Unduh Aplikasi
94.44% Milik siapakah hati ini / Chapter 17: Bab 17

Bab 17: Bab 17

Hariz tersenyum sendirian melayan perasaannya yang gembira. Dia sangat gembira saat ini kerana pelawaannya untuk keluar bersama telah diterima oleh Atirah. Sebenarnya, sudah seminggu Hariz tidak berjumpa dengan Atirah. Kali terakhir mereka berjumpa adalah semasa dia melawat Nizan di hospital tempoh hari. Rindu yang ditanggung tidak tertahan lagi. Hatinya meronta-ronta untuk bertemu gadis pujaan, namun dia malu untuk menyatakan niat hatinya kepada Atirah. setiap kali mereka berbual dalam talian, Hariz cuba untuk mempelawa Atirah keluar dengannya kerana dia berniat untuk meluahkan perasaannya kepada Atirah. Namun, baru hari ini dia berjaya meluahkan hasratnya itu.

Hariz telah bertekat untuk meluahkan perasaannya kepada Atirah apabila mereka berjumpa. Lagi lama ditunggu lagi parah hatinya menahan rindu. Dia menyanyi kecil menghiburkan hatinya sambil mencari-cari baju yang sesuai untuk dia keluar dengan Atirah. Pelbagai jenis pakaian dicubanya, namun semuanya nampak tidak sesuai dari pandangan matanya. Akhirnya Hariz memilih untuk memakai sut hitam yang dipadankan dengan kemeja putih. Dia kelihatan tampan sekali. Hariz meneliti dirinya dicermin untuk memastikan dirinya segak dan bergaya untuk berjumpa Atirah. Penampilannya seperti seorang yang ingin menghadiri majlis rasmi amat bergaya. Dia tersenyum puas melihat dirinya dicermin. Hariz memilih jam tangan Rolex untuk dipadankan dengan sut hitamnya itu. Setelah puas meneliti dirinya, Hariz segera melangkah menuruni anak tangga dan dia segera mencapai kunci keretanya.

Puan Salmah memandang anak bujangnya dengan mata yang pelik. Hariz tidak pernah berkelakuan seperti ini. Pada pandangannya, anaknya ini sedang berkelakuan lain daripada kebiasaan. Pelik, amat pelik pada fikirannya.

"Angah..nak kemana ni? Lain macam je ibu tengok." Tegur Puan Salmah terhadap Hariz yang masih tersenyum gembira. Wajah gembiranya kelihatan jelas sekali diwajahnya. Puan Salmah turut tersenyum melihat gelagat Hariz.

"Riz ada dinner date bu...mungkin balik lambat sikit. Ibu tak payah la tunggu Riz." Ujar Hariz dengan senyuman nipis dibibir. Dia terus berlalu ke keretanya dan menghidupkan enjin. Hariz memakai tali pinggang keledar dan dia segara memandu keluar. Dia ingin cepat sampai di rumah Atirah untuk melepaskan rindunya pada gadis itu.

Puan Salmah hanya mampu tersenyum melihat Hariz yang berlalu pergi. Puan Salmah sebenarnya sedar perubahan yang berlaku terhadap anak bujangnya ini. Sejak Hariz pulang daripada menguruskan hotel mereka di Pulau Pangkor, anaknya ini kelihatan berbeza sekali. Dia merasakan Hariz berubah, tidak seperti dahulu. Anaknya sering kelihatan tersenyum seorang diri. Hariz juga telah meminjam motor buruk tukang kebun mereka yang sebelum ini tidak pernah dia meminjamnya. Katanya susah untuk keluar dengan kereta kerana jalan sesak. Puan Salmah tahu itu hanya alasan sahaja. Pernah juga Puan Salmah melihat Hariz yang seperti orang bermasalah, merenung jauh daripada pandangan mata. Dia mengagak yang anaknya ini telah mempunyai buah hati. Kalau betul, Puan Salmah bersyukur. Takut juga dirinya apabila Hariz tidak pernah untuk memperkenalkan perempuan kepada keluarga dan dia tahu yang anaknya ini susah untuk bergaul dengan perempuan. Namun dia tetap berdoa supaya semua anaknya bertemu jodoh yang sesuai. tidak pernah terlintas difikiran Puan Salmah untuk mencarikan jodoh untuk anak-anaknya. Bagi dirinya, biarlah anak-anaknya sendiri yang mencari jodoh mereka. Dia takut jodoh yang dicarikan itu tidak dapat membahagiakan anak-anaknya dan dia akan rasa bersalah jika itu berlaku. Dia hanya mampu berdoa supaya cepat Hariz dan Hafizah bertemu jodoh mereka.

.....

Atirah sedang leka bersiap di dalam biliknya. Dia dikejutkan dengan jeritan Atikah yang memanggil namanya dari luar bilik.

"Kenapa kau menjerit ni?" Muka Atirah kelihatan di muka pintu biliknya. Dia memandang sahabatnya dengan pandangan mahukan penjelasan. Atirah semakin pelik apabila Atikah membalas pandangannya dengan senyumam penuh makna. Dah kenapa budak ni, buang tabiat ke? Atirah mengomel dalam hatinya.

Atikah masih memandang sahabatnya dengan senyuman penuh maksud tersirat. Hahaha.....buah hati sahabatnya telah sampai di luar.

"Kat luar tu....dah sampai buah hati kau." Jelas Atikah. Fahamlah Atirah senyuman penuh makna Atikah ini. Ooo...Riz dah sampai. Atirah turut tersenyum membalas pandangan sahabatnya. Tiba-tiba telefon bimbit Atirah berbunyi. Atirah tersenyum panjang melihat nama yang tertera di talefonnya, Hariz. Atikah turut menjeling melihat nama si pemanggil dan dia mencuit sahabatnya apabila menyedari Atirah sedang dibuai bahagia. Dia tumpang gembira untuk sahabatnya.

"Hello Riz...."

"Assalamualaikum Ati...Riz dah dekat depan rumah ni." Hariz memberitahu dirinya telah sampai untuk menjemput Atirah.

"Waalaikumsalam....kejap ye Ati keluar." Atirah menjawab dengan senyuman manis dibibir.

Atirah memandang Atikah yang sedang mengintai ke luar rumah mereka. Atikah melihat Hariz sedang berdiri di sebelah sebuah kereta sport yang dia tidak pasti apakah jenamanya. Amboi....datang dengan kereta sport. Kata dispatch?...hai ni mesti sewa kereta ni. Pandai juga mamat ni nak pikat kawan aku. Atikah hanya mengomel dalam hatinya.

"Tikah, aku pergi dulu. Kunci pintu ye...."Atirah melambai kepada Atikah dan dia terus melangkah mendapatkan Hariz. Atirah masih tidak menyedari Hariz datang menjemputnya dengan kereta. Matanya hanya fokus kepada Hariz yang segak berdiri dihadapannya dengan senyuman yang menawan. Melihat si jejaka yang tampan bergaya, jantung Atirah berdegup kencang. Semakin dekat dia dengan Hariz, debaran semakin kuat. Hai jantung...kau sabar, jangan gemuruh. Atirah cuba untuk menenagkan perasaannya.

Hariz memandang Atirah yang sedang melangkah mendekati dirinya. Dia turut terpegun melihat Atirah yang cantik menawan. Dia merasakan dirinya seperti di awang-awangan. Kakinya seperti tidak terpijak di bumi. Atirah berdiri dihadapan Hariz dengan senyuman malu. Dia menyedari bahawa Hariz sedang merenungnya dengan pandangan yang berlainan sekali, pandangan istimewa mungkin. Masa seperti terhenti seketika. Tanpa mereka sedari, kelakuan mereka berdua diperhatian oleh Atikah. Atikah ketawa kecil melihat kelakuan Atirah dan Hariz. Ketawanya telah berjaya menyedari Atirah dan Hariz. Merah padam wajah Atirah apabila dia tersedar dari lamunannya. Hariz turut tersenyum malu. Dia segera membukakan pintu keretanya untuk Atirah. Baru Atirah menyedari kewujudan kereta sport ini. Dia terkejut sebentar melihat kereta tersebut. Namun dia tetap melangkah masuk ke dalam kereta tersebut. Mungkin Hariz pinjam kereta ini dari kawannya atau mungkin Hariz menyewanya. Sekarang banyak syarikat sewa kereta. Kunci kereta ditangannya disimpan semula. Niat hatinya untuk menyerahkan kunci keretanya kepada Hariz kerana dia ingin mengelak daripada membonceng motor milik Hariz. Bukan kerana dia memandang hina terhadap motor tersebut, namun dia ingin menjaga batasannya dengan lelaki. Tidak sesuai bagi dirinya yang belum ada ikatan dengan Hariz membonceng di belakang. Atirah turut menyediakan alasan sekiranya Hariz menyoalnya. Sangkaan Atirah meleset apabila Hariz datang dengan sebuah kereta sport.

Atirah memandang Hariz yang sedang memakai tali pinggang keledar. Hariz menyedari dirinya sedang diperhatikan dan dia menghadiahkan senyuman menawan kepada Atirah. Wajah Atirah yang masih kemerahan kerana malu diketawakan Atikah sebentar tadi kembali merah. Hariz memulakan pemanduannya dengan berhemah sekali.

Atikah yang ditinggalkan masih setia berdiri di muka pintu rumahnya memandang kereta yang dipandu Hariz berlalu pergi. Senyuman dibibirnya masih kelihatan. Terasa lucu melihat kelakuan Atirah dan Hariz sebentar tadi. Bergitu agaknya jika orang sudah angau...hihihihihi. Atikah menyedari perbezaan tingkah laku Atirah semasa sahabatnya sedang bercinta dengan Rizman dengan masa sekarang. Atirah kelihatan lebih bahagia berbanding semasa Atirah sedang bercinta dengan Rizman. Atikah segera masuk ke rumahnya dan mengunci pintu setelah kereta Hariz tidak kelihatan lagi.

...

Hariz memandu dengan berhemah. Sesekali dia memandang gadis di sisinya yang masih memandangnya dari tadi. Walaupun Hariz suka apabila Atirah melihatnya, namun dia berasa malu apabila dirinya ditenung lama oleh orang yang dia sayang. Wajahnya mula kemerahan terutama sekali bahagian telinganya yang telah merah menahan malu.

"Kenapa pandang Riz macam tu?" Soal Hariz memulakan perbualan. Perasaanya saat ini sangat bahagia. Rindu di hati telah terubat.

"Ati rasa Riz lain hari ni." Jelas Atirah.

Hariz tersenyum mendengar kata-kata Atirah. "Lain...lain macam mana?"

"Tah...tak tahu Ati nak cakap, yang pasti Riz nampak lain." Atirah tersenyum dengan jawapan sendiri. Atirah memandang ke hadapan melihat jalan. "Kita nak ke mana?" Atirah menyoal dan dia memandang ke arah Hariz semula meminta jawapan.

Hariz yang sedang memandu menghadiahkan senyuman kepada Atirah, "Rahsia..." jawab Hariz bersahaja. Jawapan yang diberi mengundang jelingan si gadis di sisi. Hariz ketawa kecil apabila Atirah menghadiahkannya jelingan mata. Hati Hariz terusik dengan jelingan tersebut. Dia suka melihat perubahan wajah Atirah yang mencerminkan perasaan gadis itu. Apa yang difikirkan Atirah jelas kelihatan diwajahnya. Hariz dapat membaca fikiran Atirah yang jelas menunjukkan yang Atirah malas melayan kerenahnya.

"Cantik kereta ni. Kereta siapa ni?" Atirah bertanya sambil matanya memandang sekeliling. Walaupun Atirah bukan peminat kereta sport, namun dia tahu kereta yang dipandu Hariz ini mahal harganya. Lebih mahal daripada kereta milik Abang Nizan.

"Kereta pinjam...." Ringkas Hariz menjawab. "Ati suka? Kalau suka....."belum sempat Hariz menghabiskan kata-katanya Atirah menyampuk. "Suka ....tapi kalau boleh lain kali Riz tak payah la sampai nak pinjam kereta. Mesti mahal ni."

"Riz pinjam pun sebab orang tu tak sudi nak naik motor buruk Riz." Hariz mengenakan Atirah. Atirah mengetap bibirnya dan dia membatukan dri menunjukkan dia marah dengan kata-kata Hariz. Hariz menyedari perubahan Atirah dan dia mula panik. Alamak...salah cakap ke? Ingat nak menyakat je tadi. Hariz segera memberhentikan kereta di bahu jalan yang di kawasan yang dibenarkan untuk berhenti kecemasan. Bagi dirinya kemarahan Atirah tergolong dalam kategori kecemasan saat ini.

"Sorry..sorry Riz tak maksudkan Ati pandang hina pada motor tu, Riz tahu Ati cuma tak biasa bonceng motor.... Sorry, jangan la merajuk. Riz minta maaf okay." Hariz merayu dengan menayangkan wajah kesian kepada Atirah.

Atirah masih diam membisu seribu bahasa. Dia ingin melihat sampai tahap apa Hariz sanggup memujuknya. Ha...pandai cari pasal, sekarang sendiri yang gelabah. Omel Atirah dalam hatinya. Dia membiarkan rayuan Hariz.

"Ati....jangan la marah, Riz tahu Riz salah...maafkan Riz, Riz janji tak akan buat Ati arah lagi." Hariz terus merayu pada Atirah. dia cuba membuat pelbagi memek muka untuk memujuk Atirah. Atirah hampir ketawa apabila dia melihat Hariz cuba berlagak comel di hadapannya. Namun, Atirah mengeraskan hatinya. Ketawanya ditahan, dia cuba untuk berlagak marah akan tetapi riak wajah Atirah telah mengkhianati dirinya. Hariz tersenyum senang apabila dia tahu yang Atirah tidak lagi merajuk dan marah pada dirinya. Sungguh dia takut kemarahan Atirah, takut sekiranya Atirah tidak maafkan dirinya. Takut sekiranya Atirah hilang dari hidupnya.

Hariz meneruskan pemanduannya ke tempat istimewa yang dia sediakan untuk dirinya dan Atirah. Hariz telah menempah makan malam di sebuah restoran mewah di hotelnya yang mempunyai suasana romantis. Dia ingin jadikan malam ini malam istimewa untuk dia dan Atirah. Hariz ingin melamar Atirah menjadi teman wanitanya. Dia telah merancang dengan terperinci. Selepas Atirah bersetuju menjadi teman wanitanya, dia akan menjelaskan kepada Atirah siapa dirinya yang sebenar. Hariz berdoa di dalam hatinya supaya Allah mengmakbulkan impiannya untuk menjadikan Atirah teman hidupnya.

Atirah tersenyum melihat Hariz yang sedang memandu dengan berhemah sekali. Dia bersyukur di dalam hatinya apabila Hariz tidak lagi menyebut tentang membonceng motornya. Atirah sebenarnya tidak mahu menjelaskan kepada Hariz mengapa dia tidak mahu membonceng motor Hariz. Bagi dirinya, sebagai perempuan muslim dia perlu menjaga batas perhubungannya dengan lelaki. Mahupun lelaki itu orang yang dia sayang, namun perkara yang salah tetap salah.

Setelah 30 mint memandu, destinasi yang dituju pun tiba. Hariz menjemput Atirah keluar daripada kereta dan kunci keretanya diserahkan kepada valet yang sedia menunggu di tepi keretanya.

Langkah Atirah terhenti, dia terpegun melihat di hadapannya adalah sebuah hotel mewah. Mahal tempat ni. Biar betul dia bawa aku makan dekat sini.

Hariz berpaling memandang Atirah dan dia tersenyum melaihat wajah Atirah yang masih terpegun. Dia melangkah mendekati Atirah dengan wajah yang masih tersenyum. "Kenapa?" soal Hariz ingin tahu mengapa gadis ini tidak berganjak dari tadi.

"Riz...kita makan dekat tempat lain la...Ati rasa makanan dekat sini tak sedap." Atirah memberi alasan. Dia takut Hariz berkecil hati. Atirah masih ligat berfikir untuk memberi alasan yang dirasakan lebih baik daripada tadi. Kau ni Ati, cepat fikir alasan lain. Ada ke kau cakap yang makan di sini tak sedap.

Hariz hanya tersenyum memandang Atirah. Dia tahu niat Atirah...perancang ekonomi yang baik. Bila sudah berkahwin nanti boleh serahkan urusan duit-duit ni pada Ati, getus hati kecil Hariz. Dia bertekat untuk jadikan Atirah surinya. Hariz masih tersenyum dan dia berdiri dihadapan Atirah dengan penuh keyakinan. "Ati tak sudi ke makan dekat sini dengan Riz?"

"Bukan tak sudi...kita makan dekat tempat.." belum habis kata-kata Atirah Hariz memotong "Kalau macam tu mari la....Riz dah tempah meja tau. Rugi la kalau kita tak masuk." Hariz memandang Atirah dengan mesra dan dia cuba meyakinkan Atirah tidak mengapa untuk mereka makan malam di sini.

Atirah membalas senyuman Hariz dan dia mengatur langkahnya semula. Biarlah...untuk kali ini. Hariz melangkah seiringan dengan Atirah dan mereka berdua disambut mesra oleh pengurus restoran tersebut. Pengurus restoran tersebut terkejut melihat wajah bossnya yang tersenyum mesra kepada seorang wanita. Sepanjang dia berkhidmat di restoran ini, inilah kali pertama dia melihat bossnya tersenyum. Hilang wajah yang sentiasa serius yang dia dan rakan sekerja menggelarkan boss mereka "stone cold". Pengurus tersebut sedaya upaya untuk mengekalkan senyuman mesra pelanngannya. Hariz dan Atirah dibawa ke meja mereka dengan hormatnya oleh pengurus tersebut. Dia telah menerima arahan supaya dia memberikan layanan yang terbaik untuk tetamu istimewa bossnya ini.

Setelah Hariz dan Atirah duduk, seorang pelayan datang membawa gelas berisi air putih dan tanpa membuag masa pengurus restoran tersebut menghulurkan menu kepada mereka berdua. Atirah melihat menu tersebut dengan bersahaja. Sebenarnya, dalam fikirannya, Atirah menilai harga makan tersebut dan merasakan dirinya kini dalam dilema. Dia tidak tahu makan apa yang ingin dipesannya kerana dia cuba untuk suaikan dengan kemampuan Hariz. Hariz memandang Atirah dengan pandangan mesra sekali. Senyuman dibibirnya tidak pernah hilang.

"Ati nak makan apa?" Soal Hariz mesra. Pengurus restoran tersebut memandang Atirah dan memberikan senyuman mesra pelanggan kepadanya.

"Ati rasa ..Riz lah yang order. Ati tak tahu nak makan apa....Ati makan yang Riz order." Atirah tersenyum dan menutup menu di tangannya.

"Okay..." Hariz membuat pesanan makanan mereka dengan lancar sekali. Dia memesan makanan barat beserta kek sebagai pencuci mulut. Ianya kelihatan seperti dia biasa membuat pesanan makan tersebut. Setelah Hariz selesai membuat pesanan, pengurus restoran tersebut berlalu dengan senyumannya.

Keadaan menjadi sunyi seketika. Hariz memandang Atirah dengan mesra dan ini membuatkan Atirah tertunduk malu. Atirah tidak dapat melawan pandangan mata Hariz yang dirasakan sedang memanah tepat ke hatinya. Wajah Atirah perlahan-lahan menjadi merah dan hanya tuhan sahaja yang tahu debaran di hatinya saat ini.

Hariz masih memandang Atirah dengan senyum mesranya. Dia suka melihat Atirah bergini. Ini seperti tanda yang gadis ini turut mempunyai perasaan kepada dirinya. Ia membuatkan Hariz bertambah yakin untuk meluahkan perasaannya kepada Atirah. "Ati....kenapa Ati tak nak pandang Riz? Soal Hariz dengan suara yang romantis pada pendengaran Atirah.

Atirah segera membalas pandangan mata Hariz apabila dia mendengar soalan daripada jejaka dihadapannya ini. Walaupun pada saat ini Atirah merasakan jantungnya hampir luruh, namun dia tidak mahu menyerah kalah. Hariz tersenyum senang melihat Atirah, dia juga sebenarnya sedang melawan perasaannya sendiri. Aku cakap sekarang ke atau....lepas makan ke? Cakap sekarang la....Hariz, ready. Hariz menguatkan hatinya.

"Riz ada sesuatu nak beri tahu Ati." Hariz mula bicara. Dia melihat Atirah memandangnya serius.

"Cakap la...Ati dengar." Ujar Atirah. Belum sempat Hariz meluahkan rasa hatinya seorang pelayan datang ke meja mereka dengan membawa hidangan yang dipesan. Terhenti bicara Hariz. Wajahnya kelihatan lucu pada pandangan Atirah. Hariz memandang tajam kepada pelayan yang mengganggu perbualannya dengan Atirah. Aku dah susun ayat tadi...hilang semuanya. Pucat wajah pelayan tersebut apabila dia melihat bossnya sedang memandangnya dengan tajam sekali. Aku ada buat salah ke, soal pelayan tersebut dalam hatinya.

Atirah ketawa kecil melihat Hariz dan pelayan tersebut. Hilang rasa debarannya sebentar tadi. Merona merah wajah Hariz apabila dia mendengar ketawa kecil Atirah. Setelah pelayan tersebut siap menghidang makanan mereka, Atirah mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman kepada pelayan tersebut. Senyuman Atirah seperti memberikan nafas kepada pelayan tersebut dan dia berlalu dengan segera.

"Kita makan dulu...." Ujar Hariz.

Atirah melihat makan malam mereka yang kelihatan mewah terhidang di atas meja, dia mengangguk setuju. Hariz dan Atirah berbual sambil mereka menikmati makan malam mereka. Namun perbualan mereka kelihatan kekok sekali. Hariz sedang menyusun semula ayat yang ingin dia luahkan kepada Atirah. Atirah pula sedang menahan debaran ingin tahu apakah yang ingin disampaikan oleh Hariz. Kedua-dua mereka tidak memberi tumpuan kepada apa yang mereka makan dan apa yang dibualkan. Masing-masing dengan fikiran sendiri.

Setelah selesi makan malam, Hariz memberanikan dirinya untuk menyatakan hasrat hatinya kepada Atirah.

"Ati...kita berkenalan mungkin tak lama, tapi Riz rasa macam dah lama kenal Ati. Riz selesa berbual dengan Ati.....Riz suka bersama Ati..." terdiam seketika. Dia memandang tepat ke mata Atirah. dia ingin melihat riaksi Atirah. "Riz...sentiasa rindu pada Ati...Riz rasa Riz dah jatuh cinta pada Ati." Hariz merasakan jantungnya berdegup sangat kuat. "Sudikah Ati Jadi teman Riz?" Bergitu berdebar jantungnya untuk menghabiskan ayat terakhir ini. Hariz memandang wajah Atirah menanti jawapan daripada gadis itu.

Suasana sepi, hanya muzik romantis yang dimainkan dalam restoran itu kedengaran. Atirah masih memandang tepat wajah Hariz. Dia rasakan dirinya seperti bermimpi apabila dia mendengar luahan Hariz.

Terjawab sudah persoalan hati Atirah. Hariz juga sukakan dirinya. Dia tidak bertepuk sebelah tangan. Melihat wajah Hariz yang serius memandang dirinya, Atirah ingin menjawab dia sudi. Namun dia merasakan tiada suara yang keluar dari mulutnya. Hariz gelisah ingin tahu jawapan daripada Atirah. Akhirnya Atirah mengangukkan kepalanya dengan senyuman dibibir. Hariz tersenyum lebar melihat anggukan kepala Aritah.

"Ati sudi?" Soal Hariz untuk kepastian.

Atirah mengangukkan kepalanya sekali lagi. Senyuman dibibirnya semakin mekar. Mata Hariz seperti bercahaya, senyum dibibirnya bertukar kepada ketawa kecil. Dia kelihatan sangat gembira. Kelakuan Hariz turut mengundang ketawa kecil Atirah.

Selesai satu bab....okay, next step, bagi tau Ati siapa aku yang sebenar....Hariz ingin menjelaskan segalanya pada Atiraha dia tidak ingin terus menipu Atirah.

.......


PERTIMBANGAN PENCIPTA
ina85 ina85

sorry lambat update...sibuk sikit

next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C17
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk