Unduh Aplikasi
57.57% My Reflection of You(Malay) / Chapter 19: Bab 18

Bab 19: Bab 18

"...." dari menjawab, aku hanya membatukan diri sambil cuba memproses maklumat yang baru diterimaku tadi.

"Mia?" ternyata reaksiku ini menarik perhatian lelaki yang berada dihadapanku ini.

"Ap...apa yang awak merepek ni?"

"Sebab itulah saya kata...awak takkan percaya..kecuali...?!!?" lelaki ini mengalihkan pandangannya kepada Amry semula sambi membiarkan ayatnya tergantung; bagaikan menjawab seruan lelaki itu, lelaki tinggi lampai yang dari tadi tak sedarkan diri itu mula bergerak, sedarkan diri.

"!??!" mataku terbeliak apabila dia mula bergerak diatas katilnya itu.

"Apa...bising ni?" suaranya yang garau dan kedengaran secara tiba-tiba membuatkan aku makin cuak dengan situasi itu, lantas menarik lengan baju lelaki tadi secara refleks.

"Awak..."

"Jangan takut, dia takkan buat apa-apa...kot? kejap." Lelaki yang menyerupai abangku ini mula mendekati lelaki yang kelihatan lena kembali tadi seraya menjengahkan kepalanya betul-betul di hadapan lelaki itu.

"Awak...saya rasa...tak patut ki...?!??!"

"?!?!"baru sahaja aku ingin menegahnya, secara tiba-tiba, lelaki yang dari tadi memejamkan matanya itu kelihatan membuka mata secara mengejut membuatkan kedua aku dan lelaki tadi mulai panik.

"Aah!!!" suara garau lelaki itu mula kedengaran nyaring sebelum ditakup lelaki yang memiliki wajah persis abangku ini dengan panik.

"Shhh!!!"

"!??!"

"Awak...buat apa tu? Lemas lah dia!" aku dengan makin cuak menarik tangan lelaki tadi apabila melihat Amry kelihatan lemas ditakup mulutnya.

"Kejap...jangan jerit...aku akan lepaskan kau kalau kau janji takkan jerit, okay?" lelaki itu hanya mengangguk dengan reaksi takut sebelum perlahan-lahan dilepaskan mulutya tadi.

"...A?!?!"

"Shh!!"

"Awak!"

"Mi...Mia? apa kau buat disini?" ternyata kehadiran ku baru disedarinya disitu.

'Dia perasankan aku? Eh?' dengan perasaan bercampur baru aku kembali memandangnya dengan perasaan curiga lagi.

"Eh? Macam mana Encik Amry boleh kenal saya?" aku berpaling padanya dengan perasaan tak percaya; mana mungkin aku yang tak penting ni boleh dikenalinya.

"Apa yang kau merepek ni? Encik....!??!? Whoa!!!"

"?!?!" aku tersentak apabila lelaki tinggi lampai itu bangun dari katilnya selari memandang cermin besar dihadapan katilnya dengan reaksi terkejut.

"...and here we go again..."

30 minit kemudian;

"Jadi...betullah apa yang awak cakapkan tadi?"

"Ya...saya tak pernah tipu pun..."

"...tapi...macam tak logik saja..."

"Awak ingat saya boleh percaya...kalau tak, macam mana ayah awak boleh ingat saya kena sampuk tadi?"

"Ah...saya hampir terlupa pula." Aku menggaru kepalaku yang tak gatal selari menjeling ke arahnya lagi.

"Jadi...macam mana sekarang? Awak ada rancangan?"

"Setakat ni...nampaknya tak ada cara lain...kami kena biasakan dengan kehidupan satu sama lain, buat sementara waktu ni...sehinggalah kita dapat cari cara untuk pulihkan keadaan seperti sedia kala." Dia nampak tenang dari tadi; mungkin perlahan-lahan lelaki ini telahpun belajar menerima keadaan yang sedang dialami sekarang.

"...." aku terdiam mendengarkan rancangan spontannya tadi yang kedengaran masuk akal hanya keran situasi kami sekarang; kalau keadaannya tak sepelik sekarang, aku mesti dah cakap dia gila.

"Kenapa?"

"Bolehkah?"

"Awak tak yakin dengan saya?"

"Bukan awak...yang kat dalam bilik air tu... bolehkah dia berlakon jadi awak?"

"Itu kan abang awak...takkan awak tak percayakan dia?"

"Percaya...?!?!?"

"Whoa!!"

"Abang, kenapa tu?" secara panik, kami berdua bangun dari kerusi itu menuju ke arah pintu bilik mandi yang terbuka luas;

"Kau okay?"

"Kau makan apa, hah; budak? Macam mana kau boleh dapat body macam ni? Siap ada sixpack bagai lagi?"

"?!?!... Abang!" secara refleks, aku menakup wajahku sambil berpaling membelakangi abangku yang kini tak berpakaian dan hanya berseluar pendek setibanya aku dihadapan pintu bilik.

"Er....itu..." lelaki yang kini berdiri dihadapanku sambil kelihatan terkejut dengan perilaku abangku itu hanya memandangku sebelum tunduk.

"Lepas ni, bolehlah kau train-kan badan aku tu pula; ya? Bila kita dah jadi normal balik, dapat aku merasa sixpack nanti...mesti aku jadi lebih gagah perkasa lepas ni." Nadanya kedengaran selamba selari sekali lagi bergaya dihadapan cermin bilik air sambil tersengih.

"...sebab tulah... sebenarnya...." omel gadis itu sambil wajahnya masih ditakup dari tadi.

"Abang awak betul-betul optimist, nampaknya." Sebaris senyuman dilayangkan tatkala tercuit dengan gelagat Amir tadi.

Walaupun pada hakikatnya keadaan itu kelihatan susah untuk diterima logik akal; tapi, itulah kenyataan keadaan yang abang Amier dan lelaki bernama Amry ini alami sekarang. Entah macam mana, mereka berdua seperti bertukar 'roh' antara satu sama lain dan berada dalam tubuh masing-masing. Kalau aku ceritakan orang lain, pasti aku akan dilabelkan sebagai 'gila' dengan serta-merta.

"Mia?" akutersedar dari lamunan apabila Amry bersuara lagi selari kami masih menunggu abang Amier bersiap diluat bilik mandi sejak tadi.

"Hah?"

"Awak risaukan abang awak tu?"

"Mungkin? Awak pasti buatkan abang saya tu biasa dengan kehidupan model awak tu?"

"Secara jujurnya, saya nak tanya awak...sebab awak lebih kenal dengan abang awak tu...tapi, dari reaksinya sejak tadi; dia nampak optimist dalam hampir semua hal sejak awal lagi...agak...kontra dengan sifat sebenar saya sebenarnya."

"Kenapa? Awak ni selalu negatif kah?" aku mengangkat kening mendengarkan nada lelaki ini.

'Dia...negatif? kenapa aku tak rasa macam dia bercakap benar? Kenapa selama ni aku nampak macam dia bawa watak positif dalam imej dia...mungkin, itu hanya lakonan dan bukan dirinya yang sebenar?' sempat lagi aku bermonolog sendirian sambil mataku masih menatap lelaki yang duduk disisiku ini; aku tak rasa janggal berbicara dengannya, kontra dengan apabila aku berbual dengan orang lain. Mungkin kerana dia melihatkan rupa seperti

"Lebih kurang, kot...sebab respon yang saya dapat dari orang sekeliling memang agak negatif sebelum ni."

"Ah... Er...apa yang abang buat lama sangat tu? Biar saya...?!?!" teringat pada peristiwa tadi, aku membantutkan niatku tadi lantas berpaling kepada lelakimirip abangku ini yang masih duduk disitu sejak tadi.

"Mungkin...awak yang patut pergi tengok kali ni..." aku menundukkan wajah darinya selari menggaru kepalaku yang tak gatal; terasa kekok dengan keadaan itu.

"That's actually a better idea." Sebaris senyuman dilayangkan padaku sambil dia bangun menuju ke arah pintu bilik mandi sebelum aku mendengar ketukkan perlahan dipintu bilik.

"Assalamualaikum...Amry? Kau dah bangun?" Suara garau yang kedengaran asing di telingaku membuatkan aku menjadi kaget lantas mengalihkan perhatian kepada Amry yang juga kelihatan terkejut dengan suara tadi.

"?!?!"

"Eh? Awak?"

"Masuk dalam ni sekejap." Tanganku ditarik masuk kedalam bilik air yang masih terbuka dari tadi.

"Eh?"

"Apahal tolak-tolak ni?" nada lelaki tinggi lampai itu kedengaran bengang selari ditolak oleh Amry kedalam ruangan bilik mandi tadi semula dengan langkah paksa.

"Pak!!" bunyi pintu bilik air bergema dengan nada kuat selari Amry mempamerkan wajah panik; bersandar di balik pintu bilik ini.

"Apa kau nak buat ni?"

"Kita kena fikir cepat... itu Mazlan pengurus aku. Aku pasti dia datang lepas terserempak dengan Laila tadi."

"Habis tu, macam mana?"

"Kita ikut rancangan asal..." dia cuba bernada tenang selari mengalihkan pandangan ke arah kami berdua yang kini berdiri menghadapnya.

"Rancangan...asal...?" aku yang masih keliru dengan pernyataan lelaki itu hanya mengumam ayatku sambil memerhatikannya dari belakang.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C19
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk