Unduh Aplikasi
33.33% WHO DO I LIKE? / Chapter 2: Bab 1

Bab 2: Bab 1

"Tapi saya cikgu, Nayla...saya terlalu tua untuk awak. Maaf, tapi saya tak dapat terima cinta awak" jelas cikgu hafiz lalu pergi dari situ.

"Cikgu! Jangan tinggalkan saya, cikgu! CIKGU!!!"

"Nayla! Nayla! Woi, aku panggil, dia pergi termenung!". Jeritan Najwa itu menyedarkan Nayla dari mimpi fantasinya itu. Oh, berangan rupanya minah ni, ingatkan memang cintanya sudah ditolak. Nayla, Nayla mentang-mentang lah sekarang masa Cikgu Hafiz, boleh pula dia berangan. "Ha, apa kau nak Najwa. Kacau lah kau ni, aku baru nak syok-syok berangan" marah Nayla. Najwa yang duduk di belakang mejanya itu dipandang. Dilihatnya mata Najwa menyuruhnya pandang kehadapan kelas. Nayla pun faham dengan isyarat tersebut dan memandang kehadapan. Dia melihat Cikgu Hafiz sedang memandangnya dengan muka yang masam.

"Nayla, saya panggil awak banyak kali awak tak dengar ke?" marah sahaja bunyi suara lelaki yang berumur 25 tahun itu. Mana tak marah bagai nak terkeluar anak tekak panggil pelajarnya itu tapi Nayla buat dek je. "Ha ye cikgu. Kenapa panggil saya?". Dah gelabah suara bila kena panggil dengan guru kegemarannya. "Haih, saya suruh kamu kutip buku nota sains sewaktu habis sekolah nanti. Kutip semua tak kisah siap ataupun tidak, faham." "Fa-faham, cikgu". Setelah menyampaikan arahannya itu, guru tersebut pun keluar dari kelas dan semua murid mula berborak sesama sendiri sambil menunggu guru seterusnya.

"Beria kau berangan tadi. Dah sampai mana, London." perli Farisya. Ketiga-tiga best friendnya itu sudah tahu masalah hati Nayla yang menyukai 2 orang lelaki. Sudah beberapa kali juga mereka menasihatkan Nayla supaya berhenti menyukai Cikgu Hafiz kerana jarak umur yang jauh dan agak mustahil. Yalah mereka berumur 17 tahun manakala guru tersebut pula 25 tahun. Tetapi bagai menyiram air di daun keladi, semua nasihat mereka ditolak mentah-mentah. Akhirnya mereka semua menyokong sahaja keputusan kawannya itu. "Kau ni Farisya, mestilah tengah berangan tentang prince charming kat depan tadi, betul tak Nayla?" ujar Fatiha pula sambil menyengih kearah Nayla. "Ish korang ni, ada je nak menyakat aku. Dah-dah orangnya pun dah tak de tak yah nak fikir lagi". Pandai Nayla menukar topik kerana takut dibahan.

"Nayla, rehat ni jom rehat dengan aku?" secara tetiba suara Azriq muncul dari belakang Nayla. Azriq juga merupakan salah satu crushnya dan sudah berkawan dengannya selama 12 tahun dan selama 12 tahun itu mereka sekelas. Cuma Azriq sudah mempunyai girlfriend yang berada di Melaka. Mereka berjumpa sewaktu tingkatan 3 dah sewaktu tingkatan 4 girlfriendnya itu terpaksa berpindah. Rehat dengan Azriq bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nayla sudah berasa selesa dengan lelaki itu. Tanpa membuang masa Nayla pun mengangguk. Nayla perlu act 'cool' yalah, tak mahu pula persahabatan mereka terputus kerana perasaannya itu. Dia menyukai Azriq sejak darjah 6 lagi. Apabila Nayla memalingkan mukanya ke arah kawan-kawannya mereka semua sudah tersengih macam kerang busuk. Merah padam muka Nayla apabila dipandang begitu.

Beberapa minit kemudian, guru Matematik mereka pun masuk. Mereka meneruskan pembelajaran mereka dengan biasa sehinggalah loceng waktu rehat berbunyi menandakan sudah pukul 10.30. Mereka semua keluar rehat dan Nayla jalan bersama Azriq. Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati mereka.

—continue....


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk