Unduh Aplikasi
20% MENJADI YANG TERKAYA / Chapter 2: BAB 2

Bab 2: BAB 2

Simon bangun dari tidurnya sebaik sahaja matahari terbit . Dia terus pergi mandi dan mengenakan pakaian hariannya yang berwarna hitam . Dia baru keluar dari biliknya apabila dia mendengar suara ibunya memanggil dia untuk sarapan pagi .

" Simon , mari sarapan bersama " kata ibu Simon iatu Adriana Dery . Rupanya masih kelihatan seperti berumur 35 tahun walaupun hampir berumur 50 tahun .

Adriana telah membesarkan Simon seorang diri sejak suaminya menghilang sejak 20 tahun lalu . Keluarga Dery merupakan keluarga yang kaya di kota utama di negara Mospoly . Tetapi , atas beberapa alasan , Adriana dihalau keluar dari keluarganya .

Adriana telah datang ke kota ini sejak 28 tahun . Pada waktu itu juga Adriana bertemu dengan ayah Simon ketika sedang melakukan pekerjaannya .

Sejak ayan Simon telah menghilang, Adriana harus melakukan banyak pekerjaan untuk membersakan Simon sehingga ke ahri ini .

Simon terus menuju ke meja makan lalu duduk menghadap ibunya . Simon mahu memberitahu ibunya yang bahawa dia akan melakukan pekerjaannya hari ini .

" Ibu , aku akan membuka perniagaan aku hari ini " kata Simon dengan wajah yang teruja kerana dia dapat juga membalas jasa ibunya .

Adriana merasa terkejut setelah mendengar penyataan anaknya itu . Simon tidak pernah mendapatkan sebarang pekerjaan setelah dia menamatkan pengajiaanya . Adriana berasa gembira kerana Simon mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi dia membuka kedai dia sendiri .

" Mak doakan semoga perniagaan kamu berjalan dengan lancar " kata Adriana .

" Terima kasih mak . Simon akan buat ibu bangga nanti " kata Simon dengan mulutnya dipenuhi dengan sarapan yang disediakan ibunya .

____________________

Selepas sahaja selesai sarapan , Simon terus keluar dari rumahnya dan menuju ke lokasi perniagaannya . Dia dan ibunya tinggal di kawasan yang dipenuhi dengan rumah yang tersusun di sepanjang jalan menuju kawasan perumahan ini .

Simon berhenti sebaik sahaja dia melihat ada seseorang yang datang ke arah dia .

Orang itu adalah pemilik asal bangunan yang dibeli oleh Simon . Dia baru sahaja datang pada pukul 7:30 pagi dan ingin menunggu Simon untuk memberikan kunci dan mendapatkan tandatangan bagi mengesahkan kepemilikkan bangunan yang dibeli Simon .

" Adakah anda adalah Encik Simon William " kata pemilik kedai asal kedai itu .

" Ya , sayalah Simon William " jawab Simon dengan nada yang tenang . Simon menerima mesej dari pemilik asal kedai untuk datang bagi membuat pembayaran . Simon telah menyimpan wang simpanan sejak dari kecil lagi . Dia juga mengambil bekerja separuh semasa di sekolah lagi untuk membantu membayar yuran . Bakinya akan disimpan di akaun banknya sendiri .

" Ohh, salam kenal Encik Simon . Saya adalah pemilik kedai asal bangunan ini dan boleh panggil Encik G . Mari masuk ke dalam untuk tandatangan penyerahan kepemilikkan " kata pemilik kedai itu. Bengunan itu telah lama terbiar dan tidak ada satu orang mahu membelinya . Sekarang Simon telah membelinya membuatkan dia merasa lega kerana bangunan itu tidak kosong lagi .

" Bailklah Encik G" jawab Simon lagi . Mereka berdua masuk ke dalam kedai dan menyelesaikan urusan pemindahan pemilik kepada Simon . Sebaik itu selesai , kunci itu diserahkan kepada Simon dan pemilik asal terus beredar pergi dari tempat itu .

Simon melihat keadaan kedai itu yang telah debersihkan dan dibaiki seperti yang disuruh .

Semua stok barangan di dalam kedai juga mencukupi serta hiasan dalaman dan luaran kedai juga cukup menarik .

Simon terus pergi ke arah kaunter kedai dan menunggu pelanggan untuk datang membeli barangan di kedai ini . Simon menunggu hampir lama sampai satu jam kemudian seorang pelanggan datang membeli .


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk