Unduh Aplikasi
66.15% Perceraian Ke-99 / Chapter 606: Sekali Lagi, Kekecewaan yang Tidak Berpenghujung

Bab 606: Sekali Lagi, Kekecewaan yang Tidak Berpenghujung

Editor: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng dapat merasakan tubuhnya menggeletar. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia berasa amat takut. Sejak beberapa tahun lalu, sudah beberapa kali nyawanya berada di hujung tanduk, tetapi dia tidak pernah merasakan ketakutan. Walau bagaimanapun, ketika ini ketakutan menyelubungi dirinya dan membuatkan hatinya bergetar. Dia cuba bertenang dan terus memanjat ke arah Su Qianci. "Tanggalkan tali pinggang itu. Hulurkan tangan kamu."

Suara yang amat dikenalinya itu membuatkan air mata kegembiraan mengalir di pipi Su Qianci. Senyumannya terukir di sebalik tangisan. Dia datang. Ia memang dia… suaminya. Selama empat tahun, dia sentiasa membayangkan bertemu suaminya itu kembali. Selama empat tahu, dia sentiasa terfikirkan bagaimana rupa suaminya apabila mereka bertemu kembali. Tetapi jika dia mempunyai 10 hati dan otak sekalipun, dia tidak mungkin dapat membayangkan mereka akan bertemu dalam situasi begini.

Encik Li, Encik Li Sichengnya sudah kembali.

Su Qianci menanggalkan tali pinggang itu lalu menyambut tangan Li Sicheng. Hatinya yang telah kosong selama empat tahun tiba-tiba terisi kembali. Tubuhnya yang menggeletar kerana takut akan jatuh dan mati secara tiba-tiba menjadi normal kembali sebaik sahaja dia menyentuh tangan suaminya. Ya, dia memang sedang dalam bahaya, tetapi apa masalahnya? Selagi suaminya ada, dia akan selamat. Selagi suaminya datang, dia tidak akan mati. Bukankah itu yang biasanya berlaku?

Su Qianci memegang tangan Li Sicheng dengan kemas dan cuba berdiri. Dia tidak berani untuk melakukan banyak pergerakan dan sangat berhati-hati… Tetapi pada saat-saat genting itu, sebaik sahaja kakinya melangkah, kapal terbang kecil itu berkeriut dengan kuat seakan hampir jatuh. Mata Su Qianci terbeliak dan dia dapat mendengar jeritan dari bawah…

Lu Yihan berdiri di celah-celah orang ramai sambil menjaga Li Jianqian dan Li Mosen. Sebaik melihat situasi genting itu, wajahnya terus berubah pucat. Dia menjerit, "Qianqian!"

"Ah!" Orang ramai bertambah kecoh.

Jeritan kedengaran di sana sini dan menghasilkan keriuhan yang sukar dikenalpasti.

Boom!

Salah satu tempat duduk kapal terbang kecil itu jatuh terhempas ke bawah. Debu berterbangan dan orang ramai menjerit. Di bawah sinar cahaya matahari yang terik, seorang lelaki sedang berpaut pada tiang sambil memegang tangan seorang wanita dengan kemas. Lelaki itu mengetap giginya dengan kuat dan urat-urat biru timbul pada lengannya. Dia memeluk tiang itu menggunakan kakinya dan memastikan wanita itu selamat.

Shuang Yu meletakkan Li Jianyue ke bawah, kemudian menyambut Su Qianci dengan wajah pucat.

Su Qianci yang dibasahi peluh mendongak ke arah lelaki yang masih berpaut pada tiang itu. Dengan nafas yang tercungap-cungap, Su Qianci melemparkan senyuman ke arahnya.

Li Sicheng menarik nafas lega. Peluh turut membasahi seluruh tubuh dan bajunya. Setelah memastikan Su Qianci telah selamat, dia turun dari tiang itu.

Su Qianci merasakan kakinya telah menjadi lemah, tetapi dia segera melangkah ke arah Li Sicheng.

Permainan itu bergerak kembali dan semua yang terperangkap di atasnya berjaya turun. Wajah mereka semua kelihatan sangat pucat.

Sebaik sahaja turun, Li Sicheng merendahkan topinya dan membetulkan kaca matanya lalu terus berlari ke celah-celah orang ramai dan menghilangkan diri.

Su Qianci terkejut dan segera mempercepatkan langkahnya. Ia akan menjadi mustahil untuk mencari lelaki itu lagi jika dia masuk ke celah-celah orang yang sangat ramai itu. Adakah suaminya itu benar-benar melarikan diri? Kenapa dia sanggup buat begitu? 

Langkahan Su Qianci terhalang dengan orang ramai sehingga dia terpaksa menjerit, "Li Sicheng!"

Li Sicheng mendengar jeritan isterinya dan langkahan kakinya semakin laju. Dia terus merendahkan topinya dan berjaya keluar dari orang ramai itu.

Su Qianci juga berjaya menerobos keluar, tetapi Li Sicheng sudah tiada. Dia terus menjadi panik. Kekecewaan yang telah dirasainya selama empat tahun kembali menyelubungi hatinya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C606
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk