al fateh tenang menanti kedatangan cempaka di pearl cafe. di tangan terdapat satu sampul berisi bukti kisah silam ikran. setiap detik berdetak terasa lambat. dia sudah tidak sabar untuk melihat kejatuhan ikran dan keluarganya. biar mereka rasa sakit yang dirasainya.
cempaka melambai kepada dayana saat kereta myvinya memasuki perkarangan villa didiami ku najah suami isteri.
" okey lah umi.. yana pun dah sampai.. cempaka balik dulu ya.." ujar cempaka sambil menyalami tangan ku najah. tangan tua itu dikucup mesra.
" iyalah.. jaga diri.. kalau ik ada buat benda tak baik..cepat-cepat bagitahu umi.. " sempat lagi ku najah berpesan. risau sangat dia dengan perangai ikran yang tidak boleh diramal anginnya.
cempaka membuat tanda bagus menggunakan tangannya. dia membuka pintu kereta lantas masuk. tingkap diturunkan sambi tanganl melambai kepada ku najah.
" yana hantar saya ke pearl cafe.. saya nak jumpa seseorang.." arah cempaka menyandarkan kepalanya di seat kereta.
dayana mengangguk. dia tak bertanya apa-apa apabila melihat cempaka memejam matanya. mengantuk barangkali.
al fateh mengangkat tangannya apabila melihat kemunculan cempaka di pintu masuk pearl cafe. hampir 30 minit jugaklah dia menanti.
cempaka dengan senyuman biasa berjalan ke arah meja yang diduduki al fateh.
" duduklah.. you nak order apa-apa tak?" tanya al fateh sambil mempelawa cempaka duduk.
" mocha panas."
al fateh memanggil pelayan dan membuat pesanan.
" thank you sebab sudi datang.." ucap al fateh sambil matanya mengamati wajah cempaka.
cempaka senyum sinis.
" apa-apa yang ada kaitan dengan suami i.. i akan datang.." balas cempaka sengaja menekan perkataan suami itu. biar al fateh sedar sikit identitinya sebagai isteri orang. selalu sangat telefon,mesej bini orang lain. tak malu ke!! cemuh cempaka dalam hati sahajalah.
" cool... relax..." al fateh menenangkan cempaka bila mendengar nada marah cempaka. boleh tahan juga budak kecik ni.. melantun.desis hati al fateh.
" you nak cerita apa tentang kisah silam husband i?" tanya cempaka terus terang. tak payah belok kanan belok kiri.
al fateh senyum sinis. dia menyerahkan sampul coklat yg dipegangnya sedari tadi kepada cempaka.
cempaka menyambut dengan debar di dada. dia memandang al fateh. mahu mendengar penjelasan lelaki itu sebelum dia melihat isi di dalamnya.
" tengoklah sendiri.. baru you akan tahu.." al fateh seperti boleh mengagak apa yang ada dapam benak cempaka.
cempaka mula mengeluarkan isi di dalamnya. dia membelek satu persatu kepingan gambar di dalamnya.
" itu nirina. yang lagi satu tu adik i.. al hafiz.. dan yang tu gambar tunang niri a dan ikran. dan yang ni.. gambar ikran bawa nirina ke klinik swasta untuk proses menggugurkan kandungannya." jelas al fateh tentang semua itu.
cempaka menarik nafasnya dalam. cuba bertenang.
" mana you dapat semua gambar ni?" tanya cempaka. dia ingin tahu dan membuat penilaian sewajarnya.
" mana i dapat.. ni adik i.. adik kandung i.. adik i mati kerana mereka.. ayah i mati kerana ikran.. selepas jumpa ikran.. ayah i kemalangan.. serangan jantung.." al fateh melempiaskan rasa amarah yang terpendam sekian lama di hatinya. dendam kesumat yang tersimpan di hatinya sudah tidak terbendung lagi. terasa sudah bernanah di setiap inci kulitnya.
cempaka menggigit bibirnya. cerita versi apa sebenarnya yang diperdengarkan kepadanya selama ini. siapa sebenarnya identiti nirina ini? adik angkat atau tunang? apakah hubungan yang ada diantara ikran dan gadis ini sehingga gadis ni hamil? apa srmua ini. cempaka merasakan kepala otaknya tiba-tiba bercelaru.
" i tak faham semua benda ni.. yang i tahu.. rina ni anak angkat ku najah.." akhirnya setelah lama berdiam,cempaka mula bersuara.
" you tak perlu tanya pun.. cukup you tahu.. ikran bertanggungjawab atas kematian 4 nyawa.." al fateh menyandar tubuhnya ke kerusi. minuman yang dihidangkan oleh pelayan disisip ke mulutnya. matanya teroancar sinar kesakitan. ikran harus bertanggungjawap atas kematian al hafiz,ayahnya,nirina dan bayi yang dikandung nirina.
" adik you sekarang dekat mana.?" tanya cempaka.
" dia dah tinggalkan kami.. saat terakhir hidupnya dia berubah jadi kaki botol.. pergi kelab malam dan mati akibat ditusuk kaca botol arak.." dengan senang hati al fateh bercerita. menjawap setiap pertanyaan cempaka.
" owhh maaf... maaf encik fateh.. maaf i tak tahu.." cempaka tahu rasanya kehilangan orang yang kita sayangi. bukan senang rasanya al fateh merawat sakit hatinya.
" takpe.. you berhak tahu agar you tak dipermainkan oleh ikran selepas ini..berhati-hati." al fateh mula menyuntik rasa benci dan was-was ke dalam sanubari cempaka untuk ikran.
" tentang kematian nirina.. you tahu?" tanya cempaka lagi.
" perempuan ni.. sebab rasa bersalah.. dia ambil jalan mudah tamatkan hidupnya.. dia bunuh diri..gantung dirinya"
cempaka terkejut mendengar cerita al fateh. patutlah ku najah tidak mahu cerita lebih-lebih tentang kematian nirina yang kononnya diambil jadi anak angkat. cempaka mula keliru. siapa yang patut dia percayai?