Unduh Aplikasi
90.47% KAU BIDADARI SYURGAKU / Chapter 19: BAB 18

Bab 19: BAB 18

SHAHRIL dan Shafiz bertemu lagi buat kali kedua setelah sekian lama tidak bertemu. Siapa sangka, Shadrina adalah penyebab pertemuan kedua mereka kali ini. Beberapa hari lalu terlintas di hati Shahril untuk menghubungi Shafiz, tapi dia padamkan hasratnya itu kerana dia bimbang menganggu lelaki itu.

"Dari mana kau kenal Rin?" tanya Shafiz, serius. Terkejut dia bila melihat kawan lamanya itu ada di rumah Shadrina.

Shahril tidak terus menjawab. Dia tersenyum di sebalik rasa kecewa di kalbunya. Dia berharap tebakkan yang sedang bermain di mindanya ketika ini mengenai Shadrina dan Shafiz tidak mengena.

"Aku ni bekas cikgu Rin masa dia sekolah menengah dulu. Aku dah lama kenal Rin dan emaknya," soalan Shafiz baru di jawab. Pandangan dicampak ke kebun kelapa sawit yang bersebelahan dengan teratak kayu Puan Fatimah. Walaupun perit memberi jawapan itu, dia terpaksa juga luahkan.

Mereka berdua duduk berbual di pangkin yang ada di halaman rumah Mak Timah ketika ini. Sengaja Shahril mengajak Shafiz berbual di situ. Lebih selesa dan berangin. Selain itu, dia tidak mahu perbualan mereka menganggu Mak Timah yang sedang berehat.

"Oh, kau jadi cikgu ke?" tanya Shafiz, tidak sangka.

Shahril angguk.

"Lepas tamat SPM dulu, aku masuk form six. Habis aje, aku sambung study kat USM. Tamat aje ijazah, aku apply KPLI. Dapat, terus mengajar. Dah lebih lima tahun aku mengajar."

Shafiz angguk akur.

"Kau pula, kenal Shadrina kat mana? Atau memang kenal selepas dia kerja dekat tempat kerja kau?" Shahril pula bertanya.

"Ya, aku kenal Rin selepas dia bekerja kat syarikat aku."

"Syarikat kau?" Shahril terkejut.

"Ya, syarikat aku. Aku buka syarikat sendiri. Ala, syarikat construction biasa aje. Kecil lagi. Maklumlah baru nak masuk enam tahun."

Shahril angguk kepala beberapa kali.

"Tak sangka, kau dah jadi bos. Aku bangga dengan kau." Puji Shahril sambil menghabiskan sisa tawanya. "Dahlah handsome, baik hati pula tu. Ambil berat fasal pekerja-perkerja kau. Sampai bertandang ke rumah," sambungnya. Baru dia perasan nama syarikat yang tercetak pada kad nama pemberian Shafiz sebelum ini.

"Sampai bertandang ke rumah? Apa maksud kau?" Shafiz hairan.

"Ya lah, jarang aku tengok seorang bos sanggup datang ke rumah pekerja dia pada hari cuti hujung minggu macam ni." Shahril menjelaskan apa yang cuba dia maksudkan.

"Maksud kau Shadrina?"

"Ya lah, siapa lagi? Dia pekerja kau, kan?" Shahril mengiakan sambil angguk dua kali.

Shafiz tersenyum.

"Ya, Shadrina memang pekerja aku. Tapi sekarang ni, dia dah jadi kekasih aku. Dan tak lama lagi, dia akan jadi isteri aku."

Terus kaku senyuman di bibir Shahril selepas mendengar pengakuan bersahaja dari Shafiz itu.

"Kau dan Rin dah rancang nak kahwin?" tanya Shahril, terkejut besar.

Shafiz mengeluh halus. Otaknya ligat memikirkan ayat yang sesuai untuk diberikan kepada Shahril. Memang dia sudah merancang untuk berkahwin dengan Shadrina. Tetapi hal itu masih belum dimaklumkan kepada Shadrina lagi.

"Insya-ALLAH kalau ada jodoh. Aku datang ke sini pun sebab nak bawa Rin bertemu dengan emak aku. Aku nak kenal-kenalkan dia pada bakal mentua dia. Aku tak nak lah berkawan lama sangat. Takut berlaku maksiat. Aku rancang nak kahwin dengan Rin dalam tahun ni juga. Mungkin hujung tahun nanti," jelas Shafiz.

"Rin dah tahu fasal rancangan kau tu?"

"Belum. Mungkin dalam masa terdekat ni aku akan melamar dia untuk jadi isteri aku. Kau agak dia akan terima tak?" jawab Shafiz diakhiri dengan pertanyaan.

Shahril hilang kata-kata. Dia sendiri tidak pasti jawapan yang tepat untuk soalan Shafiz itu. Apa yang pasti, hatinya mula retak menanti berderai ketika ini.

"Insya-ALLAH, kalau dah jodoh, tak akan ke mana," jawab Shahril dengan jawapan selamat. Apa yang pasti, dia tidak ikhlas dengan jawapan itu. Hatinya mula hancur.

Apa yang ada pada Shafiz yang tak ada pada saya, Rin? Rrntih Shahril di dalam hati.

# # # #

LAMA Shafiz memandang emaknya yang sedang duduk bersantai di atas sofa di sebelahnya. Dia perasan ada wajah tidak senang hati di sebalik wajah emaknya itu.

"Mak, belum apa-apa mak dah suruh Rin tu ke dapur. Sepatutnya, sebagai tetamu, kita kena layan dia baik-baik. Bukannya mak suruh dia masuk dapur," ujar Shafiz dengan nada perlahan. Bimbang akan mengaibkan emaknya jika Shadrina terdengar perbualan mereka.

"Eh, bukan ke kerja dapur dan masak-memasak ni kerja orang perempuan? Kamu tu, kalau nak cari bakal isteri, kenalah cari yang pandai masak, kemas rumah. Barulah aman bahagia rumah tangga. Tak perlu membazir duit upah orang gaji. Betul tak?"

Sinis Puan Zainab menjawab pertanyaan Shafiz. Sengaja dia membeli bahan-bahan mentah di pasar basah pagi tadi bagi mendera bakal menantunya. Dia kurang senang dengan Shadrina. Tidak dinafikan gadis itu cantik dan bersopan santun. Tapi itu semua tidak menjamin masa depan anaknya! Lebih tepat, tidak menjamin kepuasan hatinya!

"Tapi mak, tak kan lah sekarang? Ini baru pertama kali dia datang jumpa mak. Mak dah suruh dia masak. Nanti kalau dia dah jadi menantu mak yang sah, mak nak suruh dia masak hari-hari pun, saya tak kisah. Tapi sekarang ni, masih terlalu awal." Shafiz tidak puas hati.

"Sebelum dia jadi bini kamu, kita kena uji dia. Mak tak nak bila dia dah jadi isteri kamu, baru semuanya terbongkar. Buat itu tak pandai. Buat ini tak pandai. Dah tu, siapa nak buat semua tu? Mak ke? Mak pula nak kena jadi balaci dia? Banyak cantik muka dia?" Lantang suara Puan Zainab menuturkan kata-kata itu.

"Syh... mak ni. Cakap tu janganlah kuat-kuat sangat. Rin dengar nanti, tak tentu fasal terus tak jadi nak kahwin dengan Shaf. Shaf cintakan dia, mak. Shaf yakin, dialah perempuan yang Shaf inginkan selama ni untuk dijadikan isteri Shaf," ujar Shafiz dengan nada berbisik.

"Peduli apa mak. Dia dengar pun tak apa. Biar dia sedar awal-awal. Nak jadi isteri ni, bukan macam makan kacang putih. Besar tanggungjawabnya. Bukan bila dah kahwin dengan lelaki berada, hidup yang dulunya kedana, terus jadi senang-lenang."

Sengaja Puan Zainab mengeraskan lagi nada suaranya supaya yang di dapur bisa mendengar.

Shafiz mengeluh berat. Tadi, semasa berhadapan dengan Shadrina, emaknya itu bermanis wajah dan nampak baik sahaja. Seolah Shadrina itu memang benar-benar menantu pilihannya. Bila Shadrina sudah di dapur, lain pula jadinya.

"Hai mak, macam tak suka aje dengan Si Rin tu?" tanya Shafiz, sedikit terkilan.

Puan Zainab memusingkan tubuhnya mengadap Shafiz.

"Shaf, kamu tu satu-satunya anak lelaki mak. Mak perlu buat yang terbaik untuk kamu. Mak ingatkan pembantu kamu tu cantik, bergaya, moden dan vogue walaupun hanya sekadar pembantu. Ala-ala setiausaha dalam sinetron TV tu, semuanya cantik-cantik. Tapi, bila dia sampai, lain pula jadinya," Puan Zainab meluahkan rasa.

"Mak, kan Shaf dah bagi tahu, wanita idaman Shaf tu seorang wanita yang sopan, bertudung dan menutup aurat?"

"Mak tahulah semua tu. Berulang kali kamu cakap hal yang sama. Mati-mati mak ingat Shadrina tu wanita muslimah yang berpenampilan moden. Pakai tudung belit-belit kat kepala macam dalam majalah fesyen tu. Sekali jumpa, selekeh aje. Mana 'in', tudung bawal biasa dengan baju kurung labuh tu zaman sekarang ni? Budak sekolah pun dah tak nak pakai baju fesyen macam tu, tau?"

"Apa pun yang berlaku, Rin tu tetap bakal isteri saya dan bakal menantu mak." Shafiz masih kekal dengan keputusannya. Yang mahu berkahwin adalah dia, bukan emaknya.

Puan Zainab mengetap gigi menahan geram. Redup matanya memandang Shafiz yang fokus pada akhbar di tangannya. Tiada apa-apa yang mampu diluahkan. Dia bimbang andai dia terus berkeras akan membuatkan anaknya itu akan membencinya.

"Okey, kalau kamu dah memang nak sangat kahwin dengan dia, mak izinkan. Tapi dengan syarat." Puan Zainab tiada cara lain selain melaksanakan pelan keduanya.

"Syarat? Syarat apa pula ni?"

"Selepas kahwin, mak nak isteri kamu nanti berhenti kerja dan jadi suri rumah tangga sepenuh masa dan kamu bedua kena duduk di rumah ni. Tak boleh pindah ke mana-mana. Boleh?" jawab Puan Zainab dengan senyum buat-buat. Ada yang tersirat di sebalik syaratnya itu.

"Oh, ingatkan apalah tadi," Shafiz kelegaan. Sangkanya syarat emaknya terlalu berat. "Dah tentulah boleh. Nanti Rin boleh tolong mak buat kerja rumah, okey?" sambungnya dengan rasa senang hati dan terharu kerana emaknya sudi menerima Shadrina.

Puan Zainab tersengih sumbing selepas mendengar kata-kata anaknya itu. Kau tunggu nasib kau wahai perempuan kampung! Desis hatinya, penuh rasa benci.


PERTIMBANGAN PENCIPTA
Cik_Bintang Cik_Bintang

Hazel Jay - penulis dari Malaysia.

Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C19
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk