuti dengan anak-anak. Jangan biarkan mereka tunggu kamu."

Li Sicheng menolak tangan isterinya. "Kamu boleh pergi. Saya tak akan pergi. Saya perlu ke trip perniagaan."

"Kamu marah?" Su Qianci memandang suaminya. Dia pernah mendengar jika seorang lelaki tidak diberi kepuasan seks, lelaki itu akan naik darah. Adakah perkara itu terjadi kepada suaminya? Su Qianci mengerutkan dahinya, kemudian berkata dengan pipi kemerahan, "Boleh kamu tunggu untuk lakukannya… selepas kita tiba di Maldives?"

"Bukan tentang itu. Saya memang ada kerja untuk diuruskan. Tolong beritahu anak-anak." Li Sicheng menolak isterinya lembut. Tiba-tiba telefonnya kembali berdering.

Su Qianci menjeling sekilas dan melihat nombor yang aneh. Nombor itu mempunyai kod negara yang berlainan. Dia mahu melihat lebih jelas tetapi Li Sicheng melindungi skrin telefonnya.

Li Sicheng menolak Su Qianci lebih jauh dan berkata, "Saya cuma sibuk dengan kerja. Jangan fikir terlalu banyak. Pergilah bermain dengan anak-anak dan jaga diri baik-baik. Minta Shuang Yu, Cheng dan De untuk lebih berwaspada."

Su Qianci berasa sedikit tidak senang hati dan bimbang pada masa yang sama. Li Sicheng tidak pernah berkelakuan sebegini. Kebiasaannya, walaupun sibuk dengan kerja, dia tetap sentiasa mengutamakan keluarga. Ini kali pertama Li Sicheng berkeras untuk pergi ke trip perniagaan sejak mereka berkahwin.

"Kamu memang betul-betul marah?" Su Qianci memegang tangan suaminya dan bertanya dengan manja. "Tunggu di hotel nanti… Sekarang kita tak ada masa. Jangan bergurau lagi, okey?"

"Tidak." Riak wajah Li Sicheng tidak menunjukkan sebarang emosi tetapi dia menolak tangan Su Qianci. "Pergilah, saya perlu ke syarikat untuk ambil dokumen. Selepas itu saya akan pergi ke trip perniagaan. Kamu boleh tinggalkan bagasi saya. Saya perlu pergi sekarang." Selesai mengatakannya, Li Sicheng berpaling dan terus berjalan pergi.

Su Qianci merasakan dadanya sesak dan tidak selesa. Li Sicheng sedang marah. Lelaki itu biasanya tidak begitu. Kenapa? Adakah semata-mata kerana dia menolak permintaannya tadi? Jadi lelaki itu bersikap dingin kepadanya? Su Qianci berasa kecewa melihat Li Sicheng pergi tanpa langsung menoleh ke belakang.

Lupakan, biarkan dia. Su Qianci berasa marah dengan suaminya. Dia langsung tidak sempat berehat! Biarkan Li Sicheng merajuk sesuka hatinya. Apabila Li Sicheng sudah tidak marah, dia tak akan melayan permintaannya di atas katil.

Su Qianci memerhatikan Li Sicheng sehingga lelaki itu hilang di hujung koridor tanpa menoleh. Kemudian dia menghentakkan kakinya dan merungut, "Tak matang!"

Su Qianci memanggil pengawal-pengawal peribadinya untuk mengangkat bagasi, kemudian berjalan ke kereta RVnya.

*****

Lu Yihan tertidur pada jam empat pagi dan bangun menjelang tengah hari pada keesokannya.

Namun sebelum tidurnya benar-benar cukup, dia terjaga dengan bunyi benda jatuh di luar. Dengan sedikit jengkel, dia keluar dari biliknya lalu mencari sumber bunyi bising itu dan terkejut apabila mendapati ia datang dari dapur.

Luo Zhan sedang memakai apron sambil memegang sebilah pisau di tangannya. Dia berdiri di sudut dapur sambil merenung seekor ketam besar yang sedang bergelut di dalam sinki.

Lu Yihan tersenyum melihatnya dan bertanya, "Apa kau buat ni?"

Sebaik mendengar suara itu, Luo Zhan berpaling dengan agak malu dan menjawab perlahan, "Aku nak memasak…"

"Kau pandai masak?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C726
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk