Unduh Aplikasi
4.53% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 45: Tentang Anak Kita

Bab 45: Tentang Anak Kita

Editor: EndlessFantasy Translation

"Betul lah. Dia tak luahkan tapi saya boleh nampak dalam hatinya."

"Kenapa kamu beritahu saya semua ini?"

"Tak lama lagi ulang tahun Lin Lin yang ke-4. Kalau kamu tak keberatan, saya nak kamu hadir majlis ulang tahunnya nanti. Saya sedar kita sudah bercerai tapi saya takkan halang kamu untuk jumpa anak kita."

Mubai memberitahu Xinghe perkara yang sama ketika mereka bercerai. Melalui kata-kata itu dan beberapa pemerhatian lain, Xinghe tahu Mubai akan menjadi bapa yang baik. Itu sebab utama dia percayakan Mubai untuk menjaga Xi Lin.

Beberapa tahun lepas, ada masanya Xinghe merasa begitu ingin berjumpa anaknya tetapi dia menghalang dirinya sendiri. Dia tidak sanggup Xi Lin melihat ibunya seorang yang tidak berguna.

Namun sekarang, semua sudah berubah.

"Baiklah." Xinghe menerima. Entah kenapa, Mubai berasa lega mendengar jawapan itu.

Dia menyangka Xinghe akan menolaknya lagi. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berharap untuk mendengar 'ya' daripada Xinghe.

Selepas itu, mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan.

Tidak lama kemudian, mereka sampai di hospital. Xinghe turun dari kereta dan terus ke pintu masuk, tanpa menoleh ke belakang. Mubai terus beredar setelah Xinghe hilang daripada pandangannya.

Dalam perjalanan ke wad pak ciknya, fikiran Xinghe cuma pada anaknya.

Dia masih boleh tetap tenang dengan mana-mana orang tapi apabila ia berkaitan anaknya, dia menjadi gementar…

Masihkah dia boleh mengenal ibunya?

"Kak, dah balik," Xia Zhi gembira menyambutnya.

Xia Zhi sedar dia semakin bergantung pada kakaknya beberapa hari ini. Dia tidak dapat duduk dengan tenang sejak kakaknya pergi tadi.

Tapi sekarang Xinghe sudah balik, dia kembali tenang.

"Ini untuk saya? Sedapnya bau." Kata Xia Zhi selepas mengambil beg daripada tangan Xinghe lalu menghidu bekas makanan yang masih hangat itu.

Xinghe mengangguk. "Ya, itu untuk kamu."

"Kakak dah makan?"

"Ya, sudah."

"Baguslah. Mesti kakak masak ini di rumah baru kita. Di mana tempatnya? Besarkah dan berapa sewa bulanannya?"

"Jangan bercakap sambil makan. Tentang rumah itu, nanti kamu lihat sendiri." Xinghe menegur Xia Zhi. Xinghe tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan. Jadi dia berdalih dan menambah, "Bagaimana keadaan pak cik?"

"Semakin baik, ayah baru makan ubatnya dan terus tidur…" Xia Zhi menjawab sambil menyuapkan lagi hirisan daging. Kelihatan kesyukuran di wajahnya apabila dia berkata, "Kak, sudah terlalu lama saya tak makan steak sesedap ini, saya boleh mati gembira sekarang ni…"

Sama juga dengan Xinghe, Xia Zhi terpaksa menjaga pemakanan kerana kewangan mereka yang terhad. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih dapat membesar hingga 180 sentimeter, tapi badannya cuma tulang tiada isi.

Xinghe memandangnya dan berkata dengan lembut, "Nanti, kamu boleh makan makanan itu bila-bila saja kamu nak."

"Baiklah."

Xia Zhi dapat merasakan perubahan hidup keluarga mereka. Ingatan kakaknya pulih. Dia pula akan tamat pengajian dan akan bekerja. Kesihatan ayahnya semakin baik dan paling mengejutkan, kakaknya seorang genius programming.

Beberapa hari lalu, takdir memihak kepada mereka.

Dia percaya hidup mereka cuma akan menjadi lebih baik daripada ini. Langkah seterusnya adalah untuk mengumpul duit untuk membeli rumah mereka sendiri, jadi mereka tidak perlu tinggal di rumah orang lagi.

Tanpa dia sedari, Xinghe sudah pun merealisasikan impiannya itu.

Seminggu selepas itu, Chengwu dibenarkan keluar dari hospital. Pemulihan selanjutnya akan dilakukan dari rumah sahaja.

Xinghe membawa mereka ke vila itu, rumah baru mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C45
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk