Unduh Aplikasi
88.88% PENJARA / Chapter 8: Korban Puaka

Bab 8: Korban Puaka

Zainal  membelek buku nota sambil membaca perenggan yang terakhir. Kenapa pihak penjara biarkan bapa kat dalam dan pindahkan yang lain. Jahatnya anggota penjara tu. Nasib bapa masih hidup untuk ceritakan semuanya. Pagi ini Zainal bangun lebih awal dari biasa. Lepas solat subuh dia terus duduk di beranda rumah. Biasanya dia sambung tidur sampai dikejutkan untuk makan sarapan. Walaupun langit masih nampak kelam, burung sudah pun berterbangan sambil bersiul di setiap pokok yang disinggahi. Garisan halus berwarna perak kekuningan mencemarkan awan putih menandakan mentari bakal bersinar tak lama lagi. Zainal pernah dengar dari datuk kalau nak murah rezeki duduk ketika matahari pagi terbit dan bila cahaya pertama menyinari seluruh tubuh ucapkan "Alhamdulillah kepada yang maha esa kerana aku masih bernyawa pagi ini untuk mengecapi rezeki di bumi ini." 

"Alhamdlilah ta'alaa li'aniy ma zilt ealaa qayd alhayaat hadha alsabah li'astamti bialqut ealaa hadhih al'ard "

Ketika Zainal bacakan doa, bapa berdiri di sebelahnya dengan kedua tangan menadah ke depan. Kemudian mereka masuk ke dapur dan makan sarapan bersama. 

"Rasyid, oh Encik Rasyid. Bangun Rasyid…"

"Huh….aku..di..dimana?"

"Awak kat klinik. Awak pengsan kat kantin. Saya dah cek. Kurangkan makan manis dan jangan risau sangat nanti darah tinggi naik balik."

"Oh ya terima kasih nurse." 

Rasyid duduk atas katil klinik, ingatannya kembali kepada perbualan dia dengan Halim. Geram juga rasa hati sebab ditinggalkan dalam Blok Sel Seg A sedangkan mereka tahu ada puaka di dalam yang sedang menuntut mangsa. Kenapa aku tak dengar mereka pindah banduan semalam? Rasyid teringat kata Badul yang dia dengar suara anggota bercakap kat luar sel 13 seperti masukkan banduan ke dalam. Mungkin apa yang Badul dengar tu bukan banduan dimasukkan tetapi banduan dikeluarkan dari Sel 13 masing masing. 

"Maaf Syid, sebab tak bagitau kau pasal semalam." suara Sarjan Halim tiba tiba muncul dari belakang. Rasyid toleh dengan pantas, memang dia sedang harap jumpa Halim.

"Errr, Rani, saya bawa Rasyid balik ke sel ye. Dah takde apa nak periksa kan?" Halim bercakap dengan jururawat yang periksa Rasyid tadi.

"Ye, dah siap. Tolong ye Lim jangan bagi tekanan sangat dengan tahanan yang berusia macam Rasyid ni. Take it slowly dengan mereka." Rasyid nampak jururawat nama Rani jeling dengan Halim. 

Apa maksud Rani bila dia sebut jangan bagi tekanan dengan kami? Rasyid fikir.

"Saya ikut arahan je Rani. Kalau awak rasa tahanan dalam tekanan tulis repot bagi P.P supaya dia tahu apa yang dia buat " Halim balas sambil iring Rasyid keluar dari klinik yang terletak dalam Bangunan C kembali ke Bangunan A. Jarak antara Bangunan C dan A kurang 1 km melintasi padang di sebelah kanan dan bangunan stor di sebelah kiri. Mereka berjalan dengan perlahan menikmati udara yang bertiup kencang. Rasyid dongak ke langit, matahari hampir menegak atas kepala. Dekat tengahari dah. Halim perlahankan langkah, memandang ke arah kanan seolah memikirkan sesuatu atau mengelak soalan yang dia tau pasti akan datang dari Rasyid. Mereka berdua terpisah oleh satu tembok. Di sebelah dalam ialah Rasyid dan dia di sebelah luar. Di antara mereka ialah garisan lurus yang menandakan salah dan betul. Dalam sistem penjara seorang pegawai bertugas tak boleh menjalinkan sebarang persahabatan dengan tahanan. Untuk mengelakkan sebarang sifat pilih kasih. Tapi Halim dan Rasyid umpama kawan dan musuh sebab mereka nampak formal tetapi mempunyai ikatan persahabatan yang kuat. Pada hari pertama Halim daftar sebagai anggota Wadar penjara, Rasyid didaftarkan sebagai banduan. Selang masa antara mereka cuma 1 jam. Malah ketika Van Penjara yang membawa mereka dari mahkamah ke penjara, mereka melewati kereta yang dinaiki Halim semasa di lampu isyarat. Halim ketika itu sempat jelaskan pada ayahnya ketika memandu kereta yang van itu mungkin membawa banduan baru yang dibawah penyeliaan mereka. 

"Lim kenapa kamu biarkan aku dalam Sel Seg semalam? Kalau aku terkorban macam mana? Kau tau aku ada anak bini yang aku harap akan dapat jumpa semasa dibebaskan."

"Maaf Rasyid?  Arahan P.P. Sebenarnya ada 3 anggota kawal diluar sel kau semalam. Cuna mereka diarahkan bertindak jika ada nyawa kau terancam."

"Jika nyawa aku terancam...baru kamu nak ambil tindakan? Lim, kau tau kan betapa pantasnya puaka tu. Kau ada dengan aku masa dia sembelih 5 banduan setahun lalu. Jangan cakap kau lupa sebab aku tau kau ingat."

"Aku tau Syid, tapi macam aku cakap... arahan P.P. Tangan aku terikat. Tapi aku dah cakap dengan P.P dan dia setuju malam ni sel 23 akan dipindahkan ke sel kau. Maknanya kau ada teman malam ni."

"Siapa? Badul? Baik kau suruh puaka tu yang temankan aku dari Badul. Aku yang jadi puaka kalau dengan dia. Tapi Lim aku mau dipindahkan macam banduan lain. Kenapa aku yang ditinggalkan kat dalam bila semua orang keluar? Apa makna nya tu? Aku nak cakap atau kau cakap?"

"Apa yang kau dijadikan korban puaka?"

"Bukan ke? Kalau tak nampak ke Lim apa yang P.P tu cuba buat? Dia pelihara puaka tu tau tak. Itu sebab puaka tu tak pernah lari, tak pernah jumpa tak pernah dapat halau. Kan? 

"Aku dijadikan korban..hah aku dah cakap. Aku dijadikan korban agar kamu semua dapat hidup selamat. Bukan begitu?"

Halim diam. Dia berhenti 300 meter sebelum sampai ke Bangunan A. Dia tahu sebaik masuk ke dalam dia tak akan dapat bincang hal ini lagi dengan Rasyid. Ini peluang yang ada untuk terus terang atau minta maaf.

"Sebenarnya, kau bukan dijadikan korban tetapi umpan. Sebab P.P nak hapuskan puaka sebelum dia pencen dan dia tahu puaka tu dah hidu bau kau."

"Dan puaka tu akan cari aku walau sembunyi kat hujung dunia kan. Itu aku tau lah Lim. Cuma aku nak cakap ialah...aku tak mahu dijadikan umpan sebab kalau terkorban bagaimana?"

"P.P akan berikan kau kebebasan setahun lebih awal jika kau turut serta. Ini rancangan dia. Dia tak cakap sekarang tapi bila kau selamat dari puaka tu. Kalau tak selamat dia pun tak tanggung risiko sebab dia tak umumkan pada umum. Tapi  Syid, aku rasa kau calon yang paling sesuai bantu kami hapuskan puaka tu."

"Berikan aku 3 sebab kenapa."

"Sebab satu, kau masih sihat dan tangkas. Kau dapat jaga diri sementara pengawal kat luar tu sampai kat tempat kau. Kedua puaka tu dah kenal kau jadi dia akan buru kau biarpun kau dalam sel tahanan umum. Bagaimana kalau dia serang semasa kau mandi. Tapi sekarang ni kami bagi kau pengawal...bantuan sekiranya kau diserang. Ketiga, aku yang cadangkan nama kau sebab aku tau kau mampu. Bukan sebab aku nak kau mati. Tapi aku nak kau keluar dari tempat ni dan hidup dalam masyarakat. Jalani hidup berkeluarga. Dan setahun awal tu kira sangat berbaloi. Banyak yang kau boleh buat dalam setahun sebagai manusia biasa."

"Ya itupun kalau aku hidup Lim. Kau dapat bagi aku jaminan yang aku akan selamat? tak kan sebab kau tak tau apa yang akan berlaku. Biar setahun lewat keluar dari tempat ni sekurangnya nanti aku keluar dengan nyawa aku Lim, bukan keluar dalam bag mayat."

"Tapi Syid, kalau kau tak ambil peluang ni apa peluang kau ada jika puaka tu cari kau? Mana yang lebih baik, kami sedia sebagai bantuan, lima anggota yang siap bersenjata mengawal hanya beberapa meter jarak dari kau atau kau ambil risiko bertembung dengan dia seorang diri dalam keadaan tak bersedia. Ingat Syid puaka tu boleh sampai di mana saja. Kau lupa Riki? Dia diserang ketika mandi. Dan P.P gunakan cara ini untuk dapatkan puaka tu dengan alasan semua ditahan dalam Sel Seg. Sebab dia tak nak puaka tu terhidu perangkap."

"Aku dah agak kami semua kena perangkap sebab cara Riki tu dibunuh sama dengan cara puaka bunuh semua mangsa dia." Rasyid balas. Dia salah seorang yang nampak keadaan mayat Riki. Memang mengerikan. Tak dapat bayangkan jika anak isterinya terpaksa kubur dia dalam keadaan macam tu. Dan dia tau sekali puaka tu dah hidu maknanya dia tak akan lepaskan. Dia suka memburu mangsa yang dalam ketakutan.

Rasyid renung Halim kemudian renung kehijauan sekeliling. Rasyid angguk bersama helaan nafas panjang. Halim hampir lompat gembira tapi kembali serius bila sedar pengawal menara sedang perhatikan mereka. 

"Tapi aku nak kau ikut dalam pasukan pengawal…"

"T.T.H." Halim sebut sebelum Rasyid habiskan ayat dia.

"Huh..apa T.T.H?" Rasyid hairan Halim potong ayat dia dengan menyebut T.T.H.

"T.T.H. Trup Tindakan Halilintar. Itu nama pasukan yang akan mengawal kau. Pasukan baru. Khas untuk melawan puaka." Halim balas.

"Hrmm, T.T.H. Dan kau Lim?" Rasyid ulang ayat tu dengan rasa takjub.

"Aku ialah ketua T.T.H. sebab itu kau tak perlu risau tentang keselamatan."

"Yelah...kalau kau tak pengsan macam hari tu..hahahahaha"

Halim ikut ketawa. 


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C8
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk