Unduh Aplikasi
1.2% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 12: Mubai Tidak Hendak Berhutang Kepada Xinghe

Bab 12: Mubai Tidak Hendak Berhutang Kepada Xinghe

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ada apa-apa lagi, CEO Xi?" tanya Chang An sambal menolehkan kepalanya.

Mata redup Mubai bersinar semasa dia bertanya, " Bagaimanakah keadaan fizikal Xinghe sekarang?"

Chang An berfikir seketika dan menjawab secara jujur, " Cik Xia nampak amat lemah daripada segi fizikal tetapi emosi mentalnya kuat. Dia masih sangat yakin dan tenang semasa perbualan kami. Dia akan baik-baik sahaja."

Mubai berasa lega. " Terima kasih, kamu boleh pergi sekarang."

"Ya."

Setelah Chang beredar, Mubai merenung ceknya yang dikembalikan. Dia berasa serba salah dan dia merasa yang dia sepatutnya berbuat sesuatu untuk Xinghe.

Mungkin dia patut mengosongkan jadualnya dan keluar berjumpa dengan Xinghe bersendirian.

Xinghe berkata dengan jelas bahawa dia tidak menginginkan wang tersebut tetapi Mubai beranggapan bahawa wang tersebut adalah milik Xinghe semenjak awal dan dia tidak mahu berhutang dengan Xinghe.

Fikiran Mubai menerawang jauh sebelum dia menenangkan dirinya dan kembali fokus pada kerjanya.

Pada masa yang sama, Xinghe didesak berterusan oleh Xia Zhi untuk ke hospital.

Dia menegaskan bahawa Xinghe perlu pergi untuk memeriksa badannya. Xia Zhi juga telah cuba merayu dan menakutkan kakaknya tetapi tidak berjaya sehingga…

"Kak, jika kakak masih enggan ke hospital, saya akan menelefon Mubai dan meminta wang seratus juta tersebut. Saya tahu keengganan kakak untuk ke hospital adalah untuk mengurangkan bebanan kewangan kami jadi cek tersebut adalah amat berguna!" ugut Xia Zhi.

Xinghe tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

Dia bangun daripada katil itu dan menyerah kalah. "Baiklah, kamu menang. Saya akan ke hospital tapi dengan satu syarat."

Xia Zhi bersorak, "Yeah! Beritahu apa syarat kakak!"

"Jika keadaan saya sihat sahaja selepas pemeriksaan, kamu harus berhenti menganggu saya kalau saya ingin tinggal di rumah kerana saya tidak tahan bau hospital."

Xia Zhi mengangguk lalu berkata," Saya janji!"

Misinya adalah untuk membawa kakanya ke hospital. Segala perkara yang lain boleh diuruskan kemudian.

Xia Zhi menguruskan bagasi mereka dengan tergesa-gesa dan mengiringi Xinghe ke hospital.

Xinghe kembali ke hospital di mana dia telah tinggalkan semalam. Doktor dan jururawat yang mengenalinya turut menegurnya.

Dia berkelakuan seperti tidak apa telah berlaku dan hanya tersenyum. Mereka akhirnya berhenti menegurnya.

Pemeriksaan ke atas Xinghe berjalan dengan lancar. Dia kelihatan sihat tetapi doktor menginginkan dia tinggal di hospital selama beberapa hari untuk pemerhatian selanjutnya.

Untuk tinggal di hospital berprestij ini sudah tentu akan menggunakan banyak wang simpanan mereka.

Xinghe tidak memberitahu mereka tetapi dia bercadang untuk pulang ke rumah hari itu. Bukannya dia tidak ingin menjaga kesihatannya, namun dia enggan menyusahkan keluarga bapa saudaranya.

Dia berada di persimpangan jalan memandangkan dia perlu sihat sepenuhnya sebelum kembali bekerja.

Walau bagaimanapun, jika dia terlantar di bilik hospital dengan salur IV dicucuk ke dalam tangannya, dia akan berasa serba salah dan marah.

Dia mungkin boleh menerimanya dengan lebih baik sekiranya ingatannya belum kembali. Namun ingatannya sudah kembali dan dia mula berasa tidak berguna.

Dia berharap dia boleh menarik keluar salur IV daripada tangannya dan mula mencari kerja serta merta.

Bak kata pepatah, wang bukanlah segalanya tetapi banyak perkara yang tidak dapat dilakukan tanpa wang.

Pada ketika itu Xinghe dapat merasakan kesengsaraan yang disebabkan oleh kekurangan wang.

Xia Zhi juga sedang bekerja kuat untuk mencari rezeki hidup. Walaupun di hospital, dia sedang melakukan kerja dengan komputer riba murahnya yang sudah berusia empat tahun.

"Apa yang sedang kamu lakukan?" tanya Xinghe.

Xi Zhi mengalih pandangan daripada skrin laptopnya dan tersenyum. "Saya sedang melakukan beberapa kerja freelance. Senior saya meminta bantuan untuk menulis satu program untuk software dan saya akan dibayar RMB 300 setelah selesai."

Mata Xinghe bersinar. " Kamu akan dibayar serta merta selepas kerja kamu selesai?"

"Ya, senior saya faham tentang situasi saya dan sentiasa bayar tepat pada masanya. Sebenarnya, dia ingin menawarkan satu projek yang membayar 2000 RMB tetapi ia terlalu sukar dan dia inginkannya dalam masa dua hari. Saya sedang menulis satu mesej kepadanya untuk memberitahu saya tidak dapat melakukannya."


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C12
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk