Unduh Aplikasi
71.28% Perceraian Ke-99 / Chapter 653: Dia Sudah Lama Mati

Bab 653: Dia Sudah Lama Mati

Editor: EndlessFantasy Translation

"Dia tak suka kamu. Kalau dia suka, dia tak akan pergi sebegitu lama." Mata Li Jianqian tidak ubah seperti mata Li Sicheng ketika ini. Ia hitam dan jernih, bersinar dengan cantik. "Jika seseorang itu benar-benar sayangkan kita, dia tak akan sampai hati untuk pergi."

Su Qianci berasa terkejut mendengar kata-kata anaknya itu. Sukar dipercaya ia datang dari mulut seorang kanak-kanak yang baru hendak mencapai usia empat tahun. Su Qianci memandang anaknya dengan perasaan bingung.

"Pak Cik Lu yang beritahu saya," sambung Li Jianqian.

Senyuman Su Qianci hilang. Dia memicit manja wajah anak lelakinya itu. Dia berasa agak sedih apabila teringat tentang Lu Yihan. "Papa kamu menghadapi saat-saat yang sukar. Dia digunakan oleh orang-orang jahat kerana dia mahu melindungi Mama. Sekarang semua orang jahat itu sudah dikalahkan oleh Papa, jadi Papa dapat balik."

Li Jianqian merenung ke dalam mata ibunya dengan wajah yang tidak gembira. Dia bertanya, "Mama, Mama ingat saya Ersu?"

Su Qianci tersenyum dan berbisik, "Ingat lagi waktu kamu dan Ersu diculik?"

"Ya. Arnab kecil itu dah dibunuh oleh Ersu."

"Ya." Senyuman Su Qianci bertambah lebar. "Ketika itu, ada seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam dan topi, ingat?"

"Ya, lelaki jahat itu mahu tangkap kami. Nasib baik Mama datang, kalau tak kami akan dibawa lari."

"Tak," Su Qianci menggelengkan kepalanya. "Lelaki itu ialah Papa. Cuma waktu itu Papa tak boleh balik lagi, jadi dia perlu pakai topi dan kaca mata hitam. Satu lagi kamu masih ingat waktu di taman tema, Mama dan Ersu hampir jatuh?"

"Ingat." Tetapi disebabkan dia terlalu pendek, Li Jianqian tidak dapat melihat apa yang berlaku dan hanya mengetahuinya daripada penceritaan Lu Yihan.

"Waktu itu, Papa yang selamatkan Mama dan adik kamu. Matahari sangat terik pada hari itu. Papa kamu basah kuyup dengan peluh. Selepas bawa adik kamu turun, dia selamatkan Mama pula. Jika bukan kerana Papa, pasti kamu dah tak ada ibu sekarang."

Li Jianqian seakan tidak percaya dengan kata-kata ibunya itu. "Betulkah?"

"Dah tentulah betul." Su Qianci mengetuk lembut hidung Li Jianqian dengan satu jari. "Bila Mama pernah tipu kamu?"

"Tapi Pak Cik Lu cakap Mama cuma berkhayal. Lelaki itu cuma orang yang tak dikenali, bukan dia. Dia dah lama mati."

"Tapi sekarang terbukti Papa masih hidup, kan? Lelaki yang selamatkan Mama memang Papa."

Li Jianqian terkedu tetapi masih tidak begitu yakin. "Kenapa selepas itu dia lari dan buatkan Mama menangis? Kenapa dia biarkan Mama menangis? Kalau seseorang betul-betul sayang, dia tak akan biarkan orang yang dia sayang menangis, bukan?"

"Ini juga Pak Cik Lu yang beritahu kamu?" Su Qianci sedikit terkesima mendengar ayat-ayat sebegitu daripada kanak-kanak yang belum pun berusia empat tahun.

Li Jianqian mendongak dan berkata dengan yakin, "Ya! Pak Cik Lu ajar saya banyak perkara, bukan macam orang itu. Dia tak pernah bercakap dengan kami pun."

"Hei… Dasu…" Su Qianci berasa agak penat. Kenapa budak ini terlalu sama seperti ayahnya, keras kepala dan sukar ubah fikiran? Lebih baik Ersu yang naif dan comel. Walaupun tidak sepintar Dasu, Ersu lebih mudah mengikut kata.

Su Qianci berasa buntu. Dengan masih memeluk anak lelakinya itu, dia cuba berkata sesuatu ketika kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri dari luar bilik. Su Qianci tahu itu ialah Li Sicheng. Sebaik sahaja melihat lelaki itu masuk, Li Jianqian terus memalingkan wajah lalu melepaskan diri daripada pelukan ibunya dan mendekati Li Mosen.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C653
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk