Unduh Aplikasi
1.61% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 16: Tiada Soalan Yang Tidak Boleh Dia Selesaikan

Bab 16: Tiada Soalan Yang Tidak Boleh Dia Selesaikan

Editor: EndlessFantasy Translation

Xinghe merenung kosong ke udara.

Cahaya di matanya kelihatan malap saat dia berkata, "Saya rasa sungguh tak berguna."

"Huh?" Xia Zhi keliru cuba memahaminya.

"Selepas kehilangan memori, saya menjadi sangat tak berguna, rasanya macam saya terasing daripada kenyataan." Sekarang apabila dia berfikir balik, enam tahun lepas bagaikan satu mimpi yang panjang.

Dia tidak menyangka begitu lah keadaan kehilangan memori.

Otaknya seperti telah dikosongkan, apa yang tinggal hanyalah rangka yang kosong.

Dia selalu gagal dalam kerja rumah harian dan dia seakan-akan tidak sedar dengan dunia di sekelilingnya.

Jika dia cuba menggambarkan enam tahunnya itu dengan satu perkataan, perkataan itu ialah 'sesat'.

Xia Zhi cuba mengingat semula keadaan enam tahun lepas sewaktu Xinghe baru berpindah bersama mereka. Dia akan cepat mengalah dengan hal-hal yang mudah. Malahan, Xinghe memerlukan keberanian yang besar hanya untuk mencari pekerjaan.

Proses itu sangat panjang dan sukar kerana dia perlu mengatasi tekanan psikologi yang besar dalam setiap langkah perjalanannya.

Dia juga bergelut untuk mengingati namanya sendiri apatah lagi pengetahuan komputer sainsnya. Dia umpama boneka yang kehilangan isinya.

Takut dia teringat kisah silam yang kelam, Xia Zhi terus menukar topik perbualan, "Kak, maafkan saya sebab mengungkit masa lalu. Tapi sekarang ingatan kakak dah pulih, mari kita fokus pada masa depan. Dengan kemahiran kakak, saya yakin semuanya akan menjadi semakin baik daripada sekarang."

"Betul tu." Xinghe tersenyum dan kembali membaca.

Dalam masa yang singkat, dia dapat mengemaskini pengetahuannya tentang teknologi IT yang terkini.

Dengan bayaran projek dalam akaun Xia Zhi, Xinghe tidak lagi bergegas untuk keluar dari hospital.

Xinghe seorang yang pintar berbelanja, dia cuma akan menggunakan duit untuk sesuatu yang berbaloi sahaja.

Dia perlukan badan yang sihat sepenuhnya sebelum dia keluar dan menambah pendapatan. Duit boleh dicari tetapi kesihatan tidak boleh disia-siakan, itu pandangan Xinghe.

Xia Zhi tidak lama lagi akan tamat pengajiannya. Jadi dia hanya perlu berada di sekolah untuk raptai. Dia ingin berada di hospital menjaga Xinghe sambil membuat projek kecil-kecilan.

Dedikasi Xinghe untuk belajar menjadi inspirasi bagi Xia Zhi. Dia juga mengambil beberapa buku untuk dipelajari pada masa lapangnya dan jika ada benda yang dia tidak faham dia akan rujuk pada Xinghe.

Selepas dua hari begitu, Xia Zhi menyedari pengetahuan komputer sains Xinghe sudah pada tahap yang sempurna sepenuhnya.

Tiada persoalan yang dia tidak mampu selesaikan!

Daripada melemahkan semangatnya, perkara itu membuatkan Xia Zhi untuk mendorong dirinya lebih bersungguh-sungguh untuk mengejar kakaknya yang genius.

Sepanjang dua hari itu, Xinghe telah selesai membaca sepuluh buah buku rujukan.

Xinghe menggelengkan kepalanya dan mengeluh saat dia meletakkan buku yang terakhir. Dia kelihatan tidak berpuas hati.

"Kak, kenapa ni?" tanya Xia Zhi, "Ada yang tak kena dengan buku ni?"

"Tak lah, tak ada apa yang tak kena. Cuma semua buku ini untuk pelajar. Sekolah kamu tidak ada apa-apa yang untuk profesional?" Xinghe bertanya.

Xia Zhi mencemikkan bibirnya. "Bacaan ini semua dicadangkan oleh professor saya dan saya sendiri tidak faham sebahagian daripadanya. Kakak memang hebat."

"Dan pada akhirnya, ini hanyalah untuk bacaan dalam kelas, informasi di dalamnya terbatas pada yang asas sahaja. Ada tak tempat lain yang kamu boleh pinjam buku mengenai topik ini selain daripada sekolah kamu?"

Xia Zhi berfikir sebentar dan berkata, "Bagaimana dengan senior saya? Dia pengarah di sebuah syarikat IT, saya pasti dia ada fahaman yang setanding kakak."

"Bagus juga idea tu." Xinghe bersetuju.

"Baiklah, saya akan cari dia sekarang."

Xia Zhi tahu Xinghe tidak sabar untuk mendapatkan bahan bacaan baru jadi dia terus bertindak.

Dia menelefon seniornya, Tang Junting untuk menjelaskan niatnya. Junting setuju dan mengajak Xia Zhi berjumpa di syarikatnya.

Xia Zhi bergegas ke syarikat itu. Xia Zhi baru sahaja hendak meminta penyambut tetamu untuk memberitahu Junting akan kehadirannya ketika Junting sendiri melangkah keluar dari lif.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C16
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk