Keesokkan harinya,Alya sedang menunggu pakciknya untuk pulang ke rumah.Manakala Izham pula yang berada di rumah menunggu arwah isterinya pulang tetapi sudah bertahun-tahun arwah isterinya tidak pernah munculkan dirinya lagi.Walaupun dia tahu bahawa isterinya tidak akan muncul lagi tetapi dia tetap menunggu setiap hari.
Apabila Alya pulang dari sekolah,Alya terus menuju ke ayahnya untuk bertanya tentang lukisan yang dia lukiskan semasa di sekolah tadi.
"Ayah,cantik tak Alya lukis?Ini Lukisan untuk ayah."Tanya Alya.
Lalu Izham mengabaikan anaknya dan terus pergi daripada Alya.Apabila Alya diabaikan oleh ayahnya,maka dia terus berlari ke arah neneknya dan bertanya dengan sedih.
"Nenek,sampai bila ayah nak jadi macam tu?Alya dah tak tahan lagi asyik diabaikan oleh ayah sendiri.Sedangkan ayah orang lain elok je layan anak mereka dengan baik."Kata Alya dengan sedih.
"Alya kena banyak bersabar ya sayang.Nanti ayah sihat lah tu."Kata Syarifah yang ingin menenangkan cucunya yang sedang sedih itu.