Unduh Aplikasi
26.41% cempaka dirembulan / Chapter 28: tidak balik? tidur luar? dengan siapa?

Bab 28: tidak balik? tidur luar? dengan siapa?

nazim membantu lady bossnya memasukkan barang ke dalam bonet kereta. shopping sakan lady bossnya ini. macam-macam dibelinya. nazim membuka tempat duduk belakang, mempersilakan lady bossnya masuk.

" thank nazim..."

nazim pamer senyum. sebenarnya tadi dia nyaris-nyaris tidak dapat mengecam wajah lady bossnya. mana taknya.. hanya pakai t-shirt maroon dan jean lusuh koyak di lutut. takde gaya lady boss langsung.nazim memulai pemanduannya.

" puan... ermmm puan suka warna apa?" tanya nazim. teringat arahan ikran sebentar tadi.

" calour.. maroon.. cantik dan seksi.. atau dark brown.." cempaka menjawab sambil matanya fokus pada telefon di tangan. main game.

nazim hanya diam dan sesekali dia mencuri pandang lady bossnya di balik cermin pandang belakang.

" nazim... dah berapa tahun kamu kerja dengan ikran?" tanya cempaka sekadar berbasi-basi. ini tangan kanan suaminya. haruslah dia berbuat baik.

" sejak tuan di sekolah lagi puan." maklum nazim dengan bangganya. dia dengan ikran beza dua tahun sahaja. dahulu arwah ayahnya adalah bodyguard merangkap pemandu peribadi ikran. jadi dia selalu menemani ikran.

" owh.. seronok ke kerja dengan ikran? dia kan macam tu.. ermm straight.." tanya cempaka. pasti sukar dapat bos macam ikran tu. harus kena sabar .

" kalau orang tak kenal boss.. mesti diorang akan cakap macam tu.." sesiapa yang tidak mengenali ikran pasti akan berfikir macam cempaka.

cempaka senyum. dia sudah mula jatuh cinta kepada ikran. sejujurnya dari awal jumpa dia sudah jatuh suka.

" ha.. puan.. tuan suruh puan sediakan pakaiannya. tuan tak balik dalam beberapa hari ni.." nazim teringat pesanan ikran. masuk pejabat tadi, ikran nak adakan mesyuarat tergempar dan menyuruh setiap jabatan menyediakan laporan masing-masing. mood big boss tidak berapa baik.

" tidak balik??tidur luar?? dengan siapa??" nah.. berdas-das cempaka menyoal. kalu ikrn tk balik beberapa hari mesti nanti dia takkan dapat lihat muka suaminya itu.

" ermm tuan tidur dekat pejabat puan.. tidur seorang je.." perlahan nazome membalas. riak wajah mendung cempaka menyala matanya.

" tuan sebelum kahwin pun dia memang macamtu." akui nazim.

" ermm..." cempaka memandang luar. ikran ni kenapa? mereka masih pengantin baru lagi.. tetapi ikran dah sibuk-sibuk nak tidur di pejabat. ikran takde perasaan langsung kepadanya ke? kalau tiada.. takkan perkara petang kemarin boleh berlaku? sedihhhhhh ni..

" ini laporan projek yang boss besar minta.." ikwan menunjukkan laporan projek di bawah seliannya.

ikran mengambil fail yang diserahkan ikwan.meneliti tanpa sebarang bunyi. ahli-ahli jemaah mesyuarat menanti dengan riak resah. big boss sudah tiga hari menghabiskan masanya 24 jam dalam pejabat. big boss sudah gila agaknya.

" okey.. saya nak annual report projek cameron highland selewatnya sebelum pukul 7 petang ini." satu lagi arahan di turunkan oleh ikran.

" siapa yang uruskan projek cameron?"tanya ikman. dia sebenarnya tersangatlah penat dengan kerenah alongnya sejak dua menjak ni. macam-macam benda yang nak di telitinya. al- maklumlah syarikat mereka baru mengambil alih 2 syarikat besar sekaligus. inilah yang dia musykil dengan alongnya itu. sejak dia mengambil alih tid dari tangan tengku iqbal, tid sudah membiak dengan jayanya. saham tid melambung setinggi-tingginya dan tid juga bakal ke itali selepas ini. sangat membanggakan. alongnya memang menepati sasarannya. dia akan membina empayarnya tersendiri dalam malaysia dan seluruh dunia. tetapi sekurang-kurangnya baliklah rumah jenguk isteri tu.

" tuan.. puan telefon.." maklum nazim membawa telefon peribadi ikran.

ikran mengambil telefonnya. sudah dua hari dia meninggalkan cempaka di rumah. marahnya masih bersisa lagi bila terbayangkan adegan lelaki itu menarik lengan cempaka.

" ermm.."

semua yang ada di dalam bilik mesyuarat pelik melihat big boss hanya ermmm sahaja ke lady boss mereka.

" abang sihat? abang taknak balik ke?" tanya cempaka dalam nada sedih. sudah dua hari dia tidak melihat wajah suaminya.

" sekarang tengah meeting.." maklum ikran suaranya mendatar.

" owhhh sorryyy..sorryy.." cempaka meminta maaf. terasa bersalah mengganggu tugas suaminya.

talian terus mati. ikran menyerahkan kembali telefonnya kepada nazim.

" pukul 7 tepat saya mahu semua fail ada atas meja saya." ikran mengeluarkan arahannya sebelum bangkit dari duduknya.

cempaka termenung di ruangan santainya sambil memeluk lutut. tubuhnya disandar pada bahu kerusi.

apakah ini kehidupan yang diinginkannya? punyai suami namun seperti tiada.

penat termenung, cempaka menuju ke arah dapur. jam baru menunjukkan pukul 5 petang. cempaka tiba-tiba mendapat ilham. laju dia bangun menuju ke ruangan dapur.

" chef.. saya nak minta tolong.. bantu saya reneh sup berkhasiat untuk tuan boleh? cempaka meminta bantuan chef razin untuk menyediakan bahan-bahan mereneh supnya. dia ingin menghantarnya sendiri kepada ikran di pejabatnya. kasihan suaminya.. pasti keletihan bekerja.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C28
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk