Unduh Aplikasi
75% Pengakhiran Cinta / Chapter 6: orentasi

Bab 6: orentasi

'kau takde rasa apa-apa ke intan?' - lysha

'rasa apa? pelik intan dengan soalan lysha.

'iyelah kau jangan cakap kat aku yang kau dah lupa perihal stalker tu.' lysha mengingatkan intan tentang iman. Intan sudah berubah riak apabila teringatkan apa yang berlaku kepada dirinya. iman merupakan nama sebenar aron, ramai yang mengelar dirinya aron kerana susuk tubuh dan wajahnya hampir mirip aron aziz katanya tetapi jauh sama sekali bagi intan. Dia mula mengenali aron ketika minggu destinasi siswa iaitu pada orentasi pelajar semasa di semester satu. Sebelum melangkahkan kaki ke menara gading, intan memasuki pertandingan pantun disekolah dan berjaya mendapat tempat pertama kerana itu dia bersemangat dan ingin menghadiahkan satu persembahan buat biro-biro sepanjang seminggu orentasi itu.

Insan pertama yang intan kenal dan selesa ketika itu adalah zaki, semasa ice breaking dalam satu kumpulan dia mendapat tahu yang zaki merupakan satu course dengannya. Tambahan perwatakkan zaki yang suka loyer buruk membuatkan insan senang dengannya. 'kau tolong aku carikan 5 orang, boleh tak?! intan meminta bantuan zaki. 'Uish ramainya, lelaki pun cuma boleh pasang 4 orang tahu tak?! zaki berjenaka. 'Aku nak buat persembahanlah, aku ada tulis pantun setiap biro so aku nak after aku habis berpantun seorang akan naik ke pentas then tiru lagak salah seorang dalam satu biro' intan menerangkan tentang butir persembahan yang ingin dilakukan. Melopong mulut zaki mendengar penjelasan dari intan. 'Tapikan biro ada enam, kenapa kau nak cari lagi 5 orang je? hairan zaki. 'Engkaulah orang yang keenam tu' kata intan sambil kertawa. 'Ish tak mahulah den, malulah' zaki menolak permintaan intan. 'Alaa, kau kan kelakar zaki. Aku nak biar persembahan ni jadi comedy, nanti kau automatik jadi famous tau' intan memancing minat zaki. 'Aku, aku tergagap zaki dengan permintaan intan. 'yelah, jap aku kumpul member-member aku'. Intan sudah tersenyum gembira.

Malam kemuncak sudah tiba. 'Okay, kita sudah sampai ke kemuncak minggu destinasi siswa. Tiada apa ke yang ingin pelajar kita berikan sebagai kenangan buat senior-senior ataupun biro-biro?' Bagaikan bulan jatuh ke riba, intan tanpa segan silu segera memanggil biro yang berdekatan dengannya untuk memberi tahu bahawa dia ingin melakukan sebuah persembahan. Biro itu hanya mengangguk dan memberikan persetujuan untuk dia bersedia dibelakang pentas. Intan memberi isyarat kepada zaki, zaki bersama lima orang yang lain turut bangkit dan mengikuti intan. Tiba dibelakang pentas, sedang menunggu giliran aron mendekati intan lalu duduk disebelahnya. Intan segera mengesot ketepi agar ada ruang antara mereka. 'saya iman, budak accounting. awak? saya intan, budak investment.' ramah intan memperkenalkan dirinya. Intan memang begitu, gemar berkawan sebab dia selalu ingat pesan ayah yang sentiasa tersemat didalam hati 'jangan sombong, berkawan biar beribu dan sentiasa jaga aib keluarga' iman amat gembira dengan layanan intan terhadapnya. Perbualan mereka tamat disitu sahaja kerana sudah tiba giliran mereka untuk membuat persembahan.

Persembahan berlansung seperti yang diharapkan oleh intan, ramai yang terhibur dengan persembahan mereka bertujuh. Usai sahaja persembahan, mereka kembali ke belakang pentas. Iman tanpa segan silu mendapatkan intan dengan memengang kejap tangannya, intan yang terkejut dengan reaksi berani lelaki itu pantas menarik semula tangannya. Iman yang sedar akan khilafnya segera mengangkat kedua belah tangannya tanda maaf. 'saya nak nombor telefon awak boleh? nanti boleh study sama-sama' aron mula menjalankan misi untuk mendapatkan gadis itu. Difikirnya gadis cantik manis itu seseorang yang sosial, gadis yang moden dan tidak kesah kalau disentuh kerana sepanjang process ice breaking yang dilakukan matanya tidak lepas dari memandang intan yang berada dikumpulan sebelah kertawa bahagia dengan jenaka zaki tetapi tekaannya meleset sama sekali maka itu keinginan dia terhadap gadis itu semangkin tinggi. 'maaf ye, number telefon agak peribadi pada saya jadi saya tidak bagi pada sesiapa sahaja' intan menolak sopan permintaan aron itu lalu segera meninggalkan backstage itu. Iman berlari mendapatkan intan tetapi belum sempat dia ingin berbicara ramai biro-biro yang menghampiri intan untuk mengajak memasuki kelab dan persatuan. Aron segera beredar dan segera mendapatkan kawannya yang lain.

Hari demi hari intan melakukan aktiviti di kampus seperti biasa. Dia sudah mendapatkan kerja sambilan di kafeteria makcik maznah. Jika tidak ke kelas, intan akan ke kafeteria untuk bekerja. Dia seboleh mungkin ingin cukupkan lapan jam waktu bekerja setiap hari agar makcik maznah tidak rugi membayar gajinya lapan jam sehari. Intan yang baru sahaja menunaikan solat isyak segera mendapatkan telefon samsung touchscreen pink miliknya. Intan datang dari keluarga yang bukan mewah jadi apa sahaja keperluan yang dia inginkan, dia lebih selesa mendapatkannya hasil titik peluh sendiri. Benar kata ayah bahawa apa yang barang yang kita miliki hasil titik peluh sendiri rasa lebih beharga. Tiga miscall dari number yang tidak dikenali, difikirnya ma yang menelefon semasa dia sedang sembahyang. Intan membuat keputusan untuk menghiraukan sahaja kerana pada fikirannya jika pekara itu penting pasti insan tersebut akan menghubunginya semula.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C6
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk