Di dalam kelas 4 Efisien
"Kelas hari ini kita ada murid baru yang berasal dari Kedah dan berpindah ke Kuala Lumpur kerana mengikuti ayahnya yang telah dinaikan pangkat di tempat kerjanya." Beritahu Cikgu Kamaruddin iaitu guru tingkatan kepada tingkatan itu.
"Wooooah" para pelajar di dalam kelas itu menyambut kehadirannya dengan begitu gembira sekali.
"Sila perkenalkan diri kamu kepada rakan-rakan baru kamu." Arah Cikgu Kamaruddin kepada pelajar baru itu.
Namun pelajar baru itu hanya mendiamkan diri dan melihat ke lantai.
"Buuuuuuu" para pelajar di dalam kelas 4 Efisien itu mengejeknya. "Diam²" Cikgu Kamaruddin menghentikan sesi ejekan itu.
"Sila perkenalkan diri kamu kepada kelas." Arah Cikgu Kamaruddin. Namun sama seperti tadi pelajar baru itu hanya mendiamkan diri dan tidak bergerak walaupun seinci.
"Kamu tak nak perkenalkan diri ke??" Tanya Cikgu Kamaruddin kepada pelajar baru itu dan disambut dengan gelengan daripada pelajar baru itu.
"Okey... Kamu boleh duduk di meja kosong yang kamu suka." Arah Cikgu Kamaruddin kepada pelajar baru itu.
Pelajar itu kemudiannya berjalan menuju ke arah meja kosong yang berada di belakang kelas dan ditepi tingkap lalu duduk di atas meja itu. Di depannya terdapat seorang pelajar lelaki yang memakai kaca mata dan tampil dengan pakaian yang kemas dan serta bersih. Di tepi kanan lelaki itu terdapat seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur.
"Nama dia Nur Myra Qaisara . Kamu boleh panggil dia Myra. Myra pindah ke sini atas sebab kerja ayahnya. Cikgu harap kamu dapat berbaik dan memberi tunjuk ajar kepada Myra, boleh?" Beritahu Cikgu Kamaruddin.
"Boleh cikgu." Jawab semua murid yang berada di kelas 4 Efisien serentak.
Setelah itu Cikgu Kamaruddin mengajar murid-murid itu subjek yang diajarnya iaitu subjek matematik.
Selesai sahaja kelas matematik, Cikgu Hana atau Teacher Hana memasuki kelas 4 Efisien. Beliau mengajar subjek bahasa Inggeris, tambahan pula Teacher Hana ingin membuat latihan membaca di dalam bahasa Inggeris secara mengejut.
Beliau memanggil seorang demi seorang pelajar ke hadapan mejanya.
"Myra. Your turn" Panggil Teacher Hana di dalam bahasa Inggeris.
Myra berjalan perlahan-lahan ke arah Teacher Hana lalu duduk di hadapannya.
________________________
"Read it." Ujar Teacher Hana sambil menunjuk ke arah buku karangan bahasa Inggeris yang berada di hadapan Myra.
Seminit.....Dua minit....... Tiga minit...... Empat minit....... Lima minit......
"Read it." Ujar Teacher Hana lagi. Ayuni pula hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa membuka mulut walaupun seinci.
"Can you read it??" Soal Teacher Hana. Myra hanya menggelengkan kepalanya sahaja menandakan bahawa dia tidak akan baca.
"Okeyyyy....... You can go to your seat now but next time I want you to read it, okey??" Soal Teacher Hana dengan lemah-lembut kerana dia tidak mahu Myra takut akannya. Myra hanya membiarkan soalan Teacher Hana hilang dibawa angin lalu berjalan menuju ke arah mejanya. Teacher Hana pula keluar dari kelas apabila kedengaran pengumuman bahwa semua guru mata pelajaran bahasa Inggeris perlu datang ke bilik mesyuarat untuk berbincang tentang ujian Penilaian Tingkatan Tiga(PT3).
Di dalam perjalanan ke meja, Myra terjatuh apabila kakinya tersadung dengan kaki Maya iaitu ketua group pembuli di sekolah itu. Perbuatannya itu disambut oleh hilai tawa daripada pengikut-pengikutnya diikuti dengan cacian dan makian. Myra hanya menadah telinganya tanpa melakukan apa-apa kerana dia tidak berani dan dia tidak mampu.
Tiba-tiba muncul seorang lelaki di hadapan Myra, lalu membantu Myra untuk berdiri. Setelah Myra dapat berdiri dengan stabil lelaki itu keluar daripada kelas 4 Efisien sambil melemparkan senyuman ke arah Myra yang hanya menundukkan kepalanya sahaja. Murid-murid kelas 4 Efisien hanya mendiamkan diri sahaja sehinggalah loceng yang menandakan masa rehat berbunyi.
Maya dan pengikut-pengikutnya keluar dari kelas lalu pergi ke kematian untuk membeli makanan manakala Myra makan bekal makanan yang dibawanya dari rumah.
"Mari lah makan dengan kami." Ajak seorang budak perempuan di dalam kelas itu yang berasa kasihan akan nasib Myra namun dibantah oleh rakannya yang lain.
"Jangan ajak dia. Nanti dia akan ikut kita, last-last kita jugak yang kena buli." Bantah rakannya.
Myra yang faham akan situasi itu hanya membiarkan sahaja lalu membuka bekal makanannya dan makan dengan selera. Di saat suapan kelima dia telah dikacau oleh Maya dan pengikutnya.
Zira mengambil air minuman Myra lalu menuangkannya ke dalam bekal makanan Myra yang masih lagi mempunyai banyak makanan. Myra hanya membiarkan sahaja dan berharap agar murid di kelas itu akan membantunya. Namun harapannya itu hanya sia-sia kerana tiada sesiapa pun yang membantunya.
Kemudian Sara mengambil nasi yang sudah menjadi bubur itu lalu menyumbatnya ke dalam mulut Myra. Myra dapat menolak tangan Sara untuk suapan yang pertama tetapi tidak untuk suapan ke dua kerana Zira dan Sya memegang tangannya manakala Mai memegang kepala Myra, Maya pula mengambil video Myra dibuli dengan menggunakan phonenya.
Tanpa membuang masa Sara menyumbat nasi bubur itu ke dalam mulut Myra lalu menekup mulut Myra dan melepaskannya setelah Myra telah menelan nasi itu. Myra hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja kerana tangan dia sudah di pegang dan tidak mampu untuk bergerak.
Kemudian Sara mengambil bekal makanan Myra lalu membuangnya ke atas kepala Myra. Badan Myra dipenuhi oleh nasi dan air. Bajunya yang berwarna putih bertukar menjadi merah jambu kerana terkena air minuman Myra.
Myra yang tidak mampu bertahan lagi berlari keluar daripada kelas sambil menangis. Semua pelajar yang melihatnya hanya membiarkan dirinya sahaja tanpa menanya apa-apa.
Myra yang tiada arah tuju hanya berlari sahaja, kemudian berhenti di hadapan tandas lelaki lalu memasukinya kerana dia takut kumpulan pembuli itu akan menjumpainya jika dia bersembunyi di dalam tandas perempuan. Tambahan pula, pada masa itu semua murid sudah memasuki kelas jadi tiada orang yang nampak perbuatan Myra itu. Dia memasuki tandas kelima dari pintu kemudian menangis sepuas-puasnya tanpa mengeluarkan suara. Myra tertidur di dalam tandas itu akibat kepenatan menangis.