Unduh Aplikasi
7.69% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 2: Kubur berlubang

Bab 2: Kubur berlubang

"Tok.!tok!tok!" siapa pula ketuk pintu malam-malam ni. Dia buka pintu. Sebaik saja pintu di buka angin yang kuat menerpa masuk. Dia agak terkejut. Dia memandang ke luar pintu. Tidak ada sesiapa pun di depan pintu. Kosong. Bulu romanya mula menegak.

Resah.

" Janganlah nak main-main pula tengah-tengah malam ni"bisiknya mengusir rasa takut. Dia cepat-cepat menutup pintu dan kembali menghadap komputernya. Moodnya untuk menulis hilang serta merta. Perutnya terasa lapar. Dia bingkas menuju ke dapur dan merembat sebungkus magi untuk di masak.

" eh.. ?" Dia merasa pelik. Setahunya kawannya belum balik lagi. Tapi dia mendengar suara kawannya Jasmin sedang menyanyi-nyanyi di bilik mandi.

" Min.. oh min.." laungnya.

" Oi.." sahut kawannya dalam bilik mandi. Lega. Ternyata itu memang kawannya Jasmin.

" Bila masa kau balik eh? Tiba-tiba jer dah bersiul-siul di bilik mandi..?" tanyanya sambil mula masak magi.

" Tadi.. masa kau kusyuk depan computer tu.. kau tu kalau dah menapak depan computer, hantu datang pun kau tak sedar.." Jasmin ketawa mengejeknya.

" kau hantu-hantu jangan cakap eh.. tadi ada orang ketuk pintu tapi bila aku buka tak ada pula orangnya. Meremang bulu roma aku tau!!" katanya serius.

" Ala.. apa kau nak takut sangat. Kau kan suka tulis cerita hantu.. ngam lah tu!" Jasmin yang telah selesai mandi datang keluar dengan berkemban.

" Apasal kau mandi malam-malam ni ha?" Tanyanya pelik. Jasmin paling pantang mandi malam. Masuk angin katanya.

" alah.. badan aku kotor, terkena lumpur.."

"Macam mana boleh kena lumpur pula.."

" Ada bas langgar lopak percik kat aku.." jawab Jasmin lantas duduk depan magi yang kelihatan menyelerakan.

" itu magi aku ye.. kalau nak masak sendiri" warningnya bila lihat Jasmin berminat pada maginya. Jasmin tersengih.

" Eh.. kau nampak tak kubur baru di tanah perkuburan sana tu.. kubur tu macam berlubang la.. tapi aku rasa pasal tanahnya mendap .. kesianlah aku dengan 'orang' yang kat dalam kubur tu.. dah beberapa hari dah kuburnya macam tu tapi tak ada saudara mara dia datang nak baiki kubur tu.." Dia teringat dengan kubur baru itu, tiap hari mereka akan lalu kawasan perkuburan itu dan beberapa hari yang lepas dia lihat kubur baru itu kelihatan aneh, seolah-olah berlubang. Jasmin tersengih.

" Yalah.. kesian. Mungkin dia tak ada saudara mara tak? Kau tak takut ke tengok kubur tu berlubang, seolah-olah 'orang' daolam tu dah keluar berkeliaran.. hee.. entah-entah dia yang ketuk pintu tadi? Er.. aku masuk bilik jap. Sedap magi kau tu.. aku nak masak jugalah!" Jasmin segera berlalu selepas mengusiknya. Meremangnya bulu roma mendengar kata-kata Jasmin. Tadi siang dia ada berhenti memerhatikan kubur itu. Benar kata Jasmin, kubur itu berlubang seolah-olah 'ia' sudah keluar dari situ.

Bila Jasmin masuk ke biliknya, dia terus membaham maginya dengan gelojoh. Takut Jasmin datang 'menghintu' pula nanti.

"Tik..tik..tik.." bunyi air di bilik air menitis.

" Eiii.. Mesti jasmine tak pulas baik-baik pili tu.." Dia masuk ke bilik air memeriksa pili. Matanya terbelalak bila lihat bilik air yang penuh dengan lumpur dan tanah. Biar betul si Jasmin ni.

" Hoi min.. apa ke jadah sampai begini sekali lumpur yang kena kat badan kau tu.. kalau ye pun bersihkanlah bilik air ni.." Laungnya pada Jasmin. Jasmine yang berada di dalam bilik tidak menyahut. Dia segera melangkah ke bilik Jasmin. Pintu bilik Jasmin berkunci. Dia ketuk bertalu-talu. Jasmin langsung tidak mahu membuka pintu bilik.

"Tok!Tok!Tok!" Pintu utama di ketuk kuat. Dia tersentak. Lantas menuju ke pintu. Teringat ketukan tadi yang membuat bulu romanya meremang.

"Tok!tok!tok!" sekali lagi pintu di ketuk dengan kuat. Dia mula mengigil. Apakah gerangannya yang mengetuk pintu di malam hari ini. Jam sudah pun menjelang tengah malam. Perlahan-lahan dia buka pintu.

"Apasal kau lambat buka pintu hah?" Jasmin tersembul dari celah daun pintu.

" Kau..?"

" Ah.. kunci aku tertinggal la tadi pagi. Tengok.. bas bodoh tu pun satu.. boleh-boleh dia turunkan aku dekat kubur tu.. habis baju aku kena lumpur. Celaka betul" Jasmin membebel lantas melangkah ke bilik air! Dia terpegun! Masih cuba memikirkan apakah dia bermimpi atau tidak. Kalau yang baru sampai ini adalah Jasmin.. yang mandi tadi tu siapa?

"Kenapa bilik air ni penuh lumpur..?" Laung jasmine dari bilik air. Dia bergegas ke bilik air.

" Kau yang mandi tadi.." Katanya dengan muka pucat lesu.

" Aku..?" Dia mengangguk.

" Aku baru sampai lah.. aku baru nak mandi ni.." Jasmin tenungnya dengan muka binggung. Kali ini dia mula pasti apakah gerangan yang mengetuk pintu rumahnya tadi. Dia sungguh pasti apakah itu!

" Aku rasa.. Hantu kau yang datang mandi tadi.." katanya perlahan dengan tubuh yang mengigil. Merenung wajah Jasmin yang kelihatan terkejut. Serentak dengan itu pintu depan mereka kedengaran dihempas kuat dan suara berdekah-dekah bergema meninggalkan perkarangan rumah mereka. Sebaik saja gema suara ketawa itu lenyap, dia serta merta jatuh terjelumpuk di sini juga!


PERTIMBANGAN PENCIPTA
Nico_Robin_2777 Nico_Robin_2777

kisah imiginasi saja- btw jln ke ruma sy kena lalu tanah perkuburan. satu hari memang ada satu kubur yang berlubang lepas 3 hari di kebumikan seolah-olah 'org' dlm tu suda merangkak keluar. kesian lihat kubur tu mcm tu bila ahli keluarga tidak dtg jenguk dan baiki kubur itu :( i felt sad for him/her

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C2
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk