Unduh Aplikasi
50% Hanya si Dia / Chapter 10: Bab 10

Bab 10: Bab 10

Afif menghampiri isterinya yang duduk di atas buaian. Wanie masih pandang suaminya, dia perlu dengar semuanya dari mulut Afif dan dia perlu kuat terima semua ni.

"Mengapa sayang tanya abang macam tu?" Afif memandang isterinya, dia 'bercanggung' di hadapan isterinya dan di pandang wajah isterinya yang baru mengalir air mata.

"Supaya Wanie tahu.. Wanie siapa untuk abang."

"Wanie isteri abang." Jawab Afif laju. Wanie pandang wajah suaminya sayu.

"Isteri abang?" Tanya Wanie kepastian. Afif mengangguk dan menjawab soalannya.

"Ya. Sayang isteri abang." Wanie masih memandang wajah Afif.

"Isteri abang?" Tanya Wanie lagi. Afif diam. Dia pandang wajah isterinya lama. Tiada jawapan yang dia boleh kata melainkan dengan perkataan 'ya. Isteri abang' hanya itu sahajalah dia tahu.

"Isteri abang?" Tanya Wanie lagi. Dia masih memandang Afif lama. Afif pegang tangan isterinya dan menatap lama wajah bersih isterinya.

"Sayang isteri abang dan sayang.." Tidak sempat Afif habiskan ayatnya. Wanie mendahului.

"Bahan abang melepaskan geram." Jawabnya tenang, dia pandang anak mata Afif lama. Afif terdiam, sungguh dia tidak fikirkan itu. Afif membalas pandangan Wanie. Di genggam erat kedua tangan isterinya. Dia tiada ayat untuk balas kata isterinya tadi. Dia tidak menafikan, memang jelas itu yang dia lakukan kepada isterinya. Ya! Dia tidak cintakan Wanie, dia cintakan Illa yang berada dalam rumahnya yang duduk bersama keluarganya yang sudah jadi isteri keduanya.

Dia kahwin dengan Wanie di sebabkan tak sanggup melihat gadis itu kahwin dengan lelaki tua padanya. Dia pun tidak terfikir dengan ayat yang akan kahwin dengan Nura Azwanie. Dia pun tidak tahu, Aiman ada sepupu yang bernama Nura Azwanie. Semasa dia datang rumah atok Aiman, tiada pula kelibat Wanie di situ. Afif memandang wajah Wanie.

"Sayang.. Lusa dah nak raya.. Sayang jangan macam ni. Abang nak sayang senyum masa hari raya nanti." Afif menukar topik. Wanie memandang Afif lama.

"Kenapa abang nak Wanie senyum?" Tanya Wanie apabila Afif mahu lihat dia tersenyum. Afif senyum dan di usap lembut pipi isterinya.

"Sebab abang rindu dengan senyuman semanis sayang ni." Afif cubit perlahan pipi Wanie sambil di gigit giginya apabila mencubit pipi Wanie.

"Kenapa abang nak rindu dengan senyuman Wanie? Lagipun abang tahukan abang yang hapuskan senyuman Wanie." Afif terdiam lagi. Dia tak tahu balas kata-kata isterinya.

"Abang.. Wanie minta satu perkara ja dari abang." Afif terus pandang wajah isterinya. Di genggam erat tangan isterinya.

"Apa?" Jawab Afif teruja. Wanie masih tidak senyum.

"Izinkan Wanie menanggih kasih sayang abang?" Wanie memandang Afif sayu. Afif senyum mendengar kata-kata isterinya. Afif senyum kepada isterinya, di bawa Wanie dalam pelukannya. Dia menganggukkan kepalanya banyak kali sambil di usap perlahan belakang isterinya. Wanie membalas pelukan Afif, dia rapatkan pelukannya dengan Afif. Izinkan dia bersama suaminya lagi Ya Allah.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie masuk dalam rumah, sementara dia ingin masuk dalam bilik dia dan Afif, Illa bawa keluarkan beg bagasinya dan di letak di hadapan Wanie. Illa senyum puas.

"Ini barang you. I dah bawa keluar semua barang you dan dah lipat elok-elok baju you dalam beg bagasi ni. I dah tanya ummi bilik kosong, dan ya. Bilik you di sebelah ruang dapur. I masuk dulu, mengantuk!" Illa masuk dalam bilik dan kunci biliknya. Wanie yang masih berdiri di hadapan pintu memandang beg bagasinya. Dan juga hpnya di atas beg bagasinya.

Wanie menuju ke bilik tersebut, terkunci. Tetiba Puan Fatimah datang ke arahnya.

"Ini Illa ummi bawa kunci bilik dan bilik..." Puan Fatimah diam seketika melihat Wanie dan dengan beg bagasi sekali.

"Eh. Wanie buat apa ni? Dengan beg bagai?" Puan Fatimah pelik. Wanie hanya senyum nipis.

"Wanie yang akan duduk bilik ni ummi." Jawab Wanie sambil senyum manis kepada Puan Fatimah. Puan Fatimah diam seketika.

"Fif tahu?" Tanya Puan Fatimah risau. Kalau menantunya tidak beritahu Afif, mesti Afif akan naik angin.

"Tak apa abang Fif tak kisah. Kan isterinya ada dalam biliknya, lagipun abang Fif mesti faham. Ummi jangan risau ok. Meh kunci tu, Wanie nak kemas bilik ni." Wanie menghulurkan tangannya, Puan Fatimah teragak-agak nak beri kunci kepada menantunya.

"Kalau Fif.."

"Ummi.. Yang pukuknya Wanie. Ummi jangan risaulah." Wanie senyum kepada Puan Fatimah. Puan Fatimah diam sambil di pandang Wanie lama. Ira mengejutkan Puan Fatimah yang memandang lama wajah menantunya.

"Kak buat apa dekat sini?" Tanya Ira pula. Wanie hanya senyum dan mengambil kunci di tangan Puan Fatimah. Puan Fatimah memandang kunci yang sudah beralih tangan.

"Abang Fif tahu tak ni kak?" Tanya Ira pula. Wanie hanya diam dan membuka pintu bilik barunya. Dia memandang wajah dua anak beranak itu.

"Abang Fif tak akan pukul kakak. Ira dengan ummi jangan risau." Wanie senyum kepada Ira dan Puan Fatimah.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif menuju ke arah biliknya dan berkunci. Dia pelik, selalunya Wanie tak akan kunci biliknya kalau tak di suruh. Afif mengetuk pintu biliknya perlahan dan pintu terbuka. Afif yang senyum apabila pintunya di kuak dan menunggu ketibaan Wanie, tapi wajah Illa yang dia nampak terus hilang senyumannya. Di pandang wajah Illa yang baru bangun dari tidur.

"Mana Wanie?" Tanya Afif kepada isterinya yang masih mamai.

"Bilik lain." Kata Illa sambil mencapai tangan kanan suaminya untuk bersalam. Afif yang dengar jawapan Illa di pandang Illa yang salam tangannya tajam.

"Bilik mana!" Jerkahan dari Afif mengejutkan Illa yang salam tangan suaminya. Dia langsung tak pernah lihat Afif macam ini. Selalunya tak akan cakap sekeras ini. Illa seperti tergagap-gagap ingin menjawab.

"Bi-bi-bilik.."

"Bilik mana!" Sekali lagi Afif jerit geram. Di pandang wajah Illa geram.

"Se-sebelah da-dap-pur." Jawab Illa tergagap-gagap. Afif yang dengar di beri beg kerjanya kepada Illa dan berjalan menuju ke bilik yang di sebut Illa tadi. Tali lehernya di longgarnya. Illa yang terketar-ketar meletak beg kerja suaminyadalam bilik dan mengikut langkah Afif.

"Fif.. Fif. Sabar nak.. Wanie tak berniat." Puan Fatimah menghalang jalan Afif.

"Afif ok. Fif nak jumpa isteri Fif." balasnya lembut.

"Jangan pukul dia lagi Fif." Puan Fatimah merayu kepada Afif. Illa yang dengar kata Puan Fatimah terdiam. Terkejutnya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mak mertuanya. Afif senyum kepada Puan Fatimah, kakinya melangkah kepada bilik Wanie. Di buka pintu bilik Wanie yang tidak berkunci. Dia senyum sinis.

"Sayang.." Panggil Afif sebelum masuk dalam bilik Wanie. Puan Fatimah dan Illa memandang sesama sendiri sebelum melihat pintu bilik Wanie semula. Mereka mendengar suara tempikan Afif dan suara Wanie merayu. Puan Fatimah berlari anak menuju ke pintu bilik Wanie dan cuba mengetuk pintu dan membuka pintu bilik tersebut. Tapi kunci, Puan Fatimah mampu menangis di sebalik pintu sambil di ketuk pintu tersebut. Illa sudah terduduk di tempat yang dia berdiri tadi sambil di cekup mulutnya. Sungguh dia terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ni. Dia turut menangis mendengar rayuan Wanie dan suara tanggisan Puan Fatimah.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C10
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk