Unduh Aplikasi
26.2% Perceraian Ke-99 / Chapter 240: Dia Bunuh Bayi Sulung Su Qianci

Bab 240: Dia Bunuh Bayi Sulung Su Qianci

Editor: EndlessFantasy Translation

"Lelaki gatal paling popular. Dia suka muat naik gambar-gambar skandal seperti ini. Aku bayar untuk beli gambar yang belum dimuat naik dan ubah muka perempuannya."

"Bagus. Tak nampak macam gambar edit."

"Mestilah. Mana benda yang kau nak tambah?"

"Nah. Ingat, tambah ini. Lepas itu, Li Sicheng tidak boleh menafikannya."

"Kau tahu aku menggadai nyawa nak tolong kau, bukan? Ingat apa yang berlaku pada Jurulatih Jin? Kalau Li Sicheng dapat tahu, lebih teruk agaknya nasib aku."

Ini ialah perbualan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Suara lelaki itu tidak dikenali, tetapi suara perempuan itu jelas milik Tang Mengying. Air muka semua orang berubah sambil mereka memandang Tang Mengying. Dia baru saja kata mahu dedahkan rahsia Su Qianci, tetapi dia sendiri memuat naik gaya hidupnya yang buruk. Tambahan pula, berdasarkan perbualan ini, jelas menunjukkan dia ada rancangan jahat. Bukankah Cik Tang terkenal sebagai seorang wanita yang lemah lembut? Bukankah dia terkenal sebagai seorang yang baik hati dan cantik? Tak mungkin dia seseorang yang akan lakukan perkara sebegini, bukan?

Walau bagaimanapun, tidak kira siapa sekalipun yang telah memainkan video tersebut, bahagian terakhir tadi kelihatan sangat asli sehingga tidak mungkin dapat dipalsukan.

"Itu bukan saya. Siapa yang mahu mengenakan saya? Siapa yang buat?" kata Tang Mengying.

Tang Mengqing sedar keadaan semakin buruk dan cepat-cepat meminta bantuan. "Ibu, cepat! Kakak dibuli oleh Su Qianci." Tang Mengqing hampir menangis teresak-esak. "Sudahlah Kakak sedang mengandung anak Abang Sicheng."

Di skrin yang besar itu, tiba-tiba muncul Tang Mengying dan Tang Mengqing.

Kedengaran suara yang jelas daripada pembesar suara, "Kakak, tengok berita tak?" Suara Tang Mengqing.

Li Weiya yang sedang memerhati dalam kalangan orang ramai itu, mengenali suara Tang Mengqing dan hatinya menggigil. Dia risaukan kawan baiknya itu. 'Tolonglah jangan kata apa-apa yang melampau...'

Kedengaran suara Tang Mengying pula selepas itu, "Ya. Kakak tak sangka Li Sicheng akan begitu ganas kali ini. Su Qianci cuma ditampar saja dan dia hampir membuatkan perniagaan Fu Zetian menjadi muflis."

Tang Mengqing terus bertanya, "Apa kita nak buat, Kakak? Kalau Abang Sicheng dapat tahu kita yang hantar gambar yang dah diedit kepada perempuan tua itu, bukankah kita akan mendapat masalah?"

Walaupun Li Sicheng cuba tidak memperbesarkan hal Su Qianci dipukul oleh isteri Fu Zetian, ramai orang yang tahu mengenainya. Tetapi mereka tidak terfikir yang dalang semua ini ialah Tang Mengying.

Ekspresi wajah Song Yifan tiba-tiba menjadi gelap, renungannya yang tajam seperti pisau belati, dilemparkan ke arah Tang Mengying.

"Jangan risau. Tak mungkin dia dapat tahu." Tang Mengying kedengaran begitu yakin, kemudian dia mencemuh, "Saya boleh buatkan Su Qianci kehilangan bayinya tanpa disyaki sesiapa sekalipun. Kalau kamu tak beritahu orang lain, siapa yang akan tahu?"

Sesudah dia mengatakannya, semua orang yang tahu tentang hal itu terkejut. Dia bunuh bayi sulung Su Qianci. Kejamnya! Kebencian tahap apa yang dimilikinya untuk berbuat begitu terhadap seorang wanita!


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C240
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk