Unduh Aplikasi
69.21% Perceraian Ke-99 / Chapter 634: Jaga Diri Kamu. Jangan Buat Perkara Bodoh.

Bab 634: Jaga Diri Kamu. Jangan Buat Perkara Bodoh.

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak comel."

Rong Rui mendukung anaknya di sebelah tangan dan memegang kepala isterinya dengan sebelah yang lain. Dia mengucup bibir isterinya lalu bertanya, "Saya kacak tak?"

"Tak."

Rong Rui memberi satu lagi kucupan. "Bagaimana dengan sekarang?"

"Teruk!"

Rong Rui memegang kepala isterinya dan menciumnya seperti seekor serigala kelaparan, tetapi tidak sampai hati untuk terlalu agresif. Ciuman ringan itu menjadi semakin mendalam. Cheng You mula terangsang dan memberi tindak balas.

"Wa…" Bayi kecil yang dipinggirkan itu menangis dengan kuat sambil menyepak-nyepak dengan kaki comelnya.

Cheng You menolak Rong Rui lalu mengambil anaknya. "Panpan, jangan menangis."

Rong Rui ketawa dan menyentuh wajah bayi kecil itu. "Kecil-kecil dah pandai ganggu waktu bahagia Papa. Apa akan jadi bila dia dah besar nanti?"

"Pergilah!" Cheng You menolak suaminya. "Bukankah kamu mahu keluar? Kenapa kamu masih di sini?"

"Ya lah, saya pergi sekarang," kata Rong Rui lalu berdiri, tetapi kemudian membongkok dan mengucup isterinya sekali lagi. "Kita sambung bila saya balik nanti. Jangan tidur awal sangat."

"Pergi!"

Rong Rui tersenyum lalu mengambil kunci keretanya dan berjalan keluar. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja keluar dari rumah, senyuman pada wajahnya terus hilang dan wajah tidak senangnya mula kembali. Rokok yang berada di mulutnya tadi ditinggalkan di atas meja, jadi dia mengeluarkan seputung rokok yang lain. Selepas menyalakannya, dia berjalan ke arah kereta. Rong Rui memandu melalui Sungai Kingstown dan tiba di daerah Hunan.

Mengikut pengetahuannya tentang mereka, mereka pasti akan meninggalkan bandar dan berhenti di Hunan selama satu atau dua hari, kemudian bergerak untuk mencari tempat baru. Selepas lama menunggu, satu kereta sport berwarna biru gelap muncul dari jauh. Melihat kereta itu, Rong Rui tahu itu ialah Bo Xiao. Dia melihat jam tangannya dan mendapati sudah pukul 3.49 pagi. Sudah beberapa puntung rokok dihisapnya sepanjang menunggu mereka. Rong Rui memandu keretanya dan berhenti di hadapan kereta sport itu.

Kereta sport biru gelap itu terus berhenti. Rong Rui memandang ke sebelah pemandu dan melihat wajah ketakutan Rong Anna. "Sepupu?" Sebaik melihat Rong Rui, Rong Anna terus membuka tali pinggal keledarnya dan mahu keluar dari kereta, tetapi Bo Xiao segera menahannya.

Bo Xiao memandangnya dengan dingin dan berkata, "Kamu dah gila? Nak turun dan serah diri?"

"Dia sepupu saya. Xiao, dia tak akan apa-apakan saya," kata Rong Anna dengan yakin. "Kami sentiasa berhubung selama beberapa tahun ini. Dia telah cuba bantu saya kawal Li Sicheng, cuba rapat dengan setiausahanya dan sekarang dia dah berkahwin dengan setiausaha Li Sicheng itu. Disebabkan bantuan dia jugalah kita dapat kurung Li Sicheng selama ini. Dia bersama kita."

Bo Xiao berasa ragu-ragu tetapi mengangguk kerana Rong Anna. Malah Rong Rui juga sedang menghalang kereta mereka. Selepas berfikir seketika, dia turut menanggalkan tali pinggang keledar dan keluar bersama-sama Rong Anna. 

Rong Rui turut keluar dari keretanya. Dia membuang puntung rokok ke atas tanah lalu memijaknya. Kemudian dia menghampiri Rong Anna dan menyerahkan beberapa kad bank yang telah disediakannya. Rong Anna agak kebingungan melihat kad-kad itu. Bo Xiao turut kelihatan terkejut dan memandang Rong Rui.

"Ambil ini. Kamu akan perlukan wang. Saya dapat kad ini dari pasar gelap. Ini semua kad yang belum disekat selepas dicuri. Jangan guna kad kamu sendiri lagi, terlalu bahaya. Jumlah dalam kad ini dua juta. Tak ada orang akan dapat kesan kamu jika gunakan kad ini."

"Sepupu…" Rong Anna memandang Rong Rui dengan terharu.

Rong Rui menghampiri sepupunya itu lalu memeluknya. Mata kuning jingganya memantulkan cahaya lampu kuning jambatan itu dan kelihatan berbaur emosi yang mendalam. Suara Rong Rui lembut ketika dia berkata, "Anna, tak kira apa berlaku, kamu tetap sepupu saya. Jaga diri kamu. Jangan buat perkara bodoh. Janji dengan saya, okey?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C634
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk