Unduh Aplikasi
4.83% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 48: Alamat IP Empayar Xi

Bab 48: Alamat IP Empayar Xi

Editor: EndlessFantasy Translation

Xinghe sudah serik hidup dalam perit kemiskinan.

Dia mempunyai rancangan untuk masa depannya tapi dia memerlukan wang untuk menjayakan rancangan itu.

Ketika dia masih muda, dia sangat boros dengan perbelanjaannya kerana dia sangat yakin dengan kemampuannya mendapatkan wang. Dia akan membelanjakan setiap sen yang dia ada. Akaun banknya selalu kosong.

Xinghe masa itu terlalu bongkak untuk fokus mencari wang.

Dia tidak suka menyimpan wang dan menghabiskan masanya menerokai dunia komputer.

Sehinggalah takdir menarik semua harta kekayaan keluarganya, baru dia sedar akan kepentingan wang.

Dia telah belajar untuk menghargai setiap sen.

Secara ringkasnya, sekarang, dia memerlukan duit!

Mencari duit bukanlah perkara yang sukar; yang susah ialah untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam masa yang singkat.

Majlis ulang tahun Lin Lin sudah hampir. Dia tidak mahu datang dengan pakaian biasanya, dia tidak akan benarkan sesiapa untuk memandang rendah kepadanya. Dia tidak mahu memalukan Lin Lin.

Ini bermakna dia memerlukan duit untuk mengubah dirinya sepenuhnya.

Tapi di mana boleh saya cari duit yang mencukupi?

Xinghe membuka komputernya yang baru dibeli dan melayari internet untuk mencari peluang.

Dia tidak menggunakan taktik yang sama dengan sebelum ini kerana itu akan memudahkan orang untuk mengesan dirinya. Hal itu akan membawa kepada masalah yang tidak diingini.

Tambahan lagi, cara itu terlalu memenatkan dan yang paling teruk, pendapatan yang dia boleh dapat adalah terhad. Itu tidak akan mampu memuaskan keperluannya.

Dia meluangkan masa agak lama di internet tetapi tidak menjumpai apa-apa peluang yang meyakinkan. Sehinggakan dia terfikir untuk menuntut bahagiannya dalam harta peninggalan ayahnya daripada Wu Rong.

Tapi dia tahu itu cuma satu percubaan yang sia-sia.

Wu Rong sudah menjadi sejarah tapi Wushuang masih ada di luar sana.

Dia perlu menumpaskan mereka berdua. Barulah mereka akan berfikir untuk menyerahkan harta peninggalan ayahnya kepada Xinghe.

Oleh itu, dia tidak boleh memaksa dirinya untuk menuntut harta itu. Tetapi di mana dia hendak mencari wang yang dia perlukan buat masa ini?

Xinghe kehabisan idea lalu dia memasuki forum penggodam yang tersembunyi daripada mata-mata yang menyiasat.

Daripada situlah dia baru sedar bahawa aksi yang dia lakukan pada hari itu telah menarik perhatian komuniti penggodam.

Terdapat juga beberapa jalur perbincangan untuk mencari dia.

Ada juga yang telah meletakkan ganjaran untuk identitinya.

Xinghe melihat wang yang ditawarkan dan terfikir jika dia mampu menjual identitinya sendiri…

Dia tertawa kecil dengan idea mengarutnya sendiri dan meneruskan pencarian.

Dia terlihat seseorang cuba untuk mencabarnya. Taruhannya ialah 1,000,000 RMB.

Dia menerima cabaran itu memandangkan dia tidak melakukan apa-apa.

Dengan menggunakan akaun OP, dia menggodam masuk ke dalam IP orang itu.

Namun, setelah mendapat akses, Xinghe diserang penyesalan.

Alamat IP tersebut rupanya milik Empayar Xi.

"001?" Pihak bertentangan jelas sekali ada menunggu dalam talian kerana mereka serta-merta menghantarkan mesej sebaik sahaja kehadiran Xinghe disedari.

Pada masa yang sama, Xinghe menyedari orang itu cuba menggodam masuk komputernya.

Xinghe mengaturkan pertahanannya dengan tenang dan membalas, "Perasaan ingin tahu sangat bahaya. Berhenti atau saya akan buat kamu menyesal."

"Jangan cakap besar, kamu sudah tahu identiti saya. Lebih adil kalau saya pun tahu identiti kamu, kan?"

"Kamu Xi Mubai?"

Xinghe bertanya, walaupun dia tahu itu pasti Xi Mubai.

"Ya, sayalah Mubai. 001, saya terdengar tentang kehebatan kamu. Adakah kamu berminat untuk bekerja di syarikat saya?" tanya Mubai.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C48
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk