Unduh Aplikasi
20% Our Precious Moments / Chapter 2: JEJAKA TAMPAN!

Bab 2: JEJAKA TAMPAN!

Aira hanya tergamam apabila melihat pelajar lelaki tersebut bertanya ke arahnya. 'Ya Ampun! Handsomenya!! Ni adalah pertama kali dalam hidup aku tengok lelaki yang berwajah hampir sempurna dan tampan ni! Serius!'

Si jejaka tampan itu hanya melihat ke arah luka Aira yang keluarnya darah yang banyak tanpa mempedulikan pandangan Aira terhadapnya.

Dahi si pelajar lelaki tersebut berkerut dengan kuat, seolah-olah dia yang mengalami luka tersebut. Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar sekolahnya. Sepertinya itu tisu. Dia mengambil beberapa keping tisu dan menyapu luka darah yang mengalir daripada pergelangan kaki Aira. Darah yang berwarna merah pekat kelihatan mengalir keluar dengan deras dari kakinya.

Aira hanya mampu terpaku dan tidak bergerak. 'Aku...badan aku..kenapa rasa berat nak gerak? Sedarlah diri aku, wei! Aku tak boleh hanyut di hadapan ciptaan yang indah ni!'

Dia menggerakkan sedikit tubuhnya, cuba untuk menjauhi pelajar lelaki tersebut. Aira melihat dia sekilas pandang sambil berkata. "Takpe. Aku okay je."

Pelajar lelaki tersebut berhenti menyapu darah yang mengalir dan memandang tepat ke arah muka Aira.

"Seriuslah? Aku tengok kau tak okay je ni!" Jawabnya dengan nada yang prihatin.

...

Aira hanya terdiam apabila secara tak sengaja dia bertentang mata dengan pelajar lelaki tersebut yang sedang memandangnya.

'Yep, aku tak okey sebab kau ada depan aku! Ciri-ciri lelaki idaman aku yang aku impikan selama ini! Kenapa muka kau kacak dan maskulin sangat ni? Rambut kau pun hitam pekat. Dahi pun dahlah licin! Muka yang halus tanpa jerawat! Kening pun sederhana tebal dan alis pun cantik! Mata kau pun warna coklat cair dan bulat! Hidung pun elok terletak dan sedang-sedang mancung. Bibirnya...Ya ampun..Bibirnya kemerah-merahan macam buah delima! Muka pun dahlah putih! Makhluk apa yang hampir sempurna depan aku ni!! Mamat Korea ke apa?! Aku mimpi ke apa ni?!!' Hatinya menjerit apabila melihat wajah handsome yang duduk di hadapannya itu.

Selepas hampir termenung selama 2 minit, Aira tersedar apabila terdapat tangan melambai-lambai di hadapannya. "Hellooo? Kau okay ke tak ni?"

Dia berpura-pura batuk kecil untuk menyembunyikan bahawa dia sudah termenung lama melihat wajah pelajar lelaki ini.

"Uhuk, uhuk, ehem. Aku baik-baik sahaja." Balasnya dengan jawapan yang seringkas dan sedingin yang mungkin.

Setelah itu, Aira baru tersedar bahawa kakinya sudah terkeluar darah apabila badannya diserang rasa sakit yang mendalam. 'Aduh! Kaki aku sakit! Banyaknya darah keluar!!' Fikirannya ligat berpikir apabila melihat lukanya itu.

Usai si pelajar lelaki itu menyapu lukanya dengan tisu tersebut, dia mengeluarkan sapu tangan yang berwarna biru lembut. Dia menuju ke arah kaki Aira lalu mengikatnya perlahan-lahan supaya darah merah berhenti mengalir keluar. Selepas dia mengikatnya, dia memandang kembali ke arah Aira. "Aku mintak maaf, serius, aku tak sengaja jatuh atas kau."

Aira hanya mampu terpaku sebaik sahaja melihat pelajar lelaki di hadapannya ini membuka mulut. 'Even suara dia pun sedap...Dia boleh jadi penyanyi ni!'

Kemudian, dia menepuk mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.

*Plak*

'Sedarlah Aira! Jangan hanyut! Jangan berangan!' Dia cuba untuk menyedarkan dirinya.

Pelajar lelaki tersebut melihat ke arah Aira dengan wajah kehairanan. "Apsal kau tampar muka kau sendiri?"

Aira pun tersedar dan memberikan alasan. Dia berasa sedikit kekok dan berpura-pura ketawa kecil. "Ahahaha...tak ada apa-apa pun. Takdi ada rama-rama terbang dekat muka aku, sebab tu aku tampar. Dia dah lari kut."

"Tapi aku tak nampak pun rama-rama terbang?" Bidas si pelajar lelaki tersebut dengan bertanya soalan.

Kantoi. Bisik hati kecil Aira.

Dia memandang ke arah pelajar tersebut. "Haha, aku salah tengok kot takdi. Sorry.."

Aira melihat ke arah kakinya yang sudah elok diikat dengan sapu tangan milik pelajar lelaki tersebut dengan kemas. Kelihatan darah yang pekat mengalir sebentar tadi telah berhenti.

"Apa-apa pun kau jangan risau, aku okay je. Dan aku berterima kasih kat kau sebab dah tolong balutkan kaki aku ni. Selebihnya aku boleh urus sendiri. Aku pergi dulu." Aira berkata dengan nada suara yang biasa, seolah-olah apa yang telah berlaku terhadapnya itu hal yang kecil sahaja. Tidak perlu dikecohkan dan berbuat bising pun.

Tanpa memandang lagi ke arah pelajar tampan di hadapannya, Aira fokus terhadap kakinya. 'Aku kena pergi bilik rawatan ni, sebelum kaki aku terkena jangkitan kuman. Hah..Apalah nasib aku sampai jadi macam ni..'

Dia bingkas bangun, namun terduduk kembali apabila badannya diserang kesakitan yang menyengat. Seperti dirinya disambar kejutan elektrik. Salur darah dalam badannya berasa tersekat seolah-olah sesuatu benda menghalang. Kesakitan yang parah membuat badannya berhenti bergerak dan jatuh terduduk.

"Arghh, sakit!"

Aira mengerang kesakitan sambil memerhatikan kakinya yang berbalut. Dia merasa pergelangan kakinya sudah membengkak dan berdenyut-denyut.

*Nyut!*

Dahinya mula berkerut-kerut apabila kesakitan pada kakinya sampai ke dalam dirinya. Badannya merasa sangat tidak stabil ketika ini. Hatinya berbisik kuat. 'Kenapa sakit sangat dekat kaki aku ni? Padahal budak lelaki ni jatuh atas kaki aku je kut! Berat sangat ke dia ni? Apa pasal sampai buat aku sakit satu badan!'

Apabila si pelajar lelaki di hadapan Aira melihatnya jatuh terduduk, dia mendekati gadis itu dengan perasaan bersalah. Dia duduk di samping Aira dengan menongkat kaki kanannya ke bawah dengan gaya ala-ala putera diraja pada zaman Renaissance.

Dia berkata dengan nada yang rendah. "Maaf, ni semua salah aku. Mesti kau susah untuk bangun kan? Meh sini, aku akan tolong kau bangun." Dia menghulurkan tangannya ke arah lengan Aira. Kelihatannya dia ingin untuk memapahnya.

Aira hanya mampu terdiam. Dia hanya melihat tingkah laku pelajar lelaki di hadapan yang cuba untuk membantunya. 'Ni bukan sebab aku tak nak bangun, cuma aku memang tak boleh bangun! Sakit! Tapi..perit sangat rasa sakit ni... Takkan kaki aku terseliuh kut?'


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk