Unduh Aplikasi
98.42% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 876: Tamparan Kesembilan (6)

Bab 876: Tamparan Kesembilan (6)

Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam hatinya, Lei Chen sudah dapat meneka apa yang sebenarnya telah berlaku di sini. Tetapi tidak kiralah apa pun pendapatnya, ini tetap merupakan isu dalaman yang berlaku di Negara Yan. Lei Chen tidak mahu Bandar Seribu Binatang bermusuh dengan Negara Yan disebabkan hal ini.

Lei Chen mengecilkan mata. Walaupun pemikirannya sama dengan Tabib Diraja Li, dia tidak mahu menyelamatkan sekumpulan doktor penipu di hadapannya ini. Namun memandangkan hal ini akhirnya akan memberi kesan ke atas hubungan Negara Yan dan Bandar Seribu Binatang, dia tidak akan mendapat sebarang manfaat pun kalau hubungan kedua-duanya menjadi buruk akibat apa yang berlaku.

Baru saja Lei Chen mahu membuka mulut, dia terpandang mata Jun Wu Xie yang dingin dan jernih. Lei Chen terus kaku.

Jelas sekali Jun Wu Xie sedang memberitahunya untuk tidak masuk campur dalam hal ini.

Lei Chen teragak-agak seketika sebelum berkata, "Apa yang Ketua Dewan Xiong cakapkan itu betul. Memang kejadian ini berlaku disebabkan adanya kekurangan dalam layanan Negara Yan. Beta juga berharap Ketua Dewan Xiong boleh cari siapa dalang di sebalik semua ini. Biarlah Ketua Dewan Xiong yang uruskan siasatan."

Xiong Ba mengangguk puas hati manakala wajah Tabib Diraja Li kelihatan semakin panik. Dia merenung Lei Chen dengan tidak percaya. Tabib Diraja Li tidak dapat menerima hakikat yang Lei Chen begitu mudah bersetuju dengan permintaan Xiong Ba.

"Tuanku! Tuanku Putera Mahkota!" Tabib Diraja Li berteriak untuk merayu.

Lei Chen langsung tidak mahu memandangnya.

Tabib-tabib lain memandang susuk tubuh Xiong Ba yang tegap dan jauh lebih tinggi daripada orang lain. Mereka menggigil kerana tahu kalau mereka semua bergabung pun, mereka masih bukan tandingan lelaki gergasi itu.

Memandang Xiong Ba sudah menjelaskan pendiriannya dan Lei Chen juga sudah bersetuju, keputusan itu sudah muktamad. Tidak ada jalan keluar lagi. Mereka tiada pilihan selain menyerah diri pada nasib.

"Krisis yang dialami oleh Cik Muda kami dapat dihindarkan dengan bantuan Cik Jun. Sikap kasar saya tadi telah menyinggung perasaan Cik Jun. Saya merayu pada Cik Jun untuk memaafkan saya. Kalau Cik Jun sudi… saya nak minta Cik Jun merawat Cik Muda kami, bersama-sama dengan Senior Feng." Xiong Ba berpaling memandang Jun Wu Xie. Matanya kelihatan bersungguh-sungguh. Nada suaranya ikhlas dan penuh hormat.

Jun Wu Xie memandang Xiong Ba. Dia diam seketika sebelum berkata, "Boleh."

Satu senyuman terbentuk di wajah Xiong Ba. Dia berulang kali berterima kasih pada Jun Wu Xie.

Sementara itu, Tabib Diraja Li yang sedang pucat lesi itu sedang merenung Jun Wu Xie dalam diam. Dia betul-betul tak faham macam mana gadis itu dapat mengesan sesuatu yang Tabib Dewa Feng Yue Yang pun tak perasan? Malah gadis muda itu dapat menyembuhkan penyakit dengan mudah.

Jiang Ying Long berasa malu dengan dirinya sendiri. Dia menurut arahan Xiong Ba untuk "menjemput" semua tabib itu untuk tinggal di rumah tumpangan itu. Mereka perlu menanti sesi soal siasat Xiong Ba.

Semua tabib di dalam bilik itu yang hanya pandai bercakap, terus keluar dari situ. Hanya tiga orang dari Bandar Seribu Binatang, Jun Wu Xie dan Lei Chen yang masih berada dalam bilik tersebut.

Setelah semua orang yang tidak penting itu keluar, Xiong Ba akhirnya dapat meluahkan apa yang tersimpan di dalam hatinya. "Cik Jun berasal dari Kerajaan Qi. Macam mana Cik Jun boleh tiba-tiba muncul di Ibu Negara Diraja Negara Yan? Berkenaan sebab sebenar di sebalik kejadian ini, saya rasa Cik Jun dah pun tahu tentangnya. Tapi saya tak tahu apa yang Cik Jun fikirkan sehingga menghalang Cik Jun daripada mendedahkannya di depan semua orang tadi."

Jun Wu Xie dengan mudahnya dapat merungkai misteri di sebalik keadaan Qu Ling Yue. Dia juga mendedahkan Tabib Diraja Li yang cuba melarikan diri. Xiong Ba mungkin tidak begitu bijak, tapi dia sedar bahawa gadis muda yang menawan ini mempunyai akal fikiran yang amat bijak, tangkas dan tajam.

Pasti dia sudah banyak tahu tentang rancangan jahat dalang di sebalik semua ini.

Jun Wu Xie tidak terkejut dengan soalan Xiong Ba. Dia berjalan menuju ke sebuah kerusi lalu terus duduk. Jun Wu Xie menuang secawan teh kemudian menghirupnya perlahan-lahan.


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C876
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk