Unduh Aplikasi
12.5% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 8: BAB8:

Bab 8: BAB8:

#MALAM#

Aku tengah berlegar-legar di luar rumah aku untuk tenangkan fikiran.

Tiba-tiba,

"APE MASALAH KAU? AKU NAK JUMPA DENGAN ANAK AKU! KAU SAPE NAK HALANG AKU?" Jerit satu suara yang amat ku kenali.

Aku pun dengan cepat pergi ke arah suara itu.

"Kenapa ni?" Soalku kepada security itu.

"Puan Dahlia dan Cik Syaza nak masuk. Tapi Tan Sri dan Puan Sri tak benarkan Saya berbuat demikian." Ujar Security itu.

Puan Dahlia merupakan nenek aku, and Syaza ialah cucu kesayangan dia.

"Ape bising-bising ni?" Tengku Adrian tiba-tiba mencelah...

Syaza memandang Tengku Adrian tidak berkelip.

"Kau ker yang diorang jodohkan? Helokk!!" Soal Syaza.

"Nek!!! Tengok la tu!!! Syaza nak!!!" Rengek Syaza.

"Eh Eka! Kau jangan ingat kau boleh kahwin dengan dia ea? Aku akan pastikan Syaza yang akan dapat dia." Marah nenek ku.

"DASAR ORANG TUA TAK GUNA! KAU INGAT SEMUA BENDA YANG AKU ADE NAK KENA BAGI KAU KER HAH?! SEDAR DIRI TU SIKIT! DASAR ORANG TUA TAK SEDAR DIRI!" Jeritku. Serius wei, aku dah penat. Dari aku kecik, sampai besar, semua benda yang aku ada kena bagi kat Syaza tu. Sikit-sikit Syaza! Menyampah aku. Kalau aku tak bagi sesuatu barang tu, teruk aku kena pukul.

"HEI! MULUT KAU NI KAN!" Marahnya dan dia mengheret tudung ku. Dia menolak aku hingga jatuh tersembam.

"Aduh." Aku mengaduh sakit.

PANG!!!

Tamparan yang kuat diberikan kepada Puan Dahlia, sehinggakan dia pun turut jatuh.

"KAU JANGAN SESEKALI SENTUH BAKAL ISTERI AKU!!! KALAU TAK, KAU TAHU LA APE NASIB KAU SELEPAS NI!" Laung Tengku Adrian.

Aku yang mendengar tersentak. Dia back-up aku? What? Dia sebut perkataan 'Bakal Isteri?' Oh god! Nak pengsan aku dibuatnya.

Puan Dahlia memandang Tengku Adrian dengan terkejut. Dia bingkas bangun,

"KAU NAK BUAT APE?!" Jerit Puan Dahlia.

"Aku akan masukkan kau dalam jail." Jawab Tengku Adrian dengan ringkas.

Syaza dan Puan Dahlia terkejut dengan kata-kata Tengku Adrian.

"KELUAR!!!" Jerit Tengku Adrian.

Terkebil-kebil mata diorang memandang Tengku Adrian. Tula, nampak jer handsome, tapi mulut cam puaka wei! Hahaha! Padan muka korang!!!

"Ya Allah! Kenapa ni Eka?" Soal mama aku dan terus berlari ke arah aku yang masih duduk.

"Mak! Ape mak buat kat sini? Mak tak ingat ker Abang tak bagi mak datang sini!" Marah mama ku kepada Puan Dahlia.

"TAK GUNA KAU PEREMPUAN! KAU BUAT APE KAT ANAK AKU HAH S*AL?!" Soal papa ku dengan lantang dari belakang.

Syaza dan Puan Dahlia terus berlari keluar dari situ. Puan Dahlia ialah mak kepada mama aku.

"Kau okey?" Soal Tengku Adrian, aku melihat matanya yang berkaca. Dia nak nangis ker? Penting sangat ker aku ni pada dia?

"Aduhh" Dahi aku berdarah, sebab jatuh tersembam.

Tengku Adrian terus mendukung aku masuk ke dalam rumah dan meletakkan aku diatas katil didalam bilik aku. Yang lain mengekori kami dari belakang.

"Kau tunggu jap. Aku ambik ubat." Ujar Tengku Adrian dan berlari mengambil ubat, dan plaster.

Mama, Papa, mummy and daddy memandang sesama sendiri dan memberi isyarat mata untuk turun ke ruang tamu.

Mereka pun beredar.

Tengku Adrian pun duduk di sebelah aku,dia mencuci luka aku.

"Aduh! Perlahan-lahan tak boleh ker? Sakit la!" Marahku.

"Hum, yang kau gatal pergi tengking perempuan tadi tu dah kenapa?" Soalnya dengan dingin. Haa, dah start dah tu perangai annoying dia. Ni malas ni!

"Dah tu dia cakap macam tu. Memang tak la aku nak diam. Nak suruh aku bagi Kau dekat Syaza tu memang tak la." Ujarku.

Tengku Adrian memandang aku dengan terkejut.

"Maknanya kau suka aku?" Soal Tengku Adrian, tersenyum dan menaikkan kening sebelah.

"Mana ada." Nafiku.

"Yer lah tu."

"Ni, aku nak tanya, kenapa dengan nenek kau tu?" Soal Tengku Adrian dengan bengang.

"Citer dia macam ni, lepas mama aku lahirkan aku, dia yang tolong jaga aku dan dia yang banyak bagi duit kat mama and papa aku sebab kitorang miskin masa tu. Pastu dia bencikan aku sebab aku menyusahkan dia. Dia cakap aku tak patut hidup! Aku bebal! Tapi pada masa yang sama, dia lebihkan Syaza, Syaza la segalanya bagi dia, semua benda yang Syaza nak aku kena bagi. Pastu nenek aku pergi caci maki family aku depan orang kampung. Dia caci anak menantu sendiri. Pastu kan, masa aku kecik kecik dulu, aku selalu kena pukul dengan dia, time tu mama and papa aku pergi kerja. Setiap kali diorang takde, nenek aku selalu pukul aku. Bila aku bagitau kat parents aku, diorang tak percaya. Nenek aku pandai berlakon depan parents aku. Dia cakap aku jatuh bilik air la, ape la. Pastu ade satu hari ni, papa aku pergi kerja, dia tertinggal barang kat rumah, pastu kan dia balik tu, dia nampak dengan biji mata dia sendiri yang nenek aku pukul aku dengan batang paip air. Sejak dari hari tu, papa aku dah tak bagi aku duduk dengan dia. Papa aku tak benarkan kitorang jumpa. Tapi yang peliknya Harini dia tiba-tiba muncul. Aku sedih, nenek orang lain bagi kasih sayang sepenuhnya kat cucu dia. Tapi kenapa aku macam ni? Kenapa aku tak boleh nak dapat kasih sayang tu jugak? Masa aku kecik kecik dulu, aku selalu berdoa, aku mintak kat Allah supaya hadirkan sorang hamba Allah yang dapat faham aku dan bagi aku seorang nenek. Bunyinya macam pelik kan, masa tu aku masih budak-budak. Nenek aku yang satu lagi, mak kepada abah aku, dah meninggal masa aku umur 8 tahun." Terangku dengan panjang lebar. Sepanjang tu jugak la air mata Tengku Adrian mengalir dengan laju.

"Aku tak sangka, orang yang nampak periang macam kau ni, lalui semua ni dalam hidup."Ujar Tengku Adrian.

'mungkin hamba Allah, orang yang kau maksudkan tu adalah aku.' Bisik Tengku Adrian didalam hati.

'Aku janji, aku akan jaga kau sehingga nafas terakhir aku. Aku akan buang segala derita kau. Aku akan gantikan dengan kebahagiaan. Izinkan aku untuk menetap di dalam hati kau Eka!' Bisik Tengku Adrian didalam hati.


Load failed, please RETRY

Status Power Mingguan

Rank -- Peringkat Power
Stone -- Power stone

Membuka kunci kumpulan bab

Indeks

Opsi Tampilan

Latar Belakang

Font

Ukuran

Komentar pada bab

Tulis ulasan Status Membaca: C8
Gagal mengirim. Silakan coba lagi
  • Kualitas penulisan
  • Stabilitas Pembaruan
  • Pengembangan Cerita
  • Desain Karakter
  • Latar Belakang Dunia

Skor total 0.0

Ulasan berhasil diposting! Baca ulasan lebih lanjut
Pilih Power Stone
Rank NO.-- Peringkat Power
Stone -- Batu Daya
Laporkan konten yang tidak pantas
Tip kesalahan

Laporkan penyalahgunaan

Komentar paragraf

Masuk