Unduh Aplikasi
90.9% Pages Of My Lying Youth / Chapter 20: Page.19 : Dua makna

Bab 20: Page.19 : Dua makna

" Dia buat video pelik..Aku tanya kau sebab aku just nak tahu kau tahu tak pasal Zati tu.."

" Tapi…kalau kau nak cuba tengok..Trylah cari IG dia.."

Ayat seseorang sentiasa mempunyai maksud kedua, aku belajar tu daripada pengalaman aku..Kata-kata Syakir masa tu, buatkan aku tertanya, kenapa atau siapa 'Zati' ni, yang aku tahu, dia ialah Tiktoker dan dia ada akaun IG yang popular.

Tapi ada juga sudut diri aku takut untuk pergi ke dalam lagi, aku takut kalau ada sesuatu yang tak sepatutnya aku tahu atau nampak berada di page Instagram ini, aku segera menutup telefon aku.

" Aku takut.." Keluh aku sendiri, ayat seseorang, sentiasa buat aku terasa seperti sesuatu akan berlaku. Aku takut dengan ayat seseorang…sebab ianya selalu sakiti aku..sebab itulah aku sentiasa hati-hati..

Aku tak nak dengar lagi 'Jumpa lagi' dalam hidup aku..

***

" Kau tahu pasal gambar ni betul tak, Syakir..sebab tulah kau cakap 'cubalah check IG Zati tu', kan?" Nur menunjukkan gambar Zati dan Mairah kepada Syakir, gambar itu datang daripada page Instagram Zati.

" Aku..dah agak..kau mesti akan check jugak.." Keluh Syakir.

" Mairah..nampak happy je dalam gambar-gambar ni..Kalau dia ok je kat sana, aku pun..akan okay je.." Nur tersenyum sambil memerhati gambar itu.

" Aiman..masih tak tahu lagi, kan?" Tanya Syakir.

" Kalau dia tahu…mesti dia akan cakap pasal gambar ni sekarang..tapi dia diam sahaja..Kau ada bagitau dia jugak?" Soal Nur.

" Ya..Uhm..Nur, kau tak plan cari Mairah kan?" Syakir memandang Nur dengan pandangan risau.

" Aku..nak cari dia.." Balas Nur, riak wajah Syakir berubah seketika.

" Tapi…bila aku fikirkannya..Mairah..dia nak jauh daripada kita..mesti ada sebab dia tersendiri..Aku tak nak kacau dia.." Tambah Nur, Syakir menghembuskan nafas lega.

" Aku..harap kau boleh cakap tu pada Aiman..masa dia tahu nanti.." Kata Syakir.

" Aiman tu..susah sikit nak jatuhkan semangat dia..Kalau dia tahu, kita pun takkan sangka apa bakal dia buat.." Nur tergelak kecil.

" Ah..aku setuju..dia tu..gila jugak.." Balas Syakir sambil mengalihkan pandangannya.

***

Post Instagram Zati ada banyak like dan comment, entah kenapa, aku terasa takut pula post dia dengan gambar aku ada banyak engagement yang macam tu, apa jadi kalau diorang nampak post Zati dan perasan aku ada dalam gambar-gambar tu?

Kalau Aiman atau sesiapa tahu, meraka akan cari aku ke? Aku risau sangat…

" Assalammualaikum, Mairah." Tegur Zati, dia muncul dari belakang aku.

" AH! Oh..kau rupanya..terkejut aku." Aku hampir menjerit juga, nasiblah sempat tahan diri aku…

" Senangnya terkejut kau ni..Apapun, Mairah..Kau nampak murung je..ada apa-apa jadi?" Tanya Zati, dia senang baca orang, menakutkan..

" Uhm..sejujurnya…aku risau pasal gambar yang kau post dekat IG kau tu..Apa jadi kalau kawan-kawan lama aku nampak aku dekat post orang popular macam kau.." Keluh aku, Zati kelihatan seperti berfikir.

" Nak aku delete ke post tu?" Soal Zati.

" Eh?! Tak payahlah..banyak like semua, rugi pulak delete..biarkan jelah.." Balas aku.

" Oklah kalau kau cakap macam tu.." Kata Zati, bila aku jalan ditepi dia, aku terasa lain sangat, banyak orang menyambut, melambaikan tangan mereka, senyum dan beri salam pada Zati, dia seseorang yang popular tetapi rendah diri sangat..

Berbeza..dengan diri lama aku..Aku takde pun popular macam dia tapi ego aku tinggi sangat dulu..Disebabkan ego tinggi tu, banyak orang aku permainkan dan sakiti..Sebab itulah, aku tak boleh rapat..tak boleh dekat..dengan orang yang banyak..

Zati pun..dia kawan rapat dengan aku sebab dia kesian selalu nampak aku sendirian sahaja di sekolah dulu..

***

" Letak buku-buku novel dekat sini ya.." Nur sedang mengajar pengawas-pengawas Pusat Sumber yang baru dimana untuk menyusun dan meletakkan buku, kelihatan pengawas-pengawas yang baru itu semuanya daripada tingkatan 1 dan 2..

" Semoga tahun ni..tak banyak pengawas Pusat Sumber yang lari..macam beberapa tahun lepas..Nur kena fokus belajar untuk SPM.." Kata Syakir, dia memerhati Nur dari jauh.

" Uhm..Syakir..dah bertahun-tahun kau kisah pasal dia..Tak rasa ke ini peluang kau?" Soal Amir.

" Peluang apa?" Syakir buat tak tahu.

" Janganlah buat tak tahu…" Tegur Amir.

" Aku..tak perlu risaulah..Kitorang pun jiran, hampir jumpa setiap hari..kalau masa dah tepat, aku akan bagitau dia.." Kata Syakir.

" Yakinnya..apa jadi kalau dia tiba-tiba hilang juga? Macam.." Ayat Amir terhenti, Syakir menoleh kearahnya.

" Takde apalah…" Amir mengalihkan pandangannya, pintu Pusat Sumber terbuka, Aiman memasuki bilik itu sambil menoleh kearah Syakir dan Amir.

" Tunggu Nur ke?" Tanya Aiman.

" Mestilah…tambahan pula kitorang nak study tadi sekejap..Best sekarang ada aircond dalam Pusat Sumber ni.." Amir menoleh kearah penghawa dingin Pusat Sumber sambil tersenyum, Aiman mengangguk sahaja.

" Syakir, Cikgu Ali suruh aku ingatkan supaya bagi nama pelajar-pelajar tak hadir hari ni dengan semalam.." Pesan Aiman.

" Ah..aku lupa pulak..nanti aku buat.." Balas Syakir sambil menyandarkan badannya dikerusi.

" Selesai pun.." Keluh Nur, dia memegang bahunya sambil berjalan kearah mereka bertiga, pengawas-pengawas Pusat Sumber yang baru tadi diajar Nur sedang menjalankan tugas mereka.

" Ok..kau dah boleh balik sekarang?" Soal Syakir sejurus Nur berada dihadapannya.

" Aku kenalah tengok junior-junior buat kerja dulu…kau ni..Balik jelah dulu tadi.." Balas Nur.

" Alang-alang dah lambat macam ni..kitorang tunggu jelah kau.." Kata Amir.

" Aiman, kau?" Nur menoleh kearah Aiman dengan wajah tertanya, Aiman menoleh kearah jam yang berada didalam bilik Pusat Sumber itu.

" Aku..ikut korang jelah.." Balas Aiman.

" Ehehe..sekarang kau dah ada motor, tak payahlah risau dah.." Kata Amir sambil menepuk dada Aiman perlahan.

***

" Assalammualikum…" Aku membuka pintu rumah aku, terdengar tapak kaki berjalan kearah pintu hadapan rumah ini.

" Waalaikummusalam..lambatnya kau balik hari ni, abang.." Kata Iman.

" Aku..study kejap tadi.." Balas aku sambil membuka kasut sekolah aku. Iman memerhati aku.

" Apa-apa jelah..Dekat belakang ada nasi ayam..makan ya.." Iman berjalan pergi, aku meletakkan kasut aku dirak kasut kemudian berjalan kearah bilik aku.

Aku terasa penat semacam, tak, sebenarnya, aku asyik terasa penat sahaja sejak dua kemenjak ni, aku tak tahu..apa sebabnya..Kepala aku terasa berat, badan aku malas sangat nak bergerak..

Rasa kosong dalam hati aku ni…makin dalam..

" Aiman.." Seorang budak perempuan sedang berada dihadapan aku, dia mempunyai rambut yang panjang, mata dan senyuman itu aku ingat namun aku tidak dapat memanggil namanya.

" Mahu lakukannya?" Dia menyentuh pipi aku, wajah kami dekat , aku terasa seperti aku dapat merasa nafasnya menyentuh wajah aku..Kami makin dekat, makin dekat..makin dekat..

Aku cuba mencapai dia..dan memegang sesuatu..

" Ah?!" Aku membuka mata aku, tangan aku menghulur kehadapan, entah kenapa, mata aku terasa berair.

" Aku ni…teruk sial.." Keluh aku sambil mengenggam tangan aku sambil menutup wajah aku, mimpi ke tadi tu? Bayangan?

Kenapa aku mahu lakukan benda teruk tu? Sial! Sial! Aku tak boleh…buat kepala aku terasa tenang!

***

Air pancut membasahi kepala aku, badan aku terasa sejuk mungkin kerana air pancut ini memang agak sejuk, aku menoleh kearah tangan kanan aku yang terhulur kehadapan tadi. Setiap kali aku teringatkan kejadian tadi..

Aku terasa diri aku..kotor sangat..bayangkan diri aku lakukan benda teruk macam tu..dengan seseorang yang sudah lama aku tak nampak dan jumpa. Aku nak minta maaf..maafkan aku..

" Tapi…kalau kau nak cuba tengok..Trylah cari IG dia.."

Kata-kata seseorang, sentiasa ada makna kedua, ada sesuatu yang cuba disampaikan Syakir ke? Dia nak aku tengok sesuatu betul tak? Sebab tu dia kata ayat sebegitu betul tak?

Aku ni terlalu overthinking ke?

" Kau tahu pasal satu Tiktoker nama Zati tak, Iman?" Tanya aku, tuala masih berada diatas kepala aku, Iman sedang terbaring diatas sofa, dia menoleh kearah aku.

" Tiktoker? Aku takde pakai Tiktoklah abang.." Balas Iman.

" Betul jugak..kau ketinggalan zaman..eh…" Kata aku.

" Apa? Ketinggalan zaman? Aku just tak suka buang masa aku dengan benda-benda macam tu.." Iman mencucuk kepalanya dengan jari telunjuk kanannya.

" Apa-apa jelah.." Keluh aku kemudian berjalan pergi kearah bilik aku.

Notifikasi telefon aku berbunyi beberapa kali, aku mengambil telefon aku dan membuka lock screen, kelihatan beberapa gambar dihantar ke dalam group chat aku, Amir, Syakir dan Nur, aku segera membuka group chat itu namun..

Gambar yang mereka hantar hanyalah gambar masakan Nur, aku mengeluh kecil dengan nada kecewa, aku sebenarnya sentiasa berharap, selama beberapa bulan ni, aku berharap yang akan adanya gambar seseorang yang paling aku mahu jumpa sekarang terpapar di group chat ini..atau sesiapa menghantar gambarnya kepada aku..

Supaya..aku tahu..yang dia baik-baik saja..

Aku terbaring diatas katil aku sambil melihat telefon aku, nafas yang panjang aku ambil, baiklah, aku akan beranikan diri aku untuk buka Instagram 'Zati' tu..Aku mencari namanya di search, banyak jugak akaun bernama Zati, aku menekan satu demi satu akaun, sehinggalah…

Aku terjumpa akaun dengan nama '@Za-ti04', dihalaman akaun itu menunjukkan bahawa akaun Amir dan Nur mengikuti akaun ini..Inilah akaun Zati yang mereka katakan.

Aku scroll kebawah dengan perlahan, mata aku tertumpu kearah post terbarunya, aku membuka gambar post itu, mata aku terbeliak, badan aku segera terbangun daripada katil aku..

Aku ingat wajah dan tudung itu, senyuman tu..Aku ingatnya, tangan aku mengenggam baju dengan erat, pelbagai emosi terus bermain dikepala dan hati aku sekarang, rasa gembira, lega, sedih dan rindu…

Inilah apa yang cuba Syakir sampaikan..dia nak aku tengok sendiri..

Apa yang Mairah sedang lakukan sekarang..

Dalam gambar-gambar ini, Mairah kelihatan seperti dia sedang berseronok, mereka sedang berada di sebuah mall yang nampak besar bersama, Mairah berkawan dengan seseorang yang famous macam ni?

Dia ada 30 ribu followers! Dia atlet terbaik sekolah dia..dan keluarkan banyak video tentang kesihatan, jogging dan tips..Orang bernama Zati ni juga menakjubkan..Aku tak sangka langsung..

'Akak Flash', pft..lawaknya panggilan tapi still, aku terkejut gila..sehingga aku tak dapat mengeluarkan ayat dari mulut aku atau memberitahu sesiapa tentang apa yang aku jumpa ini…

***

" Kenapa panggilan aku Akak Flash? Rasanya sebab aku paling laju lari dekat sekolah ni…Aku tak pernah kalah lagi.." Zati ialah seseorang yang bertenaga dan sentiasa positif, aku tak pernah nampak dia tak senyum. Dia kuat, walaupun dia tak bagus sangat dalam akademik, dia ialah seorang atlet yang hebat..

Aku tak pernah rasa diri aku layak jadi kawan dia tapi..Zatilah yang hulurkan tangannya kepada aku..

" Pe..penatnya~" Keluh aku sambil memegang kedua-dua lutut aku.

" Baru 10 round..Kalau ini pun dah buat kau penat..nanti susahlah..Kau tu..sudahlah dah chubby sikit.." Perli Zati, aku terus memegang perut aku.

" M..Mana ada aku chubby!" Balas aku, Zati tergelak kecil, dia menghulurkan botol airnya kepada aku.

" Nah..minum dulu.." Tawar Zati, aku mengambil botol airnya kemudian segera membuka penutup botol air itu dan meminumnya, rasa lega..

" Aku just tertanya..dulu..kat tempat lama kau, member kau takde yang ajak bersenam ke?" Tanya Zati.

" Hum? Ada je..tapi..aku tak selalu ikut.." Kata aku, Nur selalu ajak aku berjogging juga dulu tapi aku pula asyik sibuk keluar dengan kawan online dan lelaki sahaja..heh..

" Begitu…jadi kenapa kau selalu ikut aku pula?" Soal Zati, aku menoleh kearahnya, aku tak sangka dia akan tanya aku soalan macam ni..

" Rasanya..sebab aku menyesal..tak ikut kawan-kawan aku yang dulu.." Aku mengalihkan pandangan aku, Zati menepuk belakang badan aku.

" Hehe! Bagus-bagus..Kita kena kekalkan badan yang sihat sementara muda ni…Aku tak nak jadi orang tua yang asyik sakit je.." Zati tersenyum, dia sangat cerah, aku harap aku ada semangat seperti dia juga.

***

" Aku…nak jumpa dia.." Keluh aku sendirian sambil meletakkan kepala aku diatas meja aku, aku dah tahu pasal gambar Mairah tu tapi aku tak beritahunya lagi pada sesiapa..Entah kenapa, mulut aku terasa berat nak beritahu pada orang lain..

" Kau ada masalah ke Aiman?" Tegur Amir.

" Eh? Ah..takde.." Balas aku, Amir kelihatan ragu-ragu, dia menyilang tangannya.

" Kita..dah kawan lama Aiman, aku dah hafal muka kau..Beritahulah aku..apa masalah kau sekarang ni?" Arah Amir, aku memegang tangan kiri aku sambil tertunduk.

" Uhm! Amir..kau tahu tak akaun seorang Instafamous ni?…namanya Zati." Tanya aku, Amir kaget.

" Kau…dah jumpa akaun tu?" Soal Amir, aku mengangguk perlahan, Amir meletakkan tangannya didagunya.

" Begitu…jadi..kau dah tahulah mana Mairah sekarang, kan?" Amir tersenyum pahit. Aku mengangguk lagi.

" Ada benda kau nak buat ke, Aiman?" Amir memandang aku dengan pandangan risau, aku menoleh kearahnya.

" Aku..nak cari-" Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, seseorang menyampuk.

" Jangan!" Kata Syakir, dia berjalan kearah aku dan Amir, kami berdua menoleh kearahnya.

" Aiman..aku nak kau tengok gambar tu..bukannya supaya kau cari dia..tapi supaya kau dapat move on..dan rasa lega..sebab Mairah dah okay sekarang..Aku..nak kita hormati keputusan Mairah untuk jauh daripada kita.." Terang Syakir.

" Oi, Syakir.." Amir kelihatan terganggu, aku tertunduk semula. Kedua-dua tangan aku digenggam.

" Ini..apa yang Mairah nak juga, dia nak..kau gembira juga dan lupakan masing-masing..Jangan cari dia..Aiman.." Kata Syakir lagi.

" Baiklah.." Balas aku, Syakir memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Kami terdiam sahaja.

" Assalammualaikum korang~!" Nur memasuki kelas, riak wajahnya terus berubah selepas melihat keadaan aku dan Syakir yang agak tegang.

" A..Ada apa-apa jadi ke?" Tegur Nur sejurus berjalan kearah kami.

" Aku..nak ke tandas, ketua.." Aku berdiri dan segera keluar dari kelas, mereka memerhati sahaja aku keluar dari kelas.

Kenapa aku nak cari dia?

Aku terdesak sangat ke? Tak, aku just…nak bercakap dengan dia..dan beritahu dia apa yang aku nak beritahu selama ni..

Aku selalu menipu perasaan aku…seluruh kehidupan masa muda aku ni hanyalah penipuan je..aku tipu..Tipu orang lain dan tipu diri sendiri..

Aku tak pernah jujur..sebab itulah..sekali je..Aku just nak jujur pada Mairah!

Aku membasahi wajah aku, air dari wajah aku jatuh ke singki ini, loceng berbunyi, perhimpunan dah nak start, hah..

Page.19 Tamat


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C20
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk