Unduh Aplikasi
100% Dia Milik ku / Chapter 17: BAB 16

Bab 17: BAB 16

-BAB 15-Perasaan rindu dan dendam bercampur di dalam hatiku,rindu akan senyumannya tapi muncul pulak perasaan benci bila teringat peristiwa 10tahun lepas,Tanganku dikepal kuat sebelum menumbuk dinding disebelahku sambil mata masih memandang jauh lelaki itu dengan pandangan penuh dendam tanpa menghiraukan buku limaku yang sudah sedikit berdarah.Ia tidak sesakit apa yang telah lelaki tua itu buat dulu.-BAB 15-

********

Aku melangkahkan kaki dengan lemah,buku lima yang merah dan mempunyai sedikit kesan darah aku abaikan tanpa pergi membersih terlebih dahulu.Sekarangni aku taktahu apa yang sedang bermain difikiranku,hatiku teramat sakit bila melihat wajah tiga orang yang pernah seksa aku dulu sedang tersenyum gembira seperti keluarga yang bahagia.Mana tak sakit,anak kandungnya sendiri hidup sengsara tapi ayah kandungnya hidup bahagia dengan keluarga baru,anak tiri sudah menjadi seperti anak kandung sendiri manakala anak kandung seperti dianak tirikan bahkan dilayan seperti binatang,binatang pon ada perasaan!.

Sesampai di depan kelas semua memandang ke arahku bergitu jugak Cikgu Naziha yang sedang mengajar matapelajaran matematik terhenti.Aku menundukkan sedikit kepala lalu mengukirkan senyuman untuk menyembunyikkan kesedihan dihati.

"Aisy..kamu dah ok demam?"Tanya Cikgu Naziha.

"Ha?..demam?"Pelikku bila masa pulak aku demam..

"Yelah..Aryan bagitau kamu dekat bilik kesihatan sebab demam.."Kata Cikgu Naziha.

Aryan?..Aku terus memandang ke arah Aryan dan dia jugak turut memandang ke arahku.Aku mengalihkan pandanganku semula ke arah Cikgu Naziha. "Owh..ha a..tadi saya suruh Aryan bagitau Cikgu saya tak masuk kelas sebab saya pening kepala sikit tadi.."Tipuku.

"Jadi kamu dah ok ke..kalau belum ok pergi jelah berehat dekat bilik kesihatan.."Kata Cikgu Naziha prihatin.

"Eh takpe dah ok..lagi pon lagi berapa minit je nak balik.."Balasku.

"Takpe lah kalau kamu dah cakap macamtu..kamu boleh masuk dan sambung tidur dekat tempat kamu.."Kata Cikgu Naziha.

"Hehe..ok.."Kataku tersenyum tawar lalu berjalan ke tempatku.

Aku menarik kerusi dan duduk lalu meletakkan kepala di atas meja tanpa menghiraukan Aryan disebelah.

********

-ARYAN POV-

Kring!

Loceng berbunyi menandakan semua pelajar boleh pulang kerumah.Semua pelajar berdiri mengemas peralatan sekolah mereka sebelum pulang ke rumah.Aku hanya duduk dan menunggu semua pelajar keluar dari kelas.Selepas beberapa minit,kelas 5Arfa sunyi sepi hanya tinggal Aku dan Aisy yang masih lena dibuai mimpi.

"Aisy..bangun..jom balik.."Aku menggoyang perlahan bahu Aisy.

Aisy tersedar lalu mengangkat perlahan kepalanya,entah kenapa dia merasa pening.Dia melihat sebelah kiri semua pelajar sudah pulang kerumah,selepas itu dia memandang sebelah kanan terlihat Aryan masih belum pulang.Pelik selalu dia tinggal je aku..

Aisy memandang ke arahku dan aku sedikit terkejut melihat wajah Aisy berubah pucat dan lemah. "Aisy..kau ok ke?..kenapa muka kau pucat?.."Tanyaku risau.

"Kau buat apa kat sini..asal tak balik lagi?"Tanya Aisy dengan nada lemah tanpa membalas soalan Aryan.

"Nak kejut kau balik lah ni.."Kataku masih dengan perasaan risau bila melihat Aisy seperti tidak sihat dan cara percakapannya yang sedikit lemah.

Tiba tiba Aisy tergelak tapi lebih kepada gelak sinis.

"Sejak bila kau reti kejut aku balik..selalu kau blah je..tinggalkan aku sorang sorang dalam kelas macam orang bodoh.."Perli Aisy.

"Apa masalah kau ni..aku buat baik salah..aku buat jahat salah..apa yang kau n-"Belum sempat aku menghabiskan kata kataku Aisy terus memotong.

"Aku tak mintak pon kau buat baik dekat aku..macam lah aku tak biasa dilayan seperti binatang.."Aisy bangun untuk berdiri tetapi dia duduk kembali sambil memegang kepalanya.

"Kau kenapa ni.."Tanya aku risau.Aku cuba untuk memegang kepala Aisy tapi ditepis perlahan olehnya.

"Tak payah sentuh..kau pergi je balik..pandai pandai lah aku balik sendiri.."Kata Aisy dengan nada lemah.

"No!..balik dengan aku.."Kataku sedikit tegas.

"Kau pergi jelah balik..nanti aku balik lah.."Kata Aisy degil.

"Kau jangan degil boleh tak!..aku kata balik dengan aku balik dengan aku lah!..kalau kau pengsan lagi macam mana!."Kataku bengang.Susah nak dengar cakap budakni!.

Aisy terus memandang Aryan dengan wajah dingin. "Biar lah..yang kau sibuk sangat kenapa..kalau aku mati pon lagi kau suka kan.."Kata Aisy dingin.

"Jaga mulut kau Aisy!.."Marahku.

"Kau tu sepatutnya jaga mu-"

Chup!

-END OF ARYAN POV-

"Kau tu sepatutnya jaga mu-"

Chup!

Aku terus terkaku,tidak sempat menghabiskan kata kataku Aryan pantas mencium bibirku sekilas.

Aryan terus melepaskan ciumman di bibir Aisy. "Please Aisy..dengar cakap aku,balik dengan aku..aku tahu kau marah aku pasal tadi,tapi percayalah aku betul betul tak sengaja,aku tak dapat kawal diri aku..Tapi walau macam mana marah kau sekali pon dekat aku,please jaga kesihatan kau..Aku takkan maafkan diri aku kalau apa apa perkara buruk jadi dekat kau.."Tutur Aryan dengan lembut lalu menarik kedua dua belah tangan Aisy dan menggenggam tangan gadis itu..

"Aduh!..Ar..Aryan lepas..tangan aku sakit.."Aku menarik tanganku dari pegangan tangan Aryan bila tangan kiriku terasa pedih dan sakit akibat menumbuk dinding tadi.Tu lah Aisy yang hang pi tumbuk dinding tu pasaipa..

Aryan pelik terus melepaskan tangan Aisy dan baru dia perasan yang buku lima tangan kiri Aisy merah dan ada sedikit kesan darah yang sudah sedikit kering.Aryan terus menarik kembali dan memegang pergelangan tangan kiri gadis itu. "Kenapa ni!..macam mana boleh lebam and berdarah!?..Jawab siapa buat kau!.."Tanya Aryan dengan nada risau,riak wajahnya bertukar dingin dan suaranya sedikit meninggi.Kalau aku tahu ada orang cuba sakitti Aisy lagi tahu lah nasib dia!.

"Tak..takda siapa buat..a..aku yang cederakan diri aku..a..aku tak se--"Belum sempat aku menghabiskan kata kataku Aryan terus menarik tubuhku ke dalam dakapannya,dia memeluk tubuhku dengan erat membuatkan tubuhku kaku..

"Kenapa..kenapa kau suka sangat buat aku risau..Kau tahu tak bila lihat kau terluka aku jugak turut terluka..tolong lepasni jangan cederakan diri kau lagi..aku tak sanggup kehilangan kau...aku tahu kau marahkan aku,tapi tolong jangan cederakan diri kau.Bukan ini caranya..maafkan aku Aisy..maafkan aku sebab buat kau terseksa..aku terlalu ego sehingga tidak dapat mengawal diri aku sehingga buat kau terluka..maafkan aku Aisy..."Aryan mengeratkan lagi pelukkan di tubuh Aisy.Entah kenapa dia merasakan takut akan kehilangan gadis itu,tiba tiba air mata jantannya mengalir perlahan membasahi pipinya.Hatinya sakit bila melihat gadis itu terluka,dia tahu gadis itu hanya pura pura kuat dihadapannya,tapi siapa sangka dalam hatinya ada beribu kesedihan yang dia pendamkan.Bagi Aryan gadis itu sangat istimewa sehingga dia takut akan kehilangan gadis itu.

Aku terkedu mendengar kata kata yang keluar dari mulut Aryan,dalam masa yang sama aku merasa sukar untuk bernafas kerana pelukkan Aryan yang terlalu ketat sehingga susah untuk aku bernafas. "Ar..Aryan..le..lepas..aku su..susah nak bernafas.."Kataku tersangkut sangkut.

"Maaf.."Aryan terus melepaskan pelukkan pada tubuh gadis itu dan mengesat kasar air mata yang mengalir tadi.

Aku sedikit terkejut bila melihat Aryan yang dingin itu tiba tiba mengalirkan air mata. "K..Kau nangis?"Tanyaku dengan wajah sedikit terkejut.Mana tak terkejut Aryan yang 24jam berwajah dingin tiba tiba mengalirkan air mata.

Aryan hanya diam tidak membalas pertanyaanku malah dia meletakkan telapak tangannya ke atas dahiku.Wajahnya yang tadi muram berubah sedikit terkejut.

"Kau demam ni..dahi kau panas..patutlah muka kau pucat.."Kata Aryan risau.Dia bangun dan membukak blazaer sekolahnya lalu mencangkung di depan Aisy.

Aku hanya diam dan memerhati apa yang ingin dilakukan oleh Aryan.

Aryan meletakkan blazaer sekolah yang dia bukak tadi dan meletak di bahagian berlakang Aisy dan diikat blazaernya di pinggang Aisy.Selesai mengikat dia memusingkan badan memberlakangi Aisy sambil bercangkung. "Naik berlakang aku.."Kata Aryan.

"Ha!?".Dah kenapa mamatni suruh naik berlakang dia.

"Lambat lah kau ni.."Aryan terus menarik kedua dua belah tangan Aisy dan meletak di atas kedua dua belah bahunya lantas mengangkat tubuh gadis itu gaya piggy back.Rupanya blazaer yang diikat oleh Aryan adalah untuk menutup berlakang Aisy kerana skirt sekolah yang dipakai gadis itu agak pendek.

"Eh!..k..kau buat apa ni."Kataku dengan wajah terkejut.

"Shuhhh~~duduk diam..kau tak sihat..tak pasal pasal pingsan lagi.."Kata Aryan tenang.

Aku hanya diam tidak melawan,memang kepala aku tengah sakit sangat sekarangni.Dari kecik memang aku senang kena demam sebab antibody dalam tubuh aku tak berapa kuat.Dalam perjalan kami untuk menuju ke kereta, Aryan tiba tiba bersuara.

"Aisy..boleh aku tanya.."

"Apa?"

"Kenapa bila ada orang buat jahat dekat kau,kau hanya tenang je,tak melawan atau pon marah..Kau tak rasa ke cara kau tu boleh buat orang senang senang je pijak kepala kau.."Tanya Aryan sambil masih mengangkat tubuh Aisy dengan gaya piggy back.Ringan je macam angkat anak patung.

Aku mengeluh mendengar pertanyaan Aryan,lalu aku meletakkan kepala di atas bahu Aryan kerana terasa berat kepalani.Bukan amik kesempatan ye!. "Entah lah.."Itu sahaja yang mampu aku katakan.Taktahu nak cakap apa mungkin sebab kepala aku tengah pening.Perlahan lahan aku memejamkan mataku dan tanpa sedar aku terlelap.

Aryan seakan terkedu bila merasakan hembusan nafas Aisy di lehernya menggoda dan terdengar dengkuran halus menerpa gegendang telinganya.Aryan menolehkan kepalanya ke kiri untuk melihat wajah Aisy,hampir sahaja bibirnya terkena dahi gadis itu. "Tido?..patutlah senyap je.."Aryan mengukirkan senyuman melihat wajah tenang gadis itu.Cantik! walaupun tengah tido.

Sesampai di keretanya Aryan membukak pintu bahagian berlakang kereta menggunakan tangan kirinya lalu meletakkan tubuh gadis itu dengan berhati hati agar gadis itu tidak tersedar,dia membaringkan tubuh gadis itu di kerusi penumpang bahagian berlakang agar gadis itu bisa baring dengan selesa.

***********

"HEY!.ANAK SIAL!..KAU DENGAN IBU KAU SAMA JE! DUA DUA BODOH!!."

---

"KALAU KAU NAK TAHU SEBELUM IBU KAU MATI,BAPAK KAU DAH KHAWIN DENGAN AKU!..NAMPAK SANGAT IBU KAU TU TAK RETI JAGA SUAMI SAMPAI SANGGUP CARI AKU UNTUK JADI BINI NO DUA DIA HAHAHAHA!.."

---

"SEPATUTNYA AKU YANG KHAWIN DENGAN BAPAK KAU DULU! BUKAN BETINA SUNDAL TU!..TAPI MUJUR BAPAK KAU TU SEDAR YANG AKU LEBIH BAGUS DARI BETINA TU!!"

---

"UNTUK PENGETAHUAN KAU,AKU YANG HASUT BAPAK KAU SUPAYA BENCI KAU DAN ADIK KAU YANG BODOH TU!..KAU NAK TAHU AKU CAKAP APA?"

"AKU CAKAP YANG KAU TU ANAK SIAL!..TAK SEPATUTNYA LAHIR KAT DUNIA NI!..SEBAB KAU ADIK PEREMPUAN DAN IBU KAU MATI!..DAN AKU BAGI TAHU YANG IBU KAU TU PERNAH TIDO DENGAN LELAKI LAIN DAN KAU NI BUKAN DARI BENIH BAPAK KAU TAPI BENIH DARI JANTAN LAIN! HAHAHAHA..TAK SANGKA BAPAK KAU TU BODOH PERCAYA KATA KATA AKU AHAHAHAHAHA"

Mataku terbukak luas,jantungku berdetak dengan laju,wajahku basah akibat peluh. "Kenapa aku perlu mimpi peristiwa tu lagi.."Aku mengeluh bila peristiwa lama muncul di dalam mimpiku.Tiba tiba aku merasakan ada benda basah berada di atas dahiku,lantas tanganku menyentuh kain basah yang berada di atas dahi."Siapa yang letakni?" Bisikku dalam hati lalu mataku melihat sekeliling ruang yang seakan aku kenal.Dahiku berkerut,pelik macam mana aku ada dekat dalam bilik aku ni.Aku yang sedang cuba mengingatkan kembali ingatanku tiba tiba pintu bilikku dibukak..

"Dah bangun pon.."Aryan masuk kedalam bilik Aisy sambil membawak dulang,di atas dulang tersebut ada semangkuk bubur dan segelas air kosong.Sesampai di tepi katil Aisy,dulang yang dipegang diletak atas meja kecil sebelah katil Aisy,lalu dia duduk di tepi Aisy di atas tilam.

"Macam mana aku ada dekat dalam bilik ni..setahu aku,aku kat sekolah tadi.."Tanyaku bingung.

"Masa kita nak gerak gi kereta aku,kau tertidur sampai dah masuk dalam kereta pon kau tak sedar dari tido,sampai rumah pon kau tak sedar,jadi aku taknak ganggu tidur kau sebab kau demam,jadi aku angkat kau masuk bilik,muka kau pucat gila and aku panggil doktor pribadi kau,dia cakap kau memang senang kena demam,tadi pon suhu kau 37°C."Terang Aryan lalu tangannya mengangkat semangkuk bubur yang dia bawak tadi.

Aku hanya meng 'o' kan je..

"Dah makan bubur ni lepastuh makan ubat.."Kata Aryan.

Baru je aku nak amik mangkuk di tangan Aryan tiba tiba dia menjauhkan mangkuk itu dariku.

"Aku suap.."Kata Aryan dengan selamber.

"Ha!?..eh..tak..takpe aku boleh makan sendiri.."Kataku sambil cuba untuk mengambil mangkuk itu kembali.

"No..dah diam..bukak mulut..kapal terbang nak masuk ni.."Kata Aryan sambil tangannya mengangkat sudu yang sudah dicedok bubur dalam mangkuk dan membuat gaya kapal terbang seperti ingin memberi bayi makan.

Aku menggelengkan kepala sebelum tergelak kecil melihat kelakuan Aryan.Dia ingat aku baby ke buat macamtu.Aku malas nak cakap banyak hanya menurut sahaja,aku membukak mulutku untuk menerima suapan itu.

"Good girl.."Kata Aryan setelah dia menyuap bubur itu masuk kedalam mulut Aisy.Setelah beberapa minit Aryan menyuap gadis itu akhirnya bubur di dalam mangkuk itu habis licin.

"Now..makan ubat.."Kata Aryan dan meletakkan mangkuk kosong di atas dulang lalu mengambil dua pil ubat di atas piring kecik dan segelas air kosong di atas dulang lalu dihulur pada Aisy.

Setelah aku menyumbat dua pil ubat kedalam mulut lantas aku meneguk air kosong sehingga gelas licin.

"Terima kasih Aryan.."Kataku.

Gelas yang kosong diambil oleh Aryan lalu dia meletak di atas dulang. "Sama sama..Sekarang kau pergi mandi lepastu tido ok,sekarang dah pukul 9:00 malam,sorry sebab biarkan kau baring pakai baju sekolah,aku nak tukarkan tapi disebabkan kita belum khawin aku batalkan niat aku hehe..nanti tunggu kita khawin aku tukarkan ye.."Kata Aryan lalu mengenyitkan sebelah matanya lalu mengukirkan senyuman nakal.

Aku terus menampar lengan Aryan. "Gatal!".Aku menjeling ke arah Aryan yang sedang tertawa kecil.

"Mana Mummy and Daddy.."Tanyaku.Selalunya Mummy kalau tahu aku tak sihat dia yang menggelabar jumpa aku,ni takda pon nampak batang hidung.

"Mummy and Daddy baru je keluar,tunggu kau sedar lama sangat,dari balik sekolah lagi Mummy tunggu kau sedar tak sedar lagi,lepastu Mummy and Daddy dapat call yang makcik aku ada buat makan makan sebab makcik aku and keluarga dia baru sampai ke Malaysia pagi tadi..Selama ni dorang tinggal dekat Jepang atas urusan kerja suami makcik aku,tapi 2tahun je dorang tinggal sana,lepastu pagi tadi baru sampai Malaysia sebab dia nak anak anak dia amik Spm dekat sini." Terang Aryan panjang lebar.Aryan sedikit terkejut bila bahunya di tepuk perlahan oleh Aisy,Aryan terus memandang wajah Aisy dengan riak wajah 'Apa?'

"Aku tanya kau sikit je,tapi kau punya huraian panjang gila.."Kataku.Aku tanya Mummy and daddy dekat mana,tapi dia punya huraian siap ke jepang lagi dia cita.

Aryan hanya diam lalu menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Asal kau tak pergi.."Tanyaku bila melihat Aryan masih ada dekat sini.

"Tak minat..Lagi bagus aku jaga kau dari tengok muka manusia yang aku benci dekat sana.."Kata Aryan,wajahnya bertukar dingin.

Dahiku berkerut mendengar kata kata Aryan.Manusia yang dia benci?siapa?.."

"Dah lah pergi mandi..lepastu tido..esok kalau kau dah sihat aku ajak kau keluar kita pergi jalan jalan.."Kata Aryan lalu menggosok lembut rambut Aisy.

Aku malas nak cakap banyak hanya menganggukkan kepala.Lagipon esok sekolah cuti seminggu,Jadi dia boleh rehat puas puas.Yay!.

BERSAMBUNG.....


next chapter
Load failed, please RETRY

Bab baru akan segera rilis Tulis ulasan

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C17
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk