Unduh Aplikasi
62.66% Perceraian Ke-99 / Chapter 574: Dia Sudah Tiada, Semuanya Telah Berubah

Bab 574: Dia Sudah Tiada, Semuanya Telah Berubah

Editor: EndlessFantasy Translation

Shuang Yu mengelak benda itu dan terus mengejarnya, tetapi lelaki itu masuk ke dalam lif dan memberikan tabik dua jari kepada Shuang Yu. Pintu lif itu tertutup dan Shuang Yu tidak sempat mengejarnya.

Su Qianci mengutip barang yang dilempar lelaki itu lalu dahinya berkerut. Ia seurat rantai bersama sebentuk loket yang mempunyai mutu kerja yang sangat halus. Loket itu mempunyai bentuk seakan api dengan kepala serigala di bahagian atas, manakala leher serigala itu bertatahkan permata biru. Loket itu kelihatan sangat bernilai.

Namun yang menarik perhatian Su Qianci bukan nilainya, tetapi reka bentuk loket itu.Bukankah ini reka bentuk yang sama seperti lukisan dalam diari kehamilan Tang Mengying? Bagaimana boleh… Adakah loket ini milik Tang Mengying?

Lelaki itu telah merabanya sebanyak dua kali. Apa yang cuba diberitahunya dengan melemparkan loket ini? Adakah dia cuba memberitahu dia mempunyai hubungan dengan Tang Mengying? Atau ada perkara lain yang mahu dijelaskannya?

Su Qianci merenung rantai itu selama beberapa ketika. Kemudian dia mendongak lalu melihat Shuang Yu berpaling ke belakang dan menggunakan bahasa isyarat: 'Puan nak saya terus kejar dia?'

Su Qianci menggeleng. "Kita kembali ke restoran. Lu Yihan sedang tunggu kita." Dia memasukkan rantai itu ke dalam beg tangannya dan berjalan kembali ke restoran.

Selepas 10 minit Su Qianci kembali duduk, barulah Lu Yihan datang dengan pakaian yang telah bertukar. Keadaan menjadi janggal. Kedua-dua mereka hanya menjamah sedikit makanan yang dipesan.

Ketika Su Qianci sedang memakan aiskrim, Lu Yihan berkata, "Qianqian, beberapa hari lagi ulangtahun kelima syarikat kita. Kamu pemegang saham terbesar…"

"Maaf, tapi rasanya saya tak sempat datang," Su Qianci menggigit sudunya dan menyampuk sebelum Lu Yihan sempat menghabiskan kata-katanya. "Kamu tahu, saya sedang uruskan projek baru dan sangat sibuk. Jinnan tak biasa dengan projek itu dan juga tak berminat, jadi…"

Lu Yihan terdiam. Syarikat LS telah diuruskan oleh Su Qianci dan Li Jinnan sejak beberapa tahun lalu. Dia kurang pasti jawatan siapa yang lebih tinggi antara mereka. Tetapi dalam beberapa tahun itu, Syarikat LS berjaya dibangunkan kembali ketika hampir bankrap. Sehingga kini, syarikat itu telah menjadi sehebat ketika Li Sicheng masih ada. Semua itu tidak lain tidak bukan adalah disebabkan usaha Su Qianci.

"Saya tahu syarikat kita belum begitu besar, tapi…"

"Ia hebat. Hanya beberapa tahun saja hampir semua orang dah mengenali syarikat itu. Siapa yang tak kenal kamu sekarang, Presiden Lu? Tapi saya memang benar-benar sangat sibuk. Kalau ada masa, saya akan pergi, Yihan."

"Okey," Lu Yihan tersenyum nipis. "Saya akan tunggu kamu."

Selesai makan, kedua-dua mereka turun ke tempat letak kereta tanpa berkata apa-apa. Ketika mereka hendak berpisah ke kereta masing-masing, Lu Yihan tiba-tiba memanggil Su Qianci. Su Qianci berpaling dan memandangnya. Lu Yihan tersenyum lembut dengan mata yang tertancap pada wanita di hadapannya dan berkata, "Kamu tak perlu mengelak daripada saya seperti ini. Tak bolehkah kita jadi macam dulu? Kamu masih Qianqian, saya masih Lu Yihan, sama seperti ketika Li Sicheng masih ada. Boleh?"

Su Qianci mengebilkan matanya mendengar kata-kata itu. Kemudian dia menggeleng dan berkata dengan suara perlahan. "Yihan, dia dah tak ada, jadi semuanya dah berubah, kamu tahu, semuanya."

Lu Yihan tersenyum dan menundukkan wajahnya. "Baliklah. Saya pun perlu balik untuk selesaikan kerja."


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C574
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk