Unduh Aplikasi
46.85% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 417: Adik-Beradik Fan (1)

Bab 417: Adik-Beradik Fan (1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah meninggalkan jalan utama dan melalui kawasan berpokok-pokok, laluan berbatu itu sampai ke sebuah hutan buluh kecil.

Melainkan seseorang itu sedar tentang kewujudan tempat ini, tak ada siapa yang akan tahu terdapat sebuah kawasan yang sunyi dan tenang di dalam kampus Akademi Zephyr.

Fan Jin berjalan di hadapan, membawa Jun Wu Xie ke tempat ini. Di halaman berdekatan, seorang anak muda berusia lima belas hingga enam belas tahun sedang menyapu daun-daun di laluan berbatu tersebut. Sewaktu dia menyedari kehadiran Fan Jin dan Jun Wu Xie, dia bergegas menyambut mereka.

"Tuan Muda Sulung dah sampai," Mata anak muda itu kelihatan mengagumi Fan Jin dan apabila terpandang Jun Wu Xie, mata itu dipenuhi tanda tanya.

"Ya dan saya ada bawa adik kecil ni nak makan tengah hari percuma. Zhuo Kecil sedang makan?" Fan Jin menyatakan niatnya dengan tak tahu malu dan menyebabkan pemuda itu tertawa, geli hati dengan perangai berterus-terang Fan Jin.

"Masuklah, Tuan Muda Sulung." Pemuda itu membuka pintu sambil tersenyum dan menjemput Jun Wu Xie masuk juga.

Pintu pagar buluh itu dibuka dan loceng angin yang digantung di sudut pintu tersebut berbunyi. Di dalam hutan buluh yang bersih ini, bunyi loceng itu kedengaran jelas dan begitu menyenangkan.

Fan Jin berpaling lalu menganggukkan kepala. Dia mengajak Jun Xie masuk ke halaman tersebut.

Halaman itu tidak terlalu besar tetapi sangat cantik dan dihias indah. Kediaman yang dapat dilihat melalui halaman itu tidaklah mewah tetapi sederhana dan cukup selesa. Ada tiga kawasan kediaman di situ dan di tepi halaman tersebut terdapat satu mata air yang mengalir ke sebuah kolam kecil. Air itu begitu jernih sehingga dasar kolam itu dapat dilihat. Ikan-ikan koi berwarna merah berenang-renang di dalamnya, membuatkan air kolam itu beriak-riak.

Sekilas pandang sahaja, Jun Wu Xie sudah jatuh cinta dengan halaman kecil ini serta kedamaian dan ketenangan yang ada di situ.

Mereka berdua masih sedang berjalan sewaktu terlihat satu susuk tubuh yang lemah muncul di muka pintu kediaman yang betul-betul menghadap mereka.

Pemuda itu kurus dan kelihatan lemah. Baju berwarna biru yang dipakainya itu kelihatan terlalu besar dan wajahnya pucat lesi. Malah bibirnya juga kelihatan pucat. Dia berdiri dengan sedikit bongkok, tidak padan dengan usia mudanya yang sepatutnya membuatkan dia bertenaga. Dia memegang tongkat buluh dan menyandarkan badannya pada tongkat tersebut. Pemuda itu kelihatan tidak berdaya tetapi memiliki sepasang mata yang jernih dan bersinar-sinar. Mata yang menawan itu mempamerkan senyuman dan sesiapa yang melihat mata tersebut akan melupakan badan pemuda ini yang lemah.

Sebaik Fan Jin terlihat pemuda itu, dia mempercepatkan langkah dan terus memegang badan pemuda itu yang terhuyung-hayang.

"Hari terlalu panas ni. Kamu patut duduk di dalam saja. Kamu buat apa di luar ni?" Fan Jin bertanya sambil berkerut. Dia memapah pemuda itu perlahan-lahan masuk ke kediaman buluh tersebut. Fan Jin tidak melupakan Jun Xie. Dia berpaling lalu berkata, "Jun Xie, masuklah sekali."

Pemuda itu berpusing untuk memandang Jun Wu Xie. Perasaan ingin tahu terpancar pada matanya. Dia sedang menilai Jun Wu Xie, tetapi matanya masih kelihatan mesra dan bukannya menjengkelkan.

Jun Wu Xie mengangguk pada pemuda itu dan mengikut mereka masuk ke dalam.

Perabot di dalam rumah tersebut sederhana, sama seperti luarannya. Tak ada perhiasan yang berlebih-lebihan. Fan Jin membantu pemuda tersebut duduk di kerusi di sebelah sebuah meja. Dia kemudiannya duduk di sisi pemuda itu dan menyuruh Jun Xie duduk juga.

"Abang tak mahu kenalkan kami?" Pemuda yang kelihatan lemah itu memandang Jun Wu Xie sambil tersenyum mesra.

Fan Jin membalas, "Ini Jun Xie. Abang dah beritahu kamu tentang dia sebelum ini. Dia ni pelajar baru dan Abang akan jadi mentor dia. Jun Xie, ini adik saya, Fan Zhuo."

Fan Zhuo memandang Jun Wu Xie dan matanya bersinar-sinar sambil dia tersenyum, "Jadi kamulah Jun Xie? Kalau Abang tak beritahu saya sebelum ni yang kamu sudah berusia empat belas tahun, pasti saya anggap umur kamu baru dua belas atau tiga belas tahun sebab badan kamu kecil saja. Kamu patut jaga makan dan minum, jangan abaikan keadaan badan kamu."

Badan Fan Zhuo sendiri agak lemah, jadi dia faham bagaimana badan yang lemah boleh mempengaruhi kehidupan seseorang. 


next chapter
Load failed, please RETRY

Hadiah

Hadiah -- Hadiah diterima

    Status Power Mingguan

    Rank -- Peringkat Power
    Stone -- Power stone

    Membuka kunci kumpulan bab

    Indeks

    Opsi Tampilan

    Latar Belakang

    Font

    Ukuran

    Komentar pada bab

    Tulis ulasan Status Membaca: C417
    Gagal mengirim. Silakan coba lagi
    • Kualitas Terjemahan
    • Stabilitas Pembaruan
    • Pengembangan Cerita
    • Desain Karakter
    • Latar Belakang Dunia

    Skor total 0.0

    Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
    Pilih Power Stone
    Rank NO.-- Peringkat Power
    Stone -- Batu Daya
    Laporkan konten yang tidak pantas
    Tip kesalahan

    Laporkan penyalahgunaan

    Komentar paragraf

    Masuk