Unduh Aplikasi
90.9% about Me / Chapter 10: Bab 10

Bab 10: Bab 10

'DAYYAN...DAYYAN...DAYYAN...'' Rasa macam nak terkeluar aja anak tekak aku memanggil menjerit nama Dayyan tapi langsung tak disahutnya.

Tidur ke budak ni? Tengah hari buta macam ni pun nak tidur lagi ke?

Pelik?

Bukankah jam sebegini dia lagi di meja belajar, tak mungkin dia tidur. Aku mula mengorak langkah untuk menaiki anak tangga. Tak pasal-pasal aku kena mendaki pula tengah hari ini. Setibanya aku di depan pintu bilik Dayyan aku pantas memulas tombol kasar tanpa mengetuk pintu biliknya dek kerana geram.

Ye geram sangat. Bayangkan bila kau panggil orang itu sampai kau dah boleh nyanyi lagu rock dah tapi tak disahut –sahut.

''HA DAY..yan.'' Suaraku yang tinggi memanggil nama dia makin menurun nada. Aku melihat Dayyan dari belakang , kelakuan dia agak aneh. Langkahku semakin menghampiri belakang Dayyan dan perlahan –lahan aku menepuk Dayyan lembut.

''Kau makan apa weh?'' Lagi aneh apabila Dayyan menganehkan lagi kelakuannya. Dia cepat-cepat menyorokkan apa yang dia makannya di dalam poket seluarnya sebaik sahaja dia sedar akan kehadiran aku.

''Setahu aku, aku tak beli lagi nasi , biskut-biskut pun dah habis dan aku tak nampak pun kau turun jadi kau makan ape ye?'' Aku pandang Dayyan dengan pandangan yang ragu-ragu , cuak pelik semualah kiranya.

Dayyan tertawa sebelum menjawab soalan aku.'' Kau ni serius sangatlah aku makan gula-gula je kot, ni ha aku simpan sampah dalam poket seluar aku. Kenapa kau fikir aku makan benda-benda mengarut eh?''

Aku menghembus nafas lega.Ya aku hampir eh silap , bukan hampir aku memang sudah fikir bukan-bukan soal Dayyan. Aku fikir dia gila kena rasuk semualah.

''Kau kenapa ni ? Risau lagi ke?'' Soal Dayyan.

''Ah takda papelah. Kau dah sihat sikit dah kan. Esok kau sekolah tak?''

''Weh...''

''Apa? Sakit perut lagi ke.. ? Dah taknak sekolah dah?'' Eh aku perli dia ke?

''Aku dah berhenti sekolah.''

Membuntang mata aku .

"Ha? Bila? Kenapa? Bagaimana? Apa? Siapa?''. Amik kau . Aku manfaatkan semua yang diajar oleh cikgu bahasa melayu pada saat ini.

''Bertenanglah...slow...slow''. Dayyan cuba menenangkan aku yang tengah gelabah.

''Pasal Hoodie ke?''

Dayyan mengganguk.

Aku memejamkan mata sebentar untuk beberapa saat sebelum menyambung bicara.

''Weh Dayyan kan aku dah bagitahu kau yang Iman Hafiz dengan geng-geng dia dah berubah.''

Dayyan menggeleng laju

'Tak weh...percayalah..''

''Macammana kau boleh yakin dengan jawapan kau?''

''Aku tahu weh ketua dia tak berubah lagi, percayalah cakap aku.''

'' Okey macammana kau boleh tahu? Okey aku tahu kau kena buli sebab kau pernah cerita dekat aku dan satu sekolah tahu Iman Hafiz tu macammana. Tapi itu dulu Dayyan, sekarang dia dah berubah . Aku nampak Dayyan, sebab aku kawan dengan dia. Sebab tulah aku tak nak kau tuduh dia tanpa bukti yang kukuh.'' Berbuih mulut aku mengulang ayat yang sama.

''Sebab aku nampak, aku nampak apa yang dia buat.''

''Apa yang kau nampak , cakap apa yang kau nampak?'' Suara aku mula meninggi.

Dayyan hanya terdiam . Cuma mata dia yang hanya berbicara dengan tangisan.Tangisan yang mengalir tanpa henti.

''See. Kau sendiri pun tak tahu, aku bukannya tak nak backup kau , aku bukannya nak backup musuh lama kau . Langsung tak. Cuma aku nak kau terima , redha yang mereka dah berubah. Aku tahu yang kau trauma dengan Hoodie tapi please jangan pendam. Aku risau nanti kau akan berdendam.''

Dayyan menggengam penumbuk dengan tangan kanannya dan memandang aku dengan pandangan kecewa . Matanya sedih, dia sudah tak kuat untuk tersenyum seperti sebelum ini.

'' Kau langsung tak faham aku.''


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C10
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk