Unduh Aplikasi
78.08% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 228: Bab 228

Bab 228: Bab 228

Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya tahu dia akan memberontak."

Li Ce bercakap dengan dirinya sendiri. Chu Qiao tidak menjawab. Wanita itu tahu pada masa ini lelaki itu tidak memerlukan sebarang balasan dan hanya mahu wanita itu mendengar dengan senyap. "Saya tunggu dia untuk bertahun-tahun dan saya berharap dia tidak akan memberontak pada akhirnya."

Li Ce menuang secawan wain sambil tersenyum dalam kehinaan dirinya sebelum melihat ke arah Chu Qiao. "Awak tahu? Sejak kecil, Li Luo tak pandai macam saya. Dia lemah daripada saya dari segi perancangan strategik dan strategi ketenteraan. Satu-satunya perkara yang dia lebih baik daripada saya ialah puisi. Dia cakap bila dia dah besar, dia ingin menjadi seorang cendekiawan yang dikenali di seluruh dunia dan mahu mencari tempat yang cantik untuk membuka sebuah sekolah. Dia bermimpi untuk menulis buku mengenai seluruh Benua Meng Barat."

Li Ce yang sedang mengerutkan dahinya itu diterangi dengan cahaya bulan yang menembusi ke dalam bilik melalui langsir. Dengan senyap dia menyambung, "Dia tak tahu yang semenjak saya menjadi putera mahkota, saya dah membina sebuah perpustakaan di Anqing untuknya. Namun, disebabkan oleh kematian Fu'er, saya kehilangan peluang untuk memberitahunya mengenai hal ini." Keningnya tiba-tiba bertaut dan dalam nada suaranya, seseorang boleh mengetahui dia berasa sangat benci terhadap perkara itu. Dia menekan kata-katanya, "Kenapa dia mesti memberontak?"

Cawan wain itu pecah terbelah dua. Kepingan jed yang tajam lantas menusuk ke dalam tapak tangannya lalu darah merah yang memercik keluar kelihatan seperti buah epal masam. Tiba-tiba, Chu Qiao teringat beberapa tahun yang lalu di mana seorang lelaki yang berpakaian hijau sedang berdiri di bawah pokok sycamore dengan tenang dan lembut. Dia memperkenalkan dirinya, "Saya Raja Luo."

Pada masa itu, di suatu sudut ingatan seseorang yang sudah berhabuk, masa bagaikan telah mengundur kembali ke saat tiga orang anak muda sedang berlari di dalam istana yang sunyi dan besar. Ketawa mereka terdengar seperti angin musim panas yang menghilang di sebalik kabus tebal yang menutupi istana terlarang itu dan mengejar keluar kegelapan politik di dalam istana.

"Fu'er, kita dah berjanji yang hari ini awak menjadi isteri saya, kan? Semalam dan hari sebelumnya selalu giliran dia. Hari ini giliran saya pula."

"Saya tak mahu!"

"Kenapa? Awak mesti pegang janji awak!"

"Saya tak mahu!"

"Hmph! Saya akan beritahu ayahanda saya dan kahwin dengan awak sekarang!"

"Saya tak mahu! Saya tak mahu!"

"Ah! Awak! Macam mana awak boleh gigit orang lain!"

"Cukup, kamu berdua patut berhenti membuat kecoh. Awak sepatutnya pergi ke bilik belajar dan belajar."

"Abang Luo, Putera Mahkota membuli saya."

"Abang? Awak patut panggil dia pakcik! Pakcik, Fu'er sakit dan dia selalu menggigit orang lain. Saya mahu pergi mencari doktor dan tak boleh pergi belajar hari ini."

….

Dalam kegelapan malam, kebahagiaan masa lalu semakin memudar di dalam lipatan kenangan seseorang dan hanya meninggalkan sebuah bayangan yang lembut. Dalam sinaran sejuk cahaya bulan, walaupun dengan cuaca yang panas terik sebegini, kesejukan yang dirasai sehingga ke tulang belakang telah menyebabkan bulu romanya meremang lalu menawarkan rasa lega daripada cuaca panas yang tidak menyelesakan.

Li Ce telah minum alkohol dengan terlalu banyak dan menyebabkan dia mabuk. Dia berjalan keluar dari pintu utama kediaman Mihe dengan tubuhnya yang lemah lalu perlahan-lahan menghilang di belakang pohon sycamore sambil diiringi dengan cahaya bulan. Chu Qiao yang sedang berdiri di tingkap melihatnya pergi dengan perasaan kosong seperti sebuah tasik berais yang retak. Apabila ia melibatkan pergelutan kuasa, sejarah lalu sentiasa akan menjadi kejam. Jika sebelah pihak tidak mati, seseorang tidak akan berasa senang. Samalah seperti hubungan antara Yan Bei dan Empayar Xia yang mustahil untuk berbaik.

Tiba-tiba dia teringatkan Yan Xun dan perasaannya apabila lelaki itu membunuh Encik Wu dan yang lain. Mungkin keadaan mereka kini berbeza tetapi pada akhirnya, kedua-dua konflik telah timbul disebabkan pertempuran untuk meraih kuasa. Jika Li Ce bersedih atas kematian Raja Luo, adakah Yan Xun akan berasa menyesal dengan perbuatannya suatu hari nanti?

Tangisan kesedihan yang Huanhuan berikan sebelum kematiannya telah bercampur-baur dengan tangisan kematian yang diberikan Pasukan Tentera Xishuo. Bunyi bingit itu telah menyebabkan fikirannya menjadi kacau-bilai. Ketika bangunan pencakar langit kekuasaan itu dibina, akhirnya hanya akan ada seorang yang tiba di puncaknya. Sebelum kejadian itu berlaku, ribuan orang akan tumpas, sekaligus menjadi batu loncatan untuk kejayaan orang lain.

Di tepi meja itu terdapat beberapa titisan cecair jernih yang tidak mengeluarkan bau alkohol, bercahaya apabila memantulkan sinaran bulan.

"Ada dua barisan loceng yang dah berhabuk di atas sana. Cik, kalau awak ada masa, boleh tak awak minta orang-orang gaji awak bersihkannya. Bunyi loceng itu memang menenangkan," Sebuah suara yang tenang bergema di belakang kepalanya.

Chu Qiao menuju ke hadapan dan menghulurkan tangannya untuk menyentuh loceng itu namun tali yang memegang loceng tersebut lantas terputus. Perhiasan itu jatuh ke dalam kolam lalu menghasilkan percikan dan diikuti gelombang ombak kecil.

20 Ogos Tahun 780 di Pergunungan Mei, Li Luo dikalahkan dan mati di Sungai Hanshui. Pada tahun yang sama di awal September, tiga orang putera dan dua orang puteri Li Luo telah dipenggal di Gunung Mei dan 21 orang jeneral Li Luo mati dibunuh. Jeneral Xu Su secara peribadinya telah mengawasi pelaksanaan hukuman tersebut dan dengan arahannya, berpuluh-puluh nyawa telah terkorban dalam sekelip mata.

Pada hari Mei Xiang masuk, ada beberapa kelopak bunga putih di atas pakaiannya. Qiu Sui lantas memanggil wanita itu beberapa kali sebelum dia menjawab dan menggumam, "Saya dengar gundik Raja Luo iaitu Cik Puan Xu telah dijumpai."

Cik Puan Xu? Kakak Xu Su, Xu Peining?

Qiu Sui mengusap dadanya sendiri dalam kelegaan. "Akhirnya mereka menjumpainya. Saya dengar Jeneral Xu Su kehilangan ibu bapanya semasa dia masih muda dan dia sangat sayangkan kakaknya. Kini, setelah mencapai kejayaan besar untuk Tuanku, memang sedih kalau Cik Puan Xu juga terlibat dalam hal ini."

Mei Xiang mengerutkan dahinya sedikit dan pandangannya kelihatan seperti sebuah lantera yang diliputi dengan kabus tebal. Cahaya dari lilin yang setebal lengan orang itu bersinar di wajahnya lalu mendedahkan kulitnya yang pucat. Dia merendahkan suaranya menjadi kecil, "Saya dengar dia dijumpai di Gunung Luofu. Dia digantung di pokok mati dan kedua-dua kakinya dimakan oleh serigala liar." Mendengarkan itu, Qiu Sui menjerit dan bertukar menjadi putih seperti sehelai kertas.

Hati Chu Qiao juga tenggelam apabila kesejukan melanda hatinya. Seperti asap yang dihasilkan oleh kemenyan, kesejukan itu berpusing dan berterusan.

Dalam kesejukan malam itu, majlis tarian bermula di Istana Rou Fu. Cik Puan Zi Ming telah dicalonkan sebagai Gundik Rou dan menjadi wanita yang paling berkuasa di dalam harem Li Ce. Beberapa hari yang lalu, dia telah disahkan mengandung oleh doktor dan dalam masa beberapa hari lagi, dia akan berpindah ke vila maharaja yang mempunyai persekitaran yang sesuai untuk bayi tersebut.

Pada malam yang terasa panjang, orang ramai diselubungi dengan rasa ketakutan yang nampaknya tidak akan berakhir.

Dengan itu, setengah bulan sudah pun berlalu pergi dan musim luruh tiba. Selepas hujan, cuaca menjadi sejuk dan tenang. Bunga teratai mula layu. Tasik itu dipenuhi dengan daun teratai yang berwarna hitam. Kini, tiada siapa lagi di Istana Jinwu yang berminat untuk menyalurkan mata air panas untuk memastikan bunga teratai itu kembang lebih lama.

Selepas pergolakan tersebut tamat, rumah penginapan Chu Qiao juga turut musnah dalam api semasa peperangan oleh disebabkan lokasi Bandar Xuefu yang terletak agak berdekatan dengan Gunung Mei. Mei Xiang, Jingjing dan yang lain tidak dapat menahan daripada rasa kecewa. Li Ce cakap tidak mustahil untuk membina semula semua tetapi Chu Qiao sudah tidak berminat lagi. Lagipun, dia tidak akan tinggal di Meng Barat untuk masa yang lama lagi.

Kini, Chu Qiao tinggal di Istana Jinwu. Dia memandang matahari terbenam dari sisi tingkap yang lain sambil menunggu munculnya hari baru dengan penuh kesabaran. Dia jarang melihat Li Ce. Sejak kejadian yang melibatkan Raja Luo, walaupun Empayar Tang mengalami banyak kerugian dari segi kekuatan ketenteraan, dengan kemusnahan pihak lawan dan selepas mengaut kekayaan suku kaum Barat Daya, perbendaharaannya telah menjadi lebih kaya daripada sebelum ini. Perwatakan Li Ce tiba-tiba telah berubah dan dia serta-merta telah menjadi sibuk. Dia kelihatan jarang hadir dalam jamuan di harem.

Masa berlalu dengan cepat pada musim luruh. Dua bulan kemudian, Chu Qiao bangun dan membuka tingkap untuk melihat lapisan salji yang nipis dan pokok sycamore di luar itu sudah pun kelihatan putih. Sudah lama sejak mereka melihat salji. Mei Xiang dan yang lain berasa agak gembira. Jingjing juga membawa beberapa orang pelayan wanita untuk bermain bersamanya di luar. Mereka kelihatan begitu comel dalam mantel berwarna merah yang dipakai.

Surat dari Zhuge Yue telah sampai. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, disebabkan oleh perang saudara dalam Empayar Tang, tekanan yang diberikan oleh Empayar Tang kepada Empayar Xia telah banyak dikurangkan yang membuatkan Zhao Yang sempat mengambil nafas. Bulan lepas, Zhao Yang telah mengambil kesempatan menggunakan alasan untuk menjalankan latihan ketenteraan dan membawa Pasukan Tentera Selatan ke garison perkhemahan Barat yang hanya 15 kilometer dari Bandar Zhen Huang. Zhao Ce telah keluar dan tidak berada dalam ibu negara. Zhuge Yue dengan pantas membawa 5000 orang pengawalnya dari Qinghai dan berdiri di hadapan Zhao Yang. Kebuntuan itu berlangsung hampir enam jam ketika kedua-dua pihak hanya menatap satu sama lain. Jika Wei Shuye tidak datang, kemungkinan besar pertempuran akan berlaku.

Namun, pertengkaran ini langsung tidak dinyatakan di dalam suratnya. Chu Qiao hanya mendengar kejadian ini daripada para pengawal yang mengikuti Tie You. Apabila dia memikirkan mengenai risiko untuk berhadapan dengan 30,000 tentera dengan hanya 5000 orang askar, dia hanya boleh merasakan yang bulu romanya meremang.

Empayar Xia tidak mempunyai banyak masa lagi dan selama dua bulan, pemuda itu langsung tidak hadir ke dewan persidangan. Perebutan kuasa dalam Empayar Xia telah mula mencapai klimaks. Sekali seseorang itu tidak berhati-hati, mereka pasti akan menghadapi risiko kemusnahan sepenuhnya. Pada masa lapang, Chu Qiao akan pergi ke kuil untuk mula menyalin Pinganjing dan Lanzhijing. Pertamanya, bolehlah dia membunuh masa yang terluang tanpa berbuat apa-apa dan keduanya, dengan menyalin kitab suci ini, dia dapat menenangkan hatinya dan yang ketiga, dia mempunyai seseorang di dalam hatinya yang dia inginkan diberkati dengan perlindungan.

Asap setanggi yang berlegar di ruang udara itu lama-kelamaan menjadi selapisan kabus nipis yang membuatkan Chu Qiao tiba-tiba teringatkan Maharani Tang yang hanya baru sekali berjumpa dengannya. Selepas dia terjaga daripada tidurnya pada hari itu, dia dapat melihat wanita tersebut yang sedang memandangnya lembut dan dengan tenang, Chu Qiao diarahkan untuk menasihati Li Ce untuk tidak memusnahkan kuil itu.

Pada masa itu, Putera Tang masih lagi seorang Putera Mahkota yang melakukan sesuatu perkara berdasarkan keinginannya namun kini dia seorang Maharaja Tang yang boleh memerintahkan untuk membunuh ramai orang dan juga memulakan sebuah peperangan. Qui Sui juga telah dilantik sebagai penyelia kediaman Mihe. Gadis muda ini telah menyaksikan segala kejayaan dan kegelapan sepanjang zaman kanak-kanaknya ketika dia membesar di dalam istana ini. Dia memandang Chu Qiao dalam kekeliruan sambil mengerutkan keningnya dan bertanya, "Setelah melihat Cik Puan Chu kali ini, saya rasa Cik Puan berbeza dari sebelum ini, seolah-olah Cik Puan mempunyai sesuatu yang lebih."

Chu Qiao mengangkat keningnya dan bertanya, "Oh? Apa yang saya ada sekarang?"

Qui Sui tersenyum sambil menyikat rambut Chu Qiao dengan menggunakan sikat yang diperbuat daripada tanduk lembu lalu menjelaskan, "Kali terakhir Cik Puan pulang dari Yan Bei, Cik Puan nampak seperti bunga teratai yang layu di hujung musim panas. Sekarang, Cik uan kelihatan seperti bunga teratai yang baru saja melepasi musim sejuk."

"Betul ke?" Chu Qiao memusingkan kepalanya sambil jari-jemarinya mengusap lembut rambutnya yang tebal. Ekspresi mukanya seperti pokok-pokok yang berdiri di tepi sungai selepas musim sejuk. Ketajaman matanya sudah hilang seolah-olah menjadi seorang askar selama berdekad-dekad itu hanyalah sebuah mimpi sahaja. Semasa tinggal di Istana Jinwu, dia hanya menunggu dengan sabar dengan masa yang berlalu, memberikannya kesempatan untuk berada dalam ketenangan.

Hujung tahun itu, dia telah berjumpa dengan He Xiao. Dalam kesejukan musim sejuk, wanita itu telah memakai sehali mantel bulu berwarna putih keperakan sambil berjalan-jalan di Astaka Baizhe bersama Mei Xiang. Dia telah bertembung dengan He Xiao yang baru saja keluar dari Istana Yixin.

He Xiao telah dilantik sebagai mejar di Kem Selatan Empayar Tang dan merupakan pegawai pangkat ketiga yang dilantik khas oleh Li Ce. Walaupun ini sebuah harem, dia masih boleh keluar masuk secara bebas.

Sejak berpisah dengan Chu Qiao dalam pertempuran itu, ini kali pertama mereka berjumpa. Kedua-dua mereka berasa kekok. Bibir He Xiao menggigil ketika dia mahu memanggil wanita itu sebagai "Cik Puan", tetapi kata-katanya terhenti di mulutnya lalu dia memanggil, "Cik Puan Chu". Chu Qiao melambaikan tangannya sebagai isyarat yang para pembantunya itu boleh bersurai dan hanya ditemani oleh Mei Xiang, dia menuju ke Astaka Baizhe.

He Xiao yang sedang memakai pakaian seragam berwarna hijau itu kelihatan sangat tegap dan kacak serta mempunyai aura tertentu yang hanya boleh dirasai selepas mengalami banyak suka duka kehidupan. Mei Xiang berdiri di luar astaka dan ketika angin bertiup, mantel Chu Qiao terkepak-kepak seperti asap yang menghembus ke udara. Dia tidak banyak bercakap dan hanya berdiri menghadap angin. Astaka itu tinggi dan di bawahnya terdapat air yang mengalir dari Kolam Tai Qing yang sedang berbuat bunyi percikan. Suara He Xiao tenang dan tegas kedengaran dari belakang, sunyi dan tenang.

"Angin di sini agak liar, ia mungkin tak baik untuk kesihatan Cik Puan. Lebih baik kalau Cik Puan pulang berehat."

"Bukankah angin di Yan Bei lagi liar?" Chu Qiao berpaling dengan muka yang tenang namun anak matanya kelihatan seperti sedang diselubungi sesuatu yang menyebabkan orang lain susah untuk membaca emosinya. Dia terus bertanya, "He Xiao, kamu salahkan saya ke?"


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C228
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk