Unduh Aplikasi
18.75% Calon Bintang: Dari Dendam Ke Kebebasan (Cahaya Awal) / Chapter 2: Kehidupan Normal (1)

Bab 2: Kehidupan Normal (1)

BANGUN.

Nafas yang tidak teratur dan keringat yang keluar daripada tubuh dan membasahi baju seika.

Penglihatan seika kabur dan seika mendengar bunyi denting~ yang kuat.

Seika mengangkat tangan kanannya dan meletakkan di mata kanannya, rasa sakit masih terasa di seluruh tubuhnya, terutama di mata kanannya.

Seika mula menenangkan dirinya dan mencuba memulihkan penglihatan serta pendengarannya yang kabur.

Seika mula mengeluarkan isi benaknya dan bertanya kepada dirinya sendiri.

'mimpi?'

TIDAK MUNGKIN.

Perasaan takut dan rasa sakit masih terasa diseluruh tubuh seika, tidak mungkin itu hanya mimpi belaka.

Seika masih dapat merasakan lagi sensasi rasa sakit dan rasa takut itu. Seolah-olah perasaan itu baru sahaja ia alami sebentar tadi.

Tapi ada satu hal yang paling aneh tentang mimpi itu,iaitu.

AKU TIDAK INGAT MIMPI APA YANG AKU LALUI.

seika tidak mengingati mimpi apa yang ia lalui, atau lebih tepatnya mimpi itu terlihat kabur di ingatan seika.tapi ada satu hal yang seika ingat, iaitu kata-kata sosok yang berada di dalam kegelapan itu.

'Waktunya sudah hampir tiba...seika...'

Walaupun seika tidak memahami makna dari kata-kata sosok itu, tapi entah kenapa seika merasa sesuatu yang buruk akan berlaku.

Dalam kebingungan seika, tiba-tiba seika mendengar suara seorang wanita.

"Kakak... JANGAN MENGAIKAN AKU!"

Seika tersedar kembali.

Daripada tanding seika tidak dapat mendengar suara di sekelilingnya kerana bunyi denting~ yang kuat. Apabila pendengar seika pulih, seika baru menyedari ada suara yang memanggilnya dari tadi.

Suara yang tidak asing.

Seika melepaskan tangan kanannya daripada mata kanannya dan seika mula melihat sekeliling.

Melihat kehadapan.

Nampaknya seika berada dalam sebuah ruangan. Seika mengingatnya, ruangan ini adalah bilik tidurnya.

Di ruangan ada rak buku serta bukunya yang penuh diisi di rak buku bilik ini, dan seika mengenali buku yang ada di ruangan ini, iaitu manga, light novel dan buku fiksi yang lain-lain yang dibeli oleh seika.

Selain itu, di ruangan itu ada pc di sudut ruang dan baju yang tergelantung di suatu sisi ruangan.

Orang yang melihat ini sudah pasti menganggap pemilik ruangan ini seorang otaku¹ berat. (Otaku adalah seorang peminat kisah fiksi yang berat.terutama kisah fiksi jepan)

Setelah selesai melihat ruangan di hadapan Seika, seika mula mencari suara yang tidak asing yang ia dengar tadi.

Melihat ke samping dan menundukkan sedikit kepala ke bawah katil.

Seika dapat melihat pemilik suara yang ia dengarkan tadi.

ia adalah seorang gadis yang cantik, kulitnya putih bersih, matanya yang hijau serta rambutnya hitam panjang.

Kenapa gadis ini terasa tidak asing bagi ingatan mimpi seika. Persoalan itu muncul dan seika tidak dapat mengingatnya kerana mimpi itu masih terlihat kabur.

Hening~.

Dalam keheningan, bibir gadis itu mula bergerak.

"Kakak kamu okey ke tak ni?"

Seika kenal gadis ini, ia adalah adik perempuannya,Luisa. Wajah adikku terlihat sangat cemas. Dalam keheningan dan saling bertetapan yang agak lama, Gadis itu meledak dan meludah kan.

"Kakak!! Jangan mencuba mengabaikan aku!! Jawap soalan aku!!" Seika terkejut daripada suara yang deras adiknya dan seika mula tergesa-gesa mengulas otaknya untuk menjawab."Aku...aku baik-baik sahaja, tadi aku hanya mengalami mimpi buruk."

"Begitu... Baguslah, daripada tadi aku melihat Kakak terkeliak di tempat tidur, dah seperti orang yang mahu mati saja."

"Hahaha.. maaf membuat kamu cemas..."

Luisa menghelahkan nafas berat dan mula bangun dari posisi bersila-nya

dan mengangkat tangan kirinya dan mengeluarkan ibu jarinya untuk menunjukkan jam yang berada di belakangnya, yang terletak di dinding bilik seika.

"Kakak lihat kita sudah lewat untuk pergi ke sekolah"

Seika melihat jam yang terletak di dinding dan matanya membesar kerana terkejut. Jamnya menunjukkan pukul tujuh tiga minit pagi.

"K-K-K-KITA SUDAH LEWAT!!!"

Ya, mereka sudah terlewat untuk pergi ke sekolah,normalnya sekolah di Malaysia jam akhir untuk masuk ke sekolah adalah pukul tujuh setengah.

Seika segera bangun daripada tempat tidur dan mengambil kain tuala yang tersider di tempat letaknya dan segera bergegas pergi ke bilik air.

Bang!

Bunyi yang deras daripada pintu bilik air yang dimasuki oleh seika.

Seika membuka paip dari singki air. Dan mengambil air untuk membasuh mukanya dan berkata dengan suara deras supaya dapat didengar di luar ruangan bilik air.

"Kenapa tidak memanggil aku lebih awal!!"

Luisa membalas dari luar ruangan.

"Aku daripada tadi memanggil kakak, tapi kakak tidak mendengarnya."

Luisa tidak salah apa-apa, yang bersalah daripada ini adalah seika,kerana tidak mendengarkan Luisa yang selalu memanggilnya.

Seika mengeluarkan bunyi ugk~.

Seika mengambil kain tuala yang tergelatong di leher dan melap muka. selepas itu, seika melihat cermin di hadapannya.

Terlihat seorang lelaki yang agak gemuk dan berbadan tinggi serta memiliki rambut hitam yang sedikit menutupi matanya serta matanya yang berwarna hitam.

Lelaki itu adalah seika.

Seika teringat akan mimpi tadi dan mula berfikir tentang mimpi tadi dalam hatinya.

'mimpi apa itu, kenapa aku tidak mengingatnya,tapi kenapa aku dapat merasakan perasaan sakit dan takut daripada mimpi itu?'

Seika mencuba mengingat mimpi itu.

'ah! Sakit!.'

Rasa sakit yang luar biasa di kepalanya apabila seika mencuba mengingat mimpi itu.

Seika menutup paip dan air berhenti keluar. Seterusnya, seika mengangkat tangan kanannya dan meletakkan di mata kanannya. Rasa sakit di mata kanan masih terasa dan seika bertanya persoalan yang tidak dapat ia jawap.

'kenapa ini terasa sakit?'

Dalam keheningan, seika mendengar suara daripada luar bilik air.

"KAKAK!! sekarang sudah pukul tujuh lapan minit!"

Seika tersedar kembali daripada pemikirannya dan melepaskan tangan daripada matanya.

Kerana tidak ada waktu untuk mandi, disebabkan waktu yang semakin menipis.seika hanya dapat mencuci muka.

Seika mengeluh dalam benaknya 'aku taknak pergi ke sekolah'

Tetapi itu mustahil kerana adiknya yang sangat rajin tidak akan membenarkan abangnya ponteng sekolah.

Setelah mengeluh dan menghela nafas panjang, seika berkata dengan suara yang kuat.

"YA,YA AKU AKAN SEGERA KELUAR!!"

***

Mengunci pintu.

Terlihat Seika dan Luisa berseragam sekolah dan di mulut seika terdapat roti bakar yang dibuat oleh adiknya, disebabkan waktu yang menipis seika tidak dapat nikmati roti bakar itu secara perlahan-lahan.

Setelah memastikan semuanya aman, Luisa mula berbicara.

"Ayuh bergegas, kakak."

"...ya"

Mereka menuruni tangga. di kerana kan lift rosak beberapa hari lalu mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu tangga.

Seika dan adiknya,Luisa.tinggal di apartment. mereka adalah anak yatim piatu, di kerana ayah dan ibu mereka mengalami kecelakaan dan mengakibatkan orang tua mereka meninggalkan semasa seika berusia 6 tahun dan adiknya Luisa berusia 5 tahun.

Pada mulanya, mereka diadopsi oleh nenek mereka, di kerana kan nenek mereka meninggalkan semasa seika berusia 10 tahun dan luisa berusia 9 tahun, mereka diadopsi oleh pakcik mereka pulak.

Tapi persoalan, kenapa mereka tidak tinggal dengan pakcik mereka dan malah tinggal di apartment?

Itu mudah, kerana pakcik mereka tidak menyukai seika dan luisa. Jadi pakcik mereka menyewa apartment dan menyuruh mereka tinggal di sana.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya pakcik mereka tetap memberi kebutuhan hidup seperti memberi duit setiap bulan untuk keperluan hidup.

Seika bersyukur kerana pakciknya masih ada sifat manusiawi.

Bagi seika itu yang terbaik, Kerana seika tidak menyukai saudara mara nya, termasuk pakciknya. kerana bagi seika mereka tidak lebih daripada sekadar orang-orang munafiq, apabila orang tua seika meninggal saudara mara mereka tidak terlihat sedih, malah mereka terlihat senang.

Itu sudah wajar kerana mereka hanya orang yang tamak. Di kerana kan ayah seika yang kaya-raya meninggal, mereka mendapatkan harta yang ditanggalkan oleh ayahnya.

Tinggal bersama nenek mereka lebih menyenangkan, kerana nenek mereka sangat baik dan lembut. Tetapi semuanya hancur apabila nenek kesayangannya meninggal.

***

'Hai semua saya adalah seika seorang remaja berusia 16 tahun dan saya seorang otaku dan hal yang paling saya benci adalah perkara yang menyusahkan dan orang yang berlari dihadapan saya adalah adik saya luisa yang berusia 15 tahun.'

Nafas yang terengah-engah dan peluh yang keluar daripada tubuh.

Seika sedang berlari.

Seika mencuba mengalihkan rasa letihnya dengan berbincang dengan dirinya sendiri didalam hati.

Di kerana kan seika bangun lewat, bas yang selalu mereka naiki sudah pergi. Akibatnya mereka terpaksa berlari untuk pergi ke sekolah, tapi seika bersyukur kerana sekolah mereka tidak terlalu jauh dari apartment nya.

Seika berada dibelakang adiknya. Itu sudah wajar disebabkan seika adalah seorang otaku, ia jarang bersukan dan selalu mengurung diri dalam bilik.

Sedangkan, adiknya seorang yang aktif bersukan.

Biasalah adiknya seorang anak teladan yang selalu dihormati oleh banyak orang, adiknya selalu mendapatkan top 1 berurutan dalam setiap ujian tingkatan di sekolah,selain itu.Luisa juga digelar sebagai orang tercantik oleh murid-murid sekolah di kerana matanya yang berwarna hijau. Seika pernah membaca di website bahawa mata yang berwarna hijau adalah sangat langka,tapi kebanyakan orang memiliki mata itu adalah orang Eropah.

Seika juga pernah mendengar dari ayah yang pernah berkata bahawa, atok mereka adalah orang Eropah yang berkahwin dengan nenek mereka.iaitu, berbangsa kan Melayu. Adiknya orang yang luar biasa,tapi abangnya malah sebaliknya, seika hanya memiliki wajah yang biasa dan top ujian seika juga dapat dikata tidak ada yang luar biasa. ditambahkan lagi, seika hanya seorang pemalas,jadi di sebabkan semua faktor itu ramai orang berkata ia tidak layak untuk mendapat adik sebijak dan secantik adiknya.

Walaupun itu sangat menyakitkan seika.

Tetapi adiknya yang baik menyuruh abangnya untuk tidak memperdulikan berkataan mereka.

Luisa berhenti berlari dan menoleh ke abangnya yang sudah ketinggalan jauh dari belakang,dan berkata.

"Kakak!! Cepat kita hanya ada dua belas minit lagi!!"seika juga ikut berhenti berlari dan menarik nafas sebentar dan berkata"pergi lah dahulu aku tidak akan dapat mengejar mu! ditambahkan lagi dua belas minit masih lama!!"

"Tapi.."

"Tidak apa-apa, aku baik-baik sahaja jadi pergi saja."

"...Baiklah kalau begitu."

Luisa pergi meninggalkan seika.

Seika berfikir di benaknya.

'itu adalah terbaik untuknya'

Seika hanya menjadi beban nya, ditambahkan lagi seika tidak ingin adiknya lewat ke sekolah di kerana kan nya.Selain itu, Seika ingin menjaga imej adiknya yang selalu digelar sebagai anak teladan.

Kalau boleh seika tidak ingin pergi ke sekolah untuk hari ini, tapi adiknya Luisa memaksanya pergi ke sekolah.

***

Seika sudah mendekati gerbang sekolah dan masih tersisa beberapa minit lagi, di kerana kan seika hampir tiba ke sekolah seika hanya berjalan sambil mengatur nafas.

Dalam beberapa ratus meter lagi untuk masuk ke gerbang sekolah.

Terdapat bayang-bayang yang mendekati seika secara perlahan dari belakangnya, sedikit demi sedikit bayang-bayang semakin mendekati seika.

Bayang-bayang itu seperti harimau yang menunggu kesempatan yang bagus untuk menerkam mangsanya.

Dalam jarak yang dekat bayangan itu menerkam mangsanya.

"WAHHH!!!"

Seika yang terkejut secara reflek meninju bayangan itu.

Bang-

Bunyi yang didengar.

Tinju tepat terkena di bahagian pipi bayangan itu dan seika dapat melihat sosok bayangan itu.

ia seorang lelaki berambut perang dan memakai anting-anting di telinganya serta matanya yang hitam, sepertinya ia adalah anak nakal yang mewarnakan rambut dan memakai anting-anting.

Seika mengenali siapa lelaki itu. Ya, ia adalah sahabat seika dan adiknya Luisa,dia adalah orang yang selalu membantu dan bersama kami berdua dari kecil lagi, dan seika selalu menganggap ia seperti saudaranya sendiri ia adalah Akmal.

"Ah~,kau rupanya mal..." Akmal memegang pipinya yang sakit dan berkata kepada seika dengan nada suara yang kesal "aduduh... Sakit oi!! Kenapa kamu tidak boleh sedikit lembut seika?!"

"Apa boleh buat itulah dinamakan reflek, tapi itu bukan salah aku,'kan. Kau yang mencuba mengejutkan aku, jadi terimalah padahnya hahahaha."

"Tch."

Seika ketawa sombong di depan akmal.dalam beberapa saat, seika berhenti ketawa dan mengangkat tangannya dan meletakkan di dagu dan berkata.

"Ouhh... Ya, Kenapa kamu berjalan kaki pergi ke sekolah mal bukankah kau selalu menaiki kereta Limousine² untuk pergi ke sekolah? Ditambahkan lagi kamu lewat mari ke sekolah." (Kereta panjang yang berwarna hitam. Selalunya dinaiki oleh orang kaya)

"Itu ... Kerana aku bangun lewat,ya... Walaupun ada pelayan yang memanggil aku, aku mengabaikannya untuk tidur lebih lama hehehe... Dan kalau kereta itu aku berhenti tengah jalan apabila aku melihat mu jadi aku berfikir untuk mengejutkan mu, tapi ini yang aku dapat."

"Dasar menyedihkan."

"Ugk-"

Akmal adalah seorang anak daripada ayah seorang bilionair jadi Akmal orang yang sangat kaya, sudah tentu orang yang kaya-raya memiliki beberapa pelayan dirumahnya.

Akmal mengusap-usap pipinya yang bengkak dan berkata kepada seika dengan suara mengejek.

"Jadi kenapa kau lewat juga seika, bukankah kau memiliki adik terbaik dalam dunia yang selalu membangunkan abangnya yang pemalas?"

"Ugk ... Itu... Aku hanya tidur mati."

Akmal tersenyum puas dan ketawa terbahak-bahak, kerana melihat orang yang menyedihkan yang tidak bangun apabila dipanggil dan ia mengejek orang yang sama sepertinya.

"Dahlah! Kita sudah lewat kan jadi ayuh cepat masuk ke gerbang sekolah sebelum waktu habis."akmal berhenti ketawa dan berkata, sambil melap air mata yang keluar "yelah..."

Seika melihat jam di tangannya dan tiba-tiba tubuhnya mengeluarkan keringan. Mereka hanya ada tiga minit lagi untuk masuk gerbang sekolah.

"Mal!!! cepat kita hanya ada tiga minit!!!"

Akmal segera memahami maknanya dan mereka berdua segera mula berlari sekencang mungkin.

Sedikit lagi.

Beberapa langkah lagi.

Bang.

Bunyi pintu gerbang ditutup.

Seika dan akmal dapat melihat cikgu disiplin.

Cikgu disiplin berada di hadapan gerbang itu, untuk melihat murid mana yang datang lewat.

Cikgu disiplin melihat seika dan akmal dan mengeluarkan kata-katanya.

"Jumpa aku di bilik guru selepas waktu balik...'

"Tapi!"

"Tapi!"

"Tidak ada tapi-tapi, kalian berdua akan menerima hukuman"

Mereka mengeluarkan jari telunjuk pada waktu yang sama dan mengarahkan pada satu sama lain dan meludah kan.

"Ini salahnya!"

"Ini salahnya!"

"Apa!"

"Apa!"

Mereka berdua berkata serentak, dan menyambung untuk saling menyalahkan sesama mereka.

"Kalau bukan kerana kau mencuba mengejutkan aku, aku tidak akan lewat mal!"

"Haa... Itu juga salah mu, kalau saja kau tidak meninju aku mungkin kita tidak akan memulakan perbicaraan yang panjang seika!"

Cikgu disiplin yang melihat mereka berdebat mengeluarkan ekspresi tegas di wajahnya dan berkata.

"DIAM!!"

Seika dan akmal segera berdiam diri kerana takut cikgu mereka.

Dalam beberapa saat yang berlalu cikgu mereka mula membebel tentang 'apa namanya sahabat sejati'

Seika yang tidak tahan dengan bebelan itu mencuba mengalihkan pelihatannya,Seika melihat ke dalam gerbang dan melihat adiknya berada di sana.

apabila luisa melihat abang dimarahi dia membuat isyarat tangan. Yang bermaksud 'maaf'.

Luisa meminta maaf kepada seika kerana meninggalkannya tadi. Kalau sahaja luisa tidak meninggalkan abangnya mungkin hukuman seika dapat diringankan kerana luisa adalah anak teladan dan semua cikgu di sekolah selalu memanjakannya kerana luisa boleh dikatakan sebagai jenius muda.

Setelah itu, Luisa segera meninggalkan seika dan akmal yang sedang dimarahi cikgu.

Entah kenapa seika merasa di khianati dan mengeluarkan ekspresi sedih serta berkata dalam benaknya.

'Ini adalah terbaik.'

Ini adalah terbaik untuk seika dan luisa seika memahami itu. Kerana kalau luisa lewat hadir ke sekolah dengan alasan Membangunkan abangnya yang pemalas. Penggemar luisa akan mencarinya sehingga ke lubang kubur.

***

Di dalam kegelapan.

Ada sesosok identiti yang duduk di sana.

Wajahnya hanya terlihat separuh dan terlihat sedikit garisan lurus seperti 'l' dibahagian mata kanan sosok itu.

Sosok itu mula tersenyum dan berkata di dalam kegelapan yang sunyi itu.

"SEBENTAR LAGI,CALON BINTANG PERTAMA AKAN TERLAHIR."

Dan sosok itu terus tersenyum dalam kegelapan yang sunyi itu.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk