Unduh Aplikasi
90.56% cempaka dirembulan / Chapter 96: ikran 95 percent hensem.

Bab 96: ikran 95 percent hensem.

" jangan sampai berita sampah ni sampai ke telinga orang ramai.." marah ikran terus menutup televisyen yang sengaja dipasang dalam pejabatnya.

" baik tuan.." nazim mengiyakan sahaja.

ikran bangun. mundar mandir dalam pejabatnya. berfikir sesuatu.

" aku taknak cik puan tahu tentang semua ni.." pesan ikran kepada nazim. dia tidak mahu cempaka susah hati. cukuplah berita kegugurannya serta kes nirina sudah cukup buat cempaka susah hati.

" panggil asrafi masuk pejabat hari ini.." suruh ikran.

nazim mengangguk. selalu kalau ikran ingin melakukan satu misi berbahaya,dia akan memanggil asrafi berjumpanya. asrafi sangat pakar dalam misi-misi merbahaya. terutama misi berskala besar. namun satu masalahnya. lelaki ini sangat sukar untuk dikesan keberadaannya.

" suruh sam kesan dia.." bagai dapat membaca fikiran nazim,ikran memberi cadangan. dia sudah tahu segala sikap anak-anak buahnya itu.

" tuan.. wong call pagi tadi. dia nak jumpa tuan malam ni.." tiba-tiba nazim teringat kemunculan wong, lelaki berdarah kacukan melayu cina yang jarang menampakkan dirinya,hari ini muncul secara tiba-tiba.

" ermm.. boleh.." ada senyum di bibir ikran. pasti wong datang membawa berita baik.

" tuan.. minggu depan ada mesyuarat organisasi.. tuan sudah sedia?" nazim mengingatkan pula mesyuarat mereka esok.

ikran mengangguk. dia sudah bersedia.

" semua budak-budak ada esok?" tanya ikran setelah agak lama berdiam diri sambil tangannya mengetuk meja.

" team kita yang di itali dengan rusia sahaja yang takde.. yang lain semua ada " maklum nazim.

ikran mengangguk.

" tuan bawa cik puan ke?" tanya nazim.

ikran mengangguk.

" pesan dekat semua budak-budak,jangan dedahkan maklumat organisasi dekat cik puan." pesan ikran.

nazim mengangguk. tahu.. ikran sangat 'over protective ' berkenaan isu organisasi dan cik puan.

cempaka menyanyi kecil sambil menggubah bunga mawar ke dalam pasu yang sudah diisi air. hobi masa lapangnya. menurun daripada mamanya. wajahnya ceria. al-maklumlah pagi-pagi sudah dimanjakan oleh sentuhan ikran.

" cik puan..." panggil jefri dengan riak wajah tertekan.

cempaka menoleh ke belakang. serta merta nyanyiannya yang tidak berapa nak merdu itu terhenti.

" kenapa?" tanya cempaka memberi isyarat suruh jefrì duduk. tangannya tetap ligat memotong batang-batang bunga ros yang tajam dan panjang.

" cik puan lama lagi ke nak gubah bunga ni?" tanya jefri melabuh punggungnya.

" ada apa? cakap sahaja.." suruh cempaka.

" pasal kes nirina.." beritahu jefri mengeluarkan satu sampul kuning tebal berisi gambar.

cempaka laju menolak tepi bunga-bunganya. nama NIRINA itu sangat-sangat sentitiv.

" ada klu yang baru ke?" tanya cempaka.

jefri mengangguk.

" saya dah siasat rakan-rakan yang rapat dengan arwah rina dan amin. saya jumpa tiga orang yang rapat dengan arwah amin." cerita jefri sambil menyelongkar isi-isi sampul yang dibawanya.

cempaka melihat gambar-gambar yang dikeluarkan jefri. dia langsung tidak menyentuh.

" ini adilla. orang yang paling rapat dengan arwah nirina." jefri menunjukkan gambar di tangannya kepada cempaka.

cempaka sekadar mengangguk sambil meneliti gambar diantara nirina dan adilla. mereka kelihatan sangat rapat.

" lelaki ni arwah al-amin?" tanya cempaka mengambil satu gambar yang memaparkan wajah ceria nirina tersenyum memeluk leher al-amin sambil bergelak ketawa dengan adilla. penuh ceria dan bahagia.

" hensem..."bisik cempaka. patutlah nirina jatuh cinta. dengan rambut panjangnya. mata yang menawan. kacak. lagi kacak daripada ikran.

jefri berdehem.

" betullah.. hensem.. kalau nak dibandingkan dengan ikran.. ikran 95 percent hensem..arwah ni 100 peratus." puji cempaka beria-ria suaranya membuat perbezaan.

jefri ketawa. berani betul cempaka membuat perbandingan. mahu ikran penggal kepalanya nanti.

" muka kacak macam ni jeff.. kalau takde perempuan berebut sampai berdendam.. tak mungkin dan jangan terkejut kalau ada lelaki sanggup berbunuhan sesama sendiri.." terang cempaka. mengikut teori dari akal sihatnya, pasti ramai yang mencemburui pasangan ini.

jefri mengangguk. mengakui kebenaran kata cempaka. kekadang perempuan ni boleh nampak apa yang orang lelaki tak nampak.

" contoh dah ada depan mata jef.." maklum cempaka. teringat peristiwa yang menimpanya.

wajah jefri terus berubah.

" maaf lady boss.. maaf buat lady boss teringat peristiwa lalu.." jefri terasa bersalah. wajahnya bertukar risau.

cempaka ketawa. dia menggeleng kepala.

" hidup kena move on.. " ujar cempaka positif.

riak risau jefri terus bertukar. kini wajahnya terpancar cahaya gembira. senang hati dengan ujaran cempaka.

" jadi.. sekarang ni jeff siasat latar belakang kesemua mereka yang rapat ni.. dan siasat juga lelaki yang mungkin ada kaitan dengan mereka ini dan.. pembunuh arwah ni bukan calang-calang orang nya sebab sampai sekarang tidak dapat dikesan. so..hati-hati jef.. keselamatan utamakan. kesihatan. tuhan bagi kita satu nyawa." sambil merancang cempaka tetap memperingati tentang keselamatan. walaupun dia tahu,jefri sudah terbiasa dengan misi merbahaya. namun keselamatan masih utama. nyawa hanya sekali tuhan berikan.

" owh.. baiklah.. baiklah.. lady boss jangan risau.. saya akan buat yang terbaik." jefri terharu dilayan bak keluarga oleh cempaka. perkataan hati- hati mendalam maknanya untuk orang yang selalu melakukan misi merbahaya sepertinya.

ikman memarking keretanya jauh daripada tempat yang ingin dituju. tidak mahu keretanya menarik perhatian orang ramai. dari kejauhan dia melihat orkid tekun menaikkan layang-layangnya. kepalanya tergeleng melihat aksi keanakan orkid yang diminatinya sejak zaman dahulukala lagi.

" macam mana kau boleh jadi cikgu tabika? naikan benda ni pun tak reti.." tegur ikman.

orkid mencebik. dia memberi jelingan maut kepada ikman yang menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya.

" ingat lawa..." ejek ikman dengan aksi lepas laku orkid.

" sini... tolong.." pinta orkid.

ikman menghampiri orkid. mengambil tali dan layang-layang di tangan orkid.

" bodoh..meh sini tengok macam mana pakar buat.." dengan penuh berlagak,ikman menaikkan layang-layang.

orkid yang mula-mula menyampah akhirnya ketawa kegirangan. seronok dia melihat layang-layang yang dikawal oleh ikman terbang tinggi di angkasa seperti dirinya.

" nah air.. "orkid menyerahkan botol air mineral kepada ikman yang santai duduk di atas rumput hijau. tidak kisah andai pakaiannya kotor.

" terima kasih.. " ucap ikman jauh merenung tasik membiru.

" kenapa?" tanya orkid. perasan riak wajah ikman yang tidak seceria tadi.


next chapter
Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C96
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk