Unduh Aplikasi
45.45% Selisih waktu / Chapter 5: Chapter 3

Bab 5: Chapter 3

ZULAIKHA melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta, sambil berteleku dengan fikiran kosong. Suasana malam yang berlalu, membuatkan gadis muda itu leka. Malam pekat yang hanya sesekali, diterangi lampu jalan tidak menampakkan apa-apa. Melihat gadis muda itu berusaha menyulam senyum agar tampak seperti biasa, membuatkan lelaki bernama Bunyamin itu ingin mencungkil soalan.

"Ika, sebaya angahkan.." sengaja Bunyamin memulakan soalan yang mudah sebagai permulaan perbualan agar, ianya tidak kedengaran terlalu janggal.

Zulaikha, menoleh memandang Bunyamin sekejap, lalu mengangguk. "Ya. Sebaya." jawab Zulaikha sepatah, sepatah. Janggal bagi Zulaikha untuk berbual dengan Bunyamin.

Baginya, hubungan Bunyamin dengan Yusof tidak rapat, jika nak dibandingkan dengan cerita tentang kisah Nabi Yusuf yang sangat rapat dengan saudaranya yang bernama Bunyamin. Hanya nama sahaja yang sama, tetapi berbeza.

"Sejak bila, Ika kenal dengan angah?" aju Bunyamin. Matanya masih tumpu pada jalan raya yang semakin lengang dari kenderaan pacuan empat roda.

Mungkin tidak biasa, spontan reaksi manis Zulaikha menjongketkan keningnya, dituruti dengan bibir bawahnya digigit. "Sejak sekolah."

Walaupun matanya dibawa fokus memandang jalan, keletah Zulaikha yang mencuit hati dilihatnya tanpa sengaja membuatkan bibirnya tersungging dengan senyuman. "Haa..along tahu, Ika tak selesa. Tapi, along tengah mengantuk. Jadi, boleh tolong along hilangkan mengantuk." Bunyamin mencipta alasan.

Zulaikha menganguk kepalanya dengan polos. "Nampak sangat ke?" tanya Zulaikha, menyengih.

Bunyamin mengangguk dengan senyuman yang tidak lepas.

"Ika, tak pandai nak hilangkan mengantuk." ujar si gadis muda. Dalam roman muka yang buntu.

"Erm...kalau macam itu, biar along bercerita. Disebabkan, Ika dan angah mempunyai nama yang sama dalam kisah Nabi Yusuf. Along rasa, cerita ini sesuai." utara Bunyamin, mencuri lihat Zulaikha yang mulai berminat dengan ceritanya.

...

YUSOF menguap besar, dengan kedua matanya memerah dan berair. Selesai dia menunaikan fardu subuh, dalam waktu yang lewat. Matanya segar seperti dia baru lepas mandi. Pagi ini, dia tidak cukup tidur dan menyebabkan dia beberapa kali menguap.

Mengenangkan perihal Zulaikha yang balik tiba-tiba, dan pesanan yang di hantarnya awal pagi tadi, sehingga sekarang masih tidak berbalas. Menganggu fikirannya.

"Angah, umi panggil!" tegur Syafiq, yang baru masuk ke dapur dengan surat khabar di tangan. Dia mengambil sebiji mug yang dituang minuman bancuhannya, lalu dia kembali ke ruang tamu. Meninggalkan anak dan bininya di dapur.

Terpaja-paja, Yusof dengan muka yang dungu. Matanya terus beralih ke arah ibunya yang mengeleng, dengan bekas raga berisi sayur kangkung. "Ambil ini, cuci." unjurnya pada anak lelakinya itu. Sarapan pagi, mereka biasa sahaja dengan roti bakar yang disapu inti kaya dan air kopi yang dibancuh suaminya. Sekarang dia nak siapkan masakan tengahari. Buat awal, tidaklah terlalu kelam kabut nak siapkan cepat-cepat.

Terangguk-angguk Yusof, mengambil sayur kangkung dengan langkah berat menujuk ke ruang singki. Sayur di dalam raga, di bersih dan diasingkan yang mana sayuran muda dan sayuran tua. Kerana sudah terbiasa, tanpa disuruh. Yusof tahu, menyelesaikan kerjanya.

Ibunya lembut dan kadang kala, ibunya juga ada bertegas. Tidak ada sebab anak lelaki tidak pandai membuat kerja dapur. Baginya, perempuan dan lelaki sama. Itu adalah salah satu sikap ibunya, yang dia sendiri merasa kagum.

"Umi, nak keluar petang ini sebab nak teman Rai'l mencari barang pengantin." utara Farahin yang sedang mengacau masakannya di dalam kuali. Anaknya masih sibuk, membersihkan sayur kangkung.

Yusof mengangguk, dan dia juga sudah maklum akan hal itu. Ikutkan hati, dia mahu pergi berdua sahaja dengan Rai'l mencari barang perkahwinan. Tapi, ibunya melarang kecuali jika Rai'l ditemani mahramnya.

"Hm.." Jawabnya acuh tak acuh.

"Ma..." sapaan yang tiba-tiba mematikan perbualan mereka. Bunyamin yang baru tiba, menjinjit barang keperluan dapur terus ke atas meja.

Farahin menoleh, lalu mengelap tangannya pada kain kecil yang bersih. "Haa, baru sampai." tanya Farahin, menghampiri meja makan yang dipenuhi barang dapur. Terus beg plastik putih itu dibongkar, untuk dilihat barangan yang dibeli. "Dahlah, semalam kamu balik lewat. Semua orang dah balik, baru kamu sampai. Kenapa Long?" soal Farahin, dengan nada suara yang kesal. Anak sulungnya itu, mengambil tangan ibunya untuk disalam, sebelum dia duduk di bangku meja makan, dan sekadar tersengih apabila ibunya memandangnya. "Dah makan?" tanya Farahin, mengelus kepala anaknya. Dalam pada itu, sempat dia mengarahkan Yusof untuk melihat masakannya di atas tungku gas.

Bunyamin mengangguk. "Sudah, waktu hantar Ika"

"Kamu hantar sampai rumah?" aju Farahin. Terkejut. Bunyamin angguk.

Yusof menoleh. "Semalam?" sampuk Yusof. Kerjanya yang sudah selesai, diletakkan di atas dapur.

"Pagi tadilah makan." utara Bunyamin, bangun. "Along nak pergi mandi dulu." sambungnya kemudian. Farahin sekadar mengangguk, lalu menyambung semula kerjanya.

"Pagi..."Gumam Yusof pada dirinya. Telefon pintar mudah alih itu, dipandang. Jawapan mesej Yusof pada Zulaikha masih tidak berbalas hingga kini.

Mengapa??

Bersambung...


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C5
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk