Unduh Aplikasi
8.36% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 83: Pencipta Sebenar

Bab 83: Pencipta Sebenar

Editor: EndlessFantasy Translation

Xia Zhi buntu memikirkan cara untuk menjatuhkan Chui Ming tidak kira betapa kuat dia berfikir.

Sekurang-kurangnya dia tahu dia tidak mampu.

"Kalaulah Xia Wushuang belum berkahwin," Xia Zhi mengeluh.

Pada akhirnya, sasaran mereka hanya pada Wu Rong dan Wushuang.

Chui Ming merupakan beban tambahan, beban yang berat.

Kehadirannya membuatkan ia lebih sukar untuk berhadapan dengan Wushuang dan ibunya.

Dengan kata lain, semuanya akan menjadi lebih mudah jika Wushuang tidak berkahwin dengan Chui Ming.

Tetapi, Xinghe tidak kisah dengan kehadiran Chui Ming. Hal ini kerana dia sudah mempunyai rancangan untuk menjatuhkan mereka semua. Menewaskan Chui Ming akan membantu seluruh dunia, kerana dunia akan kurang satu sampah.

"Zhi, jangan risau tentang itu. Saya tidak akan memulakan sesuatu yang saya tidak yakin. Percayalah pada saya. Saya akan tuntut segala hak milik kita dalam tempoh kurang dari sebulan."

Kenyataan Xinghe kedengaran boleh dipercayai.

Xia Zhi telah melalui banyak suka dan duka bersama kakaknya itu sejak memorinya pulih. Dia sangat mengetahui apa yang mampu dilakukan oleh kakaknya.

Dia percaya sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Xinghe.

"Kakak, saya percayakan Kakak! Tapi jangan lupa yang saya sedia untuk membantu. Gunakanlah saya bila-bila masa sahaja!" kata Xia Zhi sambil menepuk dadanya dengan gagah. Xinghe tidak mampu menahan ketawa melihatkan gelagatnya.

Bandar T merupakan bandar antarabangsa yang sibuk.

Jeti Utara ialah marina paling tua di bandar itu. Ia terletak di sebuah perkampungan nelayan.

Penduduk kampung ini kesemuanya terdiri daripada orang yang bekerja keras. Sumber utama pendapatan mereka ialah menangkap ikan. Ini merupakan pekerjaan yang memberikan bayaran yang sangat rendah dan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding daya fikir.

Xia Zhi berasa agak pelik kerana kakaknya datang ke tempat ini untuk mencari orang yang boleh membantu mereka menentang Chui Ming.

Xinghe bertanya, "Kamu pernah dengar tak cerita bagaimana Chui Ming menceburi bidang perniagaan internet?"

Chui Ming ialah seorang lelaki yang boleh mengendalikan bahagian perniagaan yang tidak melibatkan aspek teknikal. Tetapi dia langsung tidak mahir apabila ia melibatkan aspek kerja yang lebih rumit dalam syarikatnya.

Tambahan pula, Syarikat Chui tidak pernah terlibat dalam perniagaan internet sebelum ini. Sememangnya agak pelik apabila dia ingin menceburi bidang yang bukan kepakarannya.

Dalam isu ini, Xia Zhi telah melakukan kajiannya sendiri tentang perkara ini.

Dia terus menjawab, "Saya ada dengar beberapa khabar angin tentang itu. Ura-ura dalam internet mengatakan, Sekuriti Internet King Kong bukanlah ciptaan dia, tetapi ciptaan kawannya. Kamu tahu bukan Chui Ming ini orang yang jenis macam mana. Jadi, mereka mengatakan Chui Ming telah menikam kawannya dari belakang dan mengaku dia telah mencipta perisian itu sendiri. Tetapi, tidak ada bukti tentang semua ini."

Xinghe mengangguk, "Kamu memang betul 100 peratus. Saya sudah imbas melalui sejarah perisian semasa saya menggodam pangkalan data syarikatnya. Chui Ming memang mencuri perisian itu daripada kawannya."

Xia Zhi menunjukkan perasaan bencinya..

"Dia memang manusia yang sangat keji!"

"Sesuai sangat dengan Xia Wushuang, betul tak?" kata Xinghe dengan senyuman.

Xia Zhi ketawa terbahak-bahak.

" Kakak, adakah kita ke sini untuk mencari kawan Chui Ming yang malang itu?" Xia Zhi bertanya.

Sekali lagi, Xinghe mengangguk.

Orang yang Xinghe cari tinggal di Jeti Utara Kampung Nelayan. Sudah lama Xinghe mendapat khabar berita berharga ini. Tetapi, dia menunggu sehingga rancangan awalnya selesai baru dia bertindak. Dia tidak mahu musuhnya tahu.

Namun, sekarang dia tidak boleh membuang masa kerana Wushuang dan rakan-rakannya pasti akan merancang tindakan mereka sendiri.

Dan kunci utama untuk menjayakan rancangannya ini ialah orang yang ingin dicarinya hari ini.

Selepas dua jam berada di dalam kereta, akhirnya mereka tiba di Jeti Utara.

Ferrari yang dipandu mereka telah menarik perhatian ramai. Xia Zhi memandu merentasi beberapa rumah usang berpandukan alamat yang diberikan kakaknya.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C83
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk